Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Arini saya taknak cakap banyak yer.. Makchiq banyak koje menanti. Cuma nak update resepi SOTO kebaboom saya yang menggunakan REMPAH DIRAJA artis tersohor Noorshila Amin. Ingat tak pada lagu "Rambu Ramba" dan "Dadiduu" yang hot masa zaman makchiq remaja dulu? Tahun berapa eak? beh kurang sekitar era 80an kot kalau tak silap. Kalau nak pasti lagi cergugel. Sekarang ni taip jer apa nak pastu click 'search' tu semuanya kuar. Takyah sesusah lagi. Sekarang kak Shila dah jadi tokey rempah tau.. haa.. don't play play! Saya dengar tak lama lagi nak bukak kilang Rempah lagi.. Syabas kak Shila dan Hubby sekeluarga atas usaha mengenengahkan Rempah dari rahsia keenakan turun temurun kepada umum. Since 1860 tu.. Den tumpang banggo dan mendoakan agar terus sukses dalam bisness yang diceburi.
makchiq posing ngan kak Shila.. Dadiduu~~
Hmm.. tadi cakap tkmo cakap banyak, ni macam banyak jugak.. achaner?? dulu kendian jari ni menaip mengejar masa. Seb baek makchiq ni bekas Setiausaha tau.. Ujung jari ku masih lancar akan huruf huruf di keyboard ni. Owh terbukak sejarah pulak. Oklah back to Soto Kebaboom ni kann.. Yess.. Memang laa saya yang puji diri sendiri, dah tetentu saya yang makan. hehee.. Kalau nak tau, cubalah. Sekarang ni susah sangat nak cari Soto yang sedap kat luar sana atau dalam ertikata lain mungkin saya yang cerewet. Maka, padanlah ngan muka.. Apa pun kenalaa buat sendiri dari gi makan kat luar pastu tak puas hati mulut mengata mengutuk buat nambah dosa. Kurang kurangkanlah yo.. Umur kita pun makin kurang dah..
Soto ni sebenarnya tak susah, senang jer membuatnya cuma banyak kerja kerja rumit jerlaa sikit. Tapi kalau pandai menyusunnya insyaallah akan jadi mudah. Saya biasanya malam sebelum tu dah siapkan rebus nasi impit, bergedil dan kuahnya. Kuahnya ni kalau lagi lama lagi sedap, tu yang malam saya buat sesiap. Besok semua bahan dalam kuah tu dah betul mesra, barulaa Ho Liauuu.. Saya kongsikan di sini resepi SOTO saya.
BAHAN BAHAN :
1/2 ekor Ayam
3 sudu besar Rempah diRaja
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
1 inci Lengkuas
5 batang Serai
Air secukupnya
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Garam secukup rasa
Bawang Goreng (buat sendiri jgn malas.. lg sedap)
Memula cam biasalaa bersihkan ayam dan dipotong 4. Saya guna setengah ekor ayam jer ni yer sebab kami tiga beranak jer yang ada nak makan. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan sedikit minyak dan halia dan lengkuas yang dititik, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan rempah diRaja dan masak sebentar hingga naik bau. Bubuh sedikit garam dulu supaya rempah elok garing.
Selepas itu masukkan Ayam tadi dan biarkan dia masak sebentar dengan Rempah tu. Kecilkan api sedikit supaya jus Ayam tu keluar. Kalau ada kaki atau rangka ayam pun boleh bubuh. Lagi sedap.. Masukkan air secukupnya. Agaklah nak pekat atau cair takat mana. Kuah tu kita biarkan reneh dengan api perlahan untuk mendapatkan pati ayam secukupnya dan supaya segala rempah dalam kuah tu mesra. Baru terasa sedapnya. Kalau air dah berkurangan, bolehlah di tambah sedikit demi sedikit. Bubuhlah juga garam secukup rasa dan serbuk lada sulah. Bila ayam tu sudah masak, keluarkan dan goreng sebentar. Ada orang tak goreng kann.. pun boleh juga.. tapi saya lagi suka ianya digoreng sebab rasanya lagi sedap dan tahan lama. Takyah buh garam lagi yer.. Goreng jer camtu. Bila dah sejuk bolehlah kita siat halus isi ayam tu untuk ditabur di dalam soto kita nanti. Tulang tulang ayam tadi, masukkan balik ke dalam kuah tu dan biarkan terus memasak dengan api kecil. Bila hampir masak, masukkan sedikit bawang goreng yang kita siap buat tadi ke dalam kuah.
