Wednesday 19 February 2014

MLCP DAGING SALAI NISMILAN

Assalamualaikum.. Salam Rindu juga buat semua.. :)

Apa khabar semua? Dah naik bersawang blog ni kann.. Maaflah saya terlalu sibuk sangat mengejar tugasan seharian. Jam berputar macam tak berasa jer.. Bila dah siap kerja, nak bukak mata pun tak lalu dah.. Apa lagi nak ngadap screen lappy ni. Apapun saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih pada semua yang tak jemu jemu berkunjung di laman saya ini. Walaupun saya tak update apa apa tapi tetap ada pageview setiap hari. 

Sebagai pengubat rindu saya curikan sedikit masa buat semua yang saya sayang satu resepi mudah tapi sangat sedap. Masak Lemak Cilipadi Daging Salai Nismilan satu nama yang jika terbayang pasti mengundang keroncong di perut, kann.. Lauk peberet anakanda saya Farrah jugak ni. Dia boleh hadap gitu jer macam ghimau. hmm.. ghimau bukan sebarang ghimau taww.. ghimau di dalam tambatan Pak Aseri tu.. hehehh.. Owh ya.. Farrah sekarang ada dirumah bersama kami, tunggu result SPM. Seronok sangat bila dia di rumah, taklaa sunyi lagi sebab hari hari leh gado gado.. hehee.. 




Okeylah.. Let's gone to the MLCP Daging Salai punya story tadi. haa.. kekdah bahaso jgn komplen yo.. suko hati sesedap jari den yo ni.. Actually supplier stock Daging Salai dan segala yang boleh disalai ni adalah teman saya Rosemah MasterChef. Beliau adalah salah seorang peserta Masterchef Malaysia 1st season. Kalau sesiapa berminat nak mengorder sila pm padanya yer.. Seronok betul saya bila dia tunjukkan pada saya. Daging salai yang dipack tu rupanya dah siap hiris. Cukup sonang kojo den.. Tinggai toghojunkan yo semuo dalam piyuk. Kuk tak masak gak tak taulah po nak cakap laie.

MLCP Nismilan ni sangatlah mudah.. Tak perlu guna bawang langsung. Saya cukup gemar kalau disuruh masak menu ni. Pada yang dok tanya resepinya meh sini rapat rapat Mak Jemmah nak stori.. Tapi ni cara yang saya tahu dan suka buat. Kalau nak ikut, silakan.. dengan besar hati. Kalau tak berkenan pokok deq ko lah.. den tak pakso ikut pun.




~~ MLCP DAGING SALAI ~~

BAHAN BAHAN :
500gm hirisan Daging Salai
1kg Santan
5-7 batang Serai
2 inci Kunyit Hidup
Segenggam Cilipadi Kampung
Pucuk Ubi Secukupnya
Sedikit Belimbing Buluh
1-2 helai Daun Kunyit
Garam Secukup Rasa




Blend atau tumbuk cilipadi dengan kunyit hidup. Kalau nak sedap, tumbuk. Serai diketuk. Kemudian masukkan daging salai, bahan kisar, serai dan separuh dari santan yang ada atau santan cair dulu ke dalam periuk yang. Masak hingga daging tu separa lembut. Pucuk ubi yang telah dibersihkan direndam seketika dengan air garam. Saya bilas dan rendam 2 kali. Kemudian buangkan airnya dan perah betul betul daun pucuk ubi tu. Tak perlu direbus atau dicelur dulu yer.. nanti rasa cam makan hampas jer.

Okay, bila daging tu dah separa lembut masukkan pucuk ubi dan teruskan memasak hingga daging tu lembut. Masukkan garam secukup rasa dan santan yang separuh lagi tadi atau santan yang pekat. Daun kunyit tu disiat siat dan masukkan ke dalam periuk untuk menaikkan aromanya. Masak seketika hingga mendidih dan sebelum matikan api masukkan buah belimbing buluh. Jangan dibelah belimbing tu yer, nanti air dia keluar dan gulai kita jadi cam pecah minyak. Masak juga dengan api yang sederhana. Jangan guna api yang kecik sangat nanti gulai kita jadi cam terbit minyak.. tak cantek, failed kalo camtu. Okay kaa? leh faham tak yer.. saya menaip ni pun pejam celik mata ni. 




Owh ya.. sebelum saya berhenti membebel, nak share sikitlah.. Semalam saya gi School of Koci by Ticer Hasnah Saidin. Seronok sangat akhirnya saya mampu buat kuih pojaan saya itu. Tapi dukacita dimaklumkan saya tak boleh nak berkongsi resepi tu sebab Mentara Guru saya cakap kalau nak belajar, datang class dia. Class personal pun ada. Bukan apa memang pada pendapat saya juga, ianya kena dilihat dan dirasa sendiri baru senang untuk faham cara buatnya. Memang sedap betul kuih koci ni. Setakat 5 ketoi sekali hadap tu cam slumber jerlah. So, kalau ada yang berminat nak join class ni boleh pm Puan Hasnah Saidin untuk keterangan lanjut. OK saya mintak diri dulu.. Ada masa, ada umo, ada rezeki, ada ilham kita jumpa lagi yer.. Maaf segala salah dan silap saya. Segala yang buruk itu dari saya dan yang baik itu dari ALLAH SWT.. Assalamualaikum..




11 comments:

Unknown said...

Salam Sheila, senang je kan masak daging salai tu, boleh ingat kat otak dah skrg ni.
Kuih koci tu favourite hubby dan anak. Susah nak jumpa yg sedap kalau membeli. Baik buat sendiri, sanggup pergi belajar ye.

umi's cup cake said...

Menarik dan ringkas je resepinya kak shiela..boleh masuk dalam list ni

Gee® said...

K.gee pun MLCP juga tp ikan salai... reseipi main hantam aje... oooo tak payah boh bawang yer... nx time nk cuba reseipi Shiela ni la pulak...mengancam!

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
Emmm sedapppnya, kalu ke rumah sil kat pilah merasa la daging salai ni
Nk wat sendirilum reti

Unknown said...

sedapsangat masakan Shiela ni wajib buat jugak ni kot haha, tungguuuuuuuuu esuk lusa tulat

Fauziah Samad said...

sedap sedap sedap

fuzidss said...

salam pengenalan... aduhhhhh berpeluh melihatnya.. phewwww

"CT CoMeL" said...

salam....
salam perkenalan yer....hehehehe...jalan2 dtg sini...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Shiela..

Kakkkk...menitik air liur den kak oiiii... Fav ni daging salai masak lomak cili api.. Kalau ikan keli pun best disalai baru wat gulai lomak cili api kan..nyumm...

Honey said...

Salam Kak Shiela!

Wah... nampak sangat fresh masakan ni walaupun masak lemak. Susah betul kat KL ni nak dapat daging salai. Kena salai sendiri lah jawabnya :)

Susan said...

I will bookmark this site and take the feeds also…I’m happy to locate so much useful information right here within the article. Eminem, also known as Marshall Mathers, is one of the most commercially successful rappers of all time, with more than 100 million albums sold worldwide. He is one of the richest rappers in the world, with an estimated net worth of $210 million. Visit Eminem net worth for more information.