Assalamualaikum.. Salam Ceria juga buat Semua yang berkunjung kat Dapoq saya ni. Kesinambungan dari Lontong aritu, ni dah jadi NASI IMPIT GORENG pulak. Ada jugak saya dengar yang panggil LONTONG GORENG, tak kesahlah.. Panggil jerlah apa pun.
Kuah Lontong ngan Sambal Sotong Kacang aritu habih semua clean and clear, tinggal Nasi impit ni jer ada dua buku tergolek golek dalam peti sejuk tu. Takkan nak buang kot.. Sayanggg.. makanan tu, bukan senang nak cari rezeki kann.. Hubby saya penat kuar cari duit dari matahari belum timboi sampailaa bulan pulak timboi. Makanya, seboleh bolehnya saya akan cuba tidak membuang makanan. Dah terbiasa dari kecik pun ya gak kot.. dulu Mak selalu cakap, "Jangan buang nasi tu, nanti nasi tu nangis".. tak pun lagi satu ayat yang sering keluar dari mulut Mak kita kalau ada bela ayam pulak, "Kang mati ayam tu".. Halus cara penyampaiannya tapi dalam maksudnya.
NASI IMPIT GORENG ni saya buat ala kadar jer petang tadi, sekadar apa yang saya jumpa dalam peti sejuk tulah. Actually, yang saya buat ni lebih kurang macam nasi goreng. Anak saya suka sangat, dia cakap lagi sedap dari nasi goreng tapi hubby tak berapa suka. Dia memang payah sikit nak makan benda yang lain dari yang dia selalu makan. Kami dua beranak jerlah yang doq pulun. Kalau nak cuba, mohlaa nengok resepi koboi saya ni.
~~ BAHAN BAHANNYA ~~
1 packet Nasi Impit yang sudah direbus
200 gm Udang size sederhana
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
2 batang Cili Merah *
5-6 tangkai Ciliapi *
Sedikit hirisan Daun Bawang
Sedikit hirisan Kobis Pepel
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa.
Potong dadu kecil nasi impit yang telah direbus tadi. Tumbuk semua bahan yang bertanda (*). Saya tak tumbuk halus sangat, suka bila makan tu ada rasa rasa bawang ngan cili tergigit gigit. Sebaiknya janganlah diblend, nanti berair dan kick dia pun tak sama. Tumbuk jerlah kejap yer.. Jangan Malas!..
Panaskan minyak dan tumis semua bahan bertanda (*) yang telah ditumbuk hingga garing keperangan. Masukkan juga sedikit garam dulu. Selepas itu masukkan udang dan masak sebentar. Jangan lama sangat, nanti udang tu keras tak sedap. Kemudian masukkan nasi impit yang dipotong dadu dan kacau rata. Biarkan masak seketika. Dikacau selalu sebab nasi impit tu mudah lekat pada kuali. Akhir sekali masukkan hirisan kobis dan daun bawang. Check rasa garam, jika sudah secukup rasa kira jadilah dah.
Apapun ni cara saya yang sempoi jer, ala ala bidan terjun kata orang. Mungkin kengkawan boleh juga guna bahan dan sayuran lain. Terpulanglah pada citarasa dan creativity memasing. Selamat Mencuba.. (",)
11 comments:
slm Kak Sheila syggg...
sedapnya kak...hujan ni jdi lapo tgk lontong goreng ni..adusss mne nk cri mlm2 cmni ekkk...hihi
Wsalam adeqku QH sygg.. akak pon tak dapek nak nolong.. huhuu.. ni dak Farrah suh rebus nasik impit pulak lagi esok.. byk tol songel dia.. takcukup tadi.. :)
amboii akk..kasi kita kecuqqqq..x leh tahan tgk kak sedappp..:)pic chantikk.:)
tak pernah lagi buat nasi impit cam gini....len kali nk trylah..
yang ni bundo selalu buat specially bila nasi impet tak habis. Bahan2 gorengan tu main bantai je. Anak2 suka je makan kan?
tak pernah tau pun pasal nasi himpit goreng... idea baru nih..
Mak aii..!! mengancam...
salam sheila....sedapnya terasa macam nak kena p cari lah juga
cantiknyer pix...mcm nk makan...huhu:)
salam sis,
saya pun suka goreng nasi impit lebih tapi tu la..kalau saya goreng, yang makan saya sorang je sebab yang lain tak reti makan hehehe..
Thanks great blog posst
Post a Comment