Thursday, 1 December 2011

BAKED MACARONI


BAKED MACARONI ni makanan kegemaran Anak Tunggal saya, Farrah. Tak pernah tidak pada menu ni, dia suka sangat. Thanks my dear fren Zai Eddie Hashim for sharing the recipe.. Moga diberkati ALLAH sentiasa.. Aminn..




~~ BAHAN BAHAN ~~

2 cawan Macaroni (direbus hingga lembut)
500g daging kisar
Rempah Kari Daging - 3 sudu besar
Bawang merah 5 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1/2 inci *
1 sudu besar lada hitam *
(Semua bahan bertanda * ditumbuk)
Minyak Jagung + Sedikit Butter utk menumis
Susu Cair Ideal 1 tin + 1 tin air
Sedikit daun sup / daun bawang
Sedikit bawang goreng
Telur 4 biji - dipukul
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)
Sedikit Parutan Mozarella/Cheddar Cheese




Tumis bawang & rempah hingga garing dan naik bau.

Masukkan daging kisar & goreng hingga masak
Masukkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.

Masukkan macaroni dalam bekas & tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata. Boleh tambah cheddar cheese yang dah diparut sekali.

Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang dah dipukul (tak perlu gaul, tuang rata rata ke atas macaroni tu). Boleh tabur Mozarella cheese lagi kalau suka. Taburkan daun sup & bawang goreng.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min (bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan).

Boleh juga letak Mushroom, Capsicum dan Tomato yang dipotong dadu. 




Anak saya tersangattttlah sukanya makan Baked Macaroni ni. Agak kerap juga saya buat. Demi anak kann.. Apa jerlah selagi saya seorang ibu ni mampu dan terdaya. Tak giteww ibu ibu semua?? kan kan kann.. 

Alhamdulillah sekarang pun saya ada juga menerima tempahan secara kecil kecilan dari teman teman. Kalau tak berkesempatan untuk membuatnya bolehlah order jer kat saya yer.. :)




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


10 comments:

Shasha said...

SEDAAAAAAAAAAAPPP !!!!!!

So Shy Lady (SSL) said...

lama t.buat ni....dh lupa dah haha
sdapnya kak,tngok gmbar pun dh gulp gulp ;)

~Insan Biasa~ said...

try comment.....yummy...x daya setakat nengok jer kak oiii...kena mtk beli ven nih!!

~Insan Biasa~ said...

opsss...*oven....hahaha akhirnyaaaaaaaaaaa boleh komen dahhhh yebedabeduuuu!!!

Anonymous said...

Semalam gi rumah Chah Ramla ,dia hidang makaroni ni ,...mablesnya terbawa2 kealam mimpi ku...

umi's cup cake said...

Salam Kak Shiela,
Dah la hujan turun lebat kat sini...perut dah bunyi..akak post pulak pujaan hati..meleleh la...

princess said...

Terima kasih sudi share resepi ....nanti nk try buatla...hehhe

Thomas said...

yummy! it looks amazing and thank you for sharing this delicious dish. Thor Vest

Anonymous said...

This is great content. You’ve loaded this with useful, informative content that any reader can understand. I enjoy reading articles that are so very well-written. bradley leather jacket

chrispine said...

Boldly embracing the future with a classic touch. Captain Picard's leather jacket is back and bolder than ever in the upcoming season of Star Trek Picard Season 3 Leather Jacket