Thursday, 24 May 2012

PORTUGESE EGG TART Munger Munger


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada yang sudi singgah kat dapo saya ni. Suka tak makan Portugese Egg Tart? Saya ni memang peberet sangat. Tiap kali kalau pergi Tesco atau Giant mesti singgah kat kedai kek KING tu beli ni, 2 ketoi dalam RM3.40 camtulaa lebih kurang. Haa.. 2 ketoi tu memang saya sorang laa yang ngap.. hehee.. Anak tak suka, hubby pulak saya tak penah pulak nampak dia makan. Tak taulaa dia suka ker tidak.




Pada suatu hari saya terpandang resepi ni dari Noor Ridah Daud.. hmm.. apa lagi? Teruslaa simpan resepi ni, nengok pun cam senang jer buadnya. Tapi setelah sekian lama memendam resepi ni barulah kali ni saya mencuba. Walaubagaimanapun tersangatlah tidak mengecewakan langsung. Sedap laa resepi ni. Makanya kedai KING tu akan kehilanganlah seorang regular customernya kann.. hehehh.. Terima kasih sekali lagi kepada Noor Ridah Daud yang sudi berkongsi resepi ini. Saya mohon untuk dikongsi juga di sini buat rujukan saya dan teman teman yang lain. Cuma adalaa yang saya derhaka sikit sikit tu kann.. bukan apa, saja suka cuba cuba. Juga saya try buat bentuk munger munger pulak. Kasi tukarlah pulak.. Asyik boolat boolat jer Portugese Egg Tart tu selalu kan.. Yang benonya hakaq ni malas nak motong kulit pastry tu, lagi satu cam sayang nak buang kulit tu. Tak elok membazir benda yang boleh dimakan kann.. Sayang sangat, rezeki bukan senang nak cari. Betul tak? hmm.. dah midnite ni.. hubby pon dah riuh krorr krorrr tu, mohler kita nengok apa cerr nak membuat PORTUGESE EGG TART.




BAHAN BAHAN :

Kulit Pastry ~~ Saya guna Puff Pastry cap KAWAN


FILLING :


100 gm Whipping Cream ~~ saya guna UHT Whipping Cream


50 gm Gula
1 keping Cheddar Cheese ~~ disiat siat halus



125 ml Susu Segar ~~ saya guna Susu Ideal
2 biji telor ~~ kacau sedikit


1 sudu teh vanilla ekstrak/essence


Setitis pewarna kuning