Saturday 14 July 2012

Lauk KOBOI pon SODAP.. YeeHaaA!!..




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua yang singgah kat dapo saya ni. Terlebih dahulu pada entry kali ini saya ingin memohon berbanyak banyak maaf pada kengkawan dan pengunjung pengunjung setia Spices Journey yang tak seberapa ini. Actually, alkisah sebenarnya saya terpaksa menyekat right click atau copy di blog saya ni. Tak tahan sangat dah rasanya, terlalu banyak mereka mereka yang tak berperasaan telah mengambil kesempatan. Yang terbaru ni, ada pulak yang siap copy semua picture picture dalam album karipap pusing saya tu dan upload dalam album makanan dia. kalau takat dia copy betul saya boleh fahamlaa jugak, mungkin peminat atas hasil tangan saya kowt.. Tapi yang tak tahan sangat sakitnya tu bila diCROPnya terus signature watermark nama saya tu dan upload baekk punyer kat album dia ngan resepi complete.. adoyyaiii Kiah oiii.. cer kesiankan sikit ker teman ni.. hongeh taww nak menghasilkan sesatu gambar yang perfect tu, bagai nak terburai kain batik ni kengkadang. Mana ngan tangan kejap berlengas ngan minyak, tepong bagai.. kejap nak megang kamera tunggang terbalik.. peloh takyah ceritalaa kann.. maklumlaa orang sehat walafiat ni.. Ater.. dema senang senang jer mengCOPYnyer.. ada ker patot??.. Kalau setakat nak share recipe tu, memang saya no hal.. memang saya sentiasa bersedia untuk share dengan semua orang tapi bukanlah gambarnya yer.. Tolonglah hormat akan hakmilik saya itu. Tak baeklaa buat perangai gitu yer.. udah ghupa Lanun Cetak Rompak pulak.. adehh..




Walaubagaimanapun kengkawan masih boleh berkongsi atau share dan copy URL link kat atas tu, untuk rujukan resepi nanti. Maaf yer.. Saya pun sebenarnya tak suka nak buat camni tapi saya rasa inilah cara yang terbaek buat masa ni. Kaylah.. kita put aside dululah masalah tadi. Arini saya nak berkongsi resepi Koboi saya jer. Tapi koboi bukan sebarang koboi taww.. hehee.. Koboi makan kompom tersandar kenyanglah.. hehee.. Melawak jer nooo.. Ada dua jenis lauk Koboi saya ni, JENAHAK GORENG BERLADA dengan DAGING GORENG WARNA WARNI KEHIDUPAN.. haaa.. hamik ko namanya.. Sesuka hatilah kan.. hehehh.. Jom nengok resepi koboi saya ni.. kita mulakan dengan yang Warna Warni Kehidupan tu dululah pasal memang banyak tul warna yang dah jumpa.


~~ DAGING GORENG WARNA WARNI KEHIDUPAN ~~



BAHAN BAHAN :
500 gm Daging Batang Pinang ~~ dihiris nipis
2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis
1 ulas Bawang Putih ~~ dihiris nipis
1 inci Halia ~~ dimayang halus
1-2 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat
1 sudu besar Kicap masin 
1 biji Buah Tomato ~~ dipotong dadu
1 batang Cili Merah ~~ dipotong serong
1/2 biji Capsicum Kuning ~~ dipotong
1/2 biji Capsicum Hijau ~~ dipotong
1 biji Bawang Besar Holland/Kuning ~~ dipotong bulat
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Cilipadi jika nak pedas ~~ dihiris
Minyak Jagung untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Garam n Gula secukup rasa




Mula mula bersihkan daging yang dihiris nipis tadi dan toskan hingga kering airnya. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris nipis tadi hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga empuk dan lembut. TAK PERLU masukkan air dulu sehingga ia lembut dan boleh digigit. Kalau kita masukkan air sebelum ianya lembut, daging akan terus menjadi keras dan liat. Biarkan ianya masak secara menggoreng dengan minyak tu. Minyak tu bolehlah dilebihkan sedikit. Saya tak suka pulak rebus dulu daging tu, bagi saya manis daging tu lain. Suka ianya masak cenggitu dengan semua bahan tu yang akan serap perlahan ke dalam daging tu. Lagi sedap rasanya. Boleh masukkan sedikit garam, serbuk kunyit, kicap dan serbuk lada hitam. 