Bahan lain yang perlu disiapkan, hiris daun sup dan daun bawang, Taugeh dibuang ekornya (jangan malas) kacang tanah digoreng, sohun juga digoreng. Sohun ni kena goreng dengan minyak yang betul betul panas yer, kalau tak nanti dia tak kembang dengan cantik. Juga yang perlu Sambal Kicap.. Kalau takder, tak kicklah. Blend dalam segenggam cilipadi, 3 ulas bawang putih dan kicap manis. Kalau takder kicap manis, guna kicap masin tambahkan gula.
kentang goreng wedges yer ni.. jangan ada yang ingat manggo siam pulak.. :3
Lagi satu bahan yang paling penting bagi saya untuk Soto ni, kena lah ada Bergedil.. betul ker spelling ni.. saya pon tau nyebut jer.. Saya buat BERGEDIL camni ;
BAHAN BAHAN :
3 biji Ubi Kentang (saiz besar)
200 gm Daging Kisar
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Rempah diRaja
Sedikit Daun Sup & Daun Bawang (dihiris)
Sedikit Bawang Goreng
Sedikit Lada Sulah
Garam secukup rasa (lbh kurang sudu kecil)
1-2 biji Telur
CARA CARA :
Ubi kentang yang telah dikupas bersih, dipotong wedges dan digoreng dengan api sederhana hingga masak. Kemudian dilenyek dan ketepikan.
Tumiskan daging kisar sebentar dengan sedikit minyak dan masukkan rempah di Raja. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah, goreng hingga masak. Sejukkan.
Satukan semua bahan, gaul hingga rata dan sebati. Perapkan sekurang kurangnya 30 min. Lagi lama lagi sedap. Bentukkan mengikut bentuk yang disukai, celup kedalam telur yang telah dipukul dan goreng dgn api sederhana hingga coklat keemasan.
Frankly speaking saya suka dengan Rempah kak Shila ni. Harum sangat bau rempahnya dan taklah keras sangat rasa rempah tu. Just nice jer. Saya juga dah mencuba berbagai menu dengan rempah ni seperti Asam Pedas dan yang terbaru ni saya juga menggunakannya dalam acar rempah saya. Memang terbaek hasilnya setakat ini dan sering mendapat pujian dari Abang sayang. Tu yang paling penting kann.. hehehh.. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin membeli Rempah Di Raja Mak Mertuo Den kak Shila Dadiduu ni bolehlah ke Page REMPAH RENDANG DIRAJA MAK MERTUO DEN beliau atau boleh juga follow instagram beliau @ NOORSHILAMIN. Insyaallah alah membeli, menang memasak.. Saya difahamkan juga, kak Shila ada juga menjual Pes Soto tetapi saya belum cuba. Lagi senang kann.. Cepat dan mudah untuk disediakan. Ok baiiii.. Selamat Mencuba!!.. Jumpa lagi.. <3
Acar yg saya buat menggunakan Rempah diRaja juga.. serius sedap.. bang Jebat tkbenti benti cakap sedap tau kak Shila.. :)
12 comments:
As'salamualaikum Kak,
Part kenyang wedges tuu memula Nina pun ingat mangga. Aik! Nape lak tetiba ada mangga nie? Nasib baik akak kasitau~
Nina simpan dlm gobok dulu ehh resepi Soto kebabom nie
TQ kak
sedapnyaa soto ni..
Tumpang semangkuk ye Sheila... tapi pegedil tu nak 10 ketul boleh?
Nina Mirza : Wsalam dear.. jgn simpan lelama tau.. hehee..
Eny : Alhamdulillah.. sedap sgt bg kami sekeluarga
Amie : Anything for u darling.. :)
As salam kak sheila,
teringin benor nengok soto nih...
nak kena cuba la nnt...
Assalammualaikum kak shila.. lyza x jemu2 tgk hasil masakan akk semuanya nampak menarik n sedap2.. soto ni mmg kegemaran kami sekeluarga..insyallah bolehla lyza cuba resepi akk ni buat rujukan..
terbaik la akak ye resepi.. :)
salam perkenalan
dan jemput ke blog nana jika kelapangan
Bawang goreng tak pernah buat sendiri tapi tengok resipi akak ni best pulak :)
Nak tanya utk bergedil tu ada beza rasa tak kalau guna kentang rebus instead of kentang goreng?
Wahha...terliuq tgk soto tu
sedapnya soto
thanks infonya...
Keep up the good work , I read few posts on this web site and I conceive that your blog is very interesting and has sets of fantastic information. See Instagram photos and videos from 'Pictame' hashtag.
Post a Comment