Thursday, 8 December 2011

NASI CARROT vs AYAM MASALA



Masak, masak n masak.. Hrmm.. naik buntu memikirkan apa yang nak dimasak hari hari. Sambil menung menung pagi tadi teringat pulak stok carrot ada banyak dalam peti. Aritu beli banyak pulak, kunun nak buad Carrot Cake tapi tak berkesempatan lagi nak buat. Daripada membazir, baik kujadikan NASI CARROT kann.. Kalau nak diikutkan menu Nasi ni memang sihat, Carrot sepertimana semua orang tahu sangat kaya dengan Vitamin A dan ia juga menggunakan Yoghurt dan Beras Basmathi yang tak membahayakan kesihatan.




BAHAN BAHAN :
2 btg Carrot size sederhana (disagat)
4 pot rice cooker Beras Basmathi
5 pot rice cooker Air Rebusan ayam
5-6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2 btg Serai ~~ dititik
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
sedikit Daun Ketumbar atau Daun Sup ~~ yg mana suka
200 gm Yoghurt
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
1/2 cawan Minyak utk menumis, dicampur sedikit Ghee 
sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga Lawang ~~ jika suka
(blend atau hiris halus semua bahan bertanda (*)


CARA CARA :
Rendam beras Basmathi selama 10 minit. Kemudian toskan. Panaskan minyak, tumis bahan bahan yang bertanda (*) bersama halia, serai dan daun pandan. Kalau suka boleh tumis bersama sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah bahan tumisan sudah berwarna keperangan, masukkan pula Carrot yang telah disagat tadi dan goreng sebentar. Kemudian masukkan Yoghurt diikuti dengan Air Rebusan Ayam. Kacau rata dan masukkan pula Berasmathi yg telah dicuci dan ditoskan. Masukkan juga daun ketumbar dan tutup periuk. Biarkan saja ia masak dalam rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. 





Bila masak Nasi Carrot ni, teringat pulak pada anak buah ku Khairul Haiqal. Dia suka sangat makan nasi ni.. Rindu pulak pada dia. Masih terbayang bayang aritu dia menangis nangis nak ikut ku balik. Hati ni memang teringin dan suka sangat kalau dapat bawak dia, tapi tak beranilaa, anak orang. Sian Haiqal, apa apa pon MakChaq sayang Haiqal sangat sangat. Moga menjadi anak yang soleh lagi cemerlang dihari mendatang nanti. 




Lauk yang ada, yang agak bersesuaian ngan Nasi Carrot ni Ayam jerlah. Tanya pada anakku, dia cakap.. "Masak AYAM BEREMPAH lah Ibu".. mmm.. bolehlah.. takyah susah susah lagi kepala ibu nak memikir lagi. Ada jugak yang memanggil menu ni dengan 'AYAM MASALA', apa pon bolehlah.. janji takde Masalah.. hehehh..


BAHAN BAHAN :
1/2 ekor Ayam
3 sudu besar Rempah Kari Daging
2 biji buah Tomato saiz sederhana
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat 
1 biji Bawang Besar * 
3 ulas bawang merah * 
2 ulas bawang putih * 
1 inci Halia *
1-2 batang Serai ~~ dititik
Minyak utk menumis
1-2 helai daun pandan
Sedikit Daun Kari 
Sedikit Daun Ketumbar 
Garam secukup rasa 
Sedikit kulit kayu manis n bunga lawang ~~ jika suka 
Hiasan : Sebatang Cili Merah & Cili Hijau 

CARA CARA :
Bersihkan Ayam dan potong mengikut citarasa sendiri. Saya potong kecil. Blend atau hiris halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan serai, daun pandan, daun kari, bahan yang bertanda (*) tadi dan goreng hingga kuning keemasan. Selepas itu masukkan Rempah Kari yang telah dibancuh menjadi pes dan sedikit garam, goreng hingga garing dan naik bau. Masukkan pula buah tomato yang dibelah 4, diikuti dengan Ayam. Setelah Ayam itu completely masak, masukkan daun ketumbar, bawang besar yang dipotong bulat, cili merah dan cili hijau yang dipotong kasar. Kacau kacau sebentar. Rasa Garam, kalau dah cukup rasa tu kira Done lah. Boleh juga dihidangkan bersama kentang goreng yang dipotong wedges atau bulat.




Bagi tekak kami sekeluarga mmg IN betol laa NASI CARROT ni dimakan bersama AYAM MASALA. Anak saya boleh 2 kali tambah tuu.. hohoho.. Jangan tak chaya.. ;P


7 comments:

Ummi said...

Assalam Sheila....amboii menarik dan terliur tgk semua resepi Sheila nih...izin akak follow dan share link kat blog akak jika ada keizinan nnt yea...thanks!

Rohah said...

Salam kak shiela,saya pantang tengok nasi kalerr-kalerr cam ni..mmm sedap!!!

Shiela said...

Wsalam Ummi n Rohah.. Terimakaseh n jemputlah follow.. :)

rahel said...

Salam Sheila...nasi carrot memang sedap..dah lama tak buat nasi carrot..rindu pulak rasanya...

Shiela said...

wsalam Rahel.. sedap kan nasi ni.. berkhasiat lagi.. :)

e!ya said...

bila tgk pic d'atas perut trs lapar..sedapnyerr

Shiela said...

alhamdulillah sedap e!ya.. boleh masak lunch arini.. :)