Setelah daging tu lembut, masukkan buah tomato dan goreng hingga mesra. Jika daging tu agak dah boleh digigit, bolehla dibubuh sedikit air jika nakkan ia lembab lembab sedikit. Saya langsung tak bubuh air sebab memang suka garing camtu. Masukkan juga bawang besar kuning yang dihiris bulat, cili merah, capsicum kuning dan hijau, ciliapi dan garam secukup rasa. Masak sebentar dan matikan api.. Siap.. Sempoi jer kann..


~~ JENAHAK GORENG BERLADO ~~



BAHAN BAHAN :
2 keping isi Ikan Jenahak size sederhana
6 batang Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
5 ulas Bawang Merah *
1 ulas kecil Bawang Putih *
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1-2 batang Serai (dititik)
2 sudu besar Jus Lemon/Limau (ikut citarasa)
1 cawan Air atau secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis




Bersihkan dulu ikan, pastu lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan dulu. Blend atau kisar semua bahan bertanda (*) di atas. Panaskan kuali dan minyak untuk menumis. Masukkan serai dulu dan tumis sebentar bagi naik bau serai dalam minyak tu dan dikuti dengan bahan yang diblend tadi. Goreng hingga garing dan naik bau. Kemudian bolehlaa masukkan sedikit garam dan sedikit air agar dia berkuah sikit. Bila semua dah menggelegak bolehlaa bubuh jus lemon atau limau secukupnya mengikut citarasa memasing. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan masak sebentar. Akhir sekali rasa garam, jika semua sudah secukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan. Senang jer.. Memang Koboi kann.. SELAMAT MENCUBA (",)


8 comments:

Azie said...

As salam, Shiela. Saya memahami apa yg Shiela alami. Saya yang masih belajar ambik gambar ni pun, dah terbongkok bongkok nak mengambil gambar, belum kira lagi memasak. Sambil masak sambil ambik gambar. Mmg basah dg peluh selepas semuanya selesai, kan.

Saya mmg suka masak daging yg sempoi mcm tu tp di sini susah nak dapat daging segar. Bukan macam di Kelantan, yg tiap hari ada daging segar yg disembelih tiap hari...

rahel said...

Salam Shielaa....
Wah...memang sedap2 semua lauk tu...bole mkn byk2 ni...

Zubedah Belajar Masak said...

Simpati dgn apa yg u alami. Keputusan yg u ambil tu adalah bijak. Memang tak patut lah menciplak hak milik org lain yg berkeringat nak membuat sesuatu tu. Btw, as promised, I dah buat lagi karipap tu & dah pun post kat MDM. Once again thanks so much.

Amie said...

Hai Sheila...
gambar dan resepi Amie pun dah orang curik dari blog buat album orang tu sendiri, siapalah tak sakit hati, orang tak normal aje yang tak rasa geram dengan perbuatan perompak cyber tu!

Meriahlah pulak tengok daging berwarna-warni tu Sheila...

Shiela said...

Wsalam Azie.. kann.. dorang tak tau macam mana susahnya kita.. tak patut betul buat camtu.

Kalau kat pasar sini selalu ada jer daging fresh ni Azie.. anak saya klu bersahur mesti nak daging jer baru dia makan. bertuah betul laa..

Shiela said...

Wsalam Rahel.. sedap kan makan dengan nasi panas panas.. :)

Shiela said...

Terima kasih Zubedah kerana memahami.. Juga tahniah karipap pusingmu sungguh cantek jadinya.. suka saya nengok.. Alhamdulillah.. :)

Shiela said...

Gitulah kekdahnya Amie.. agak down juga jadinya.. takperlah, mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Sama laa seperti warna warni kat daging tu Amie.. :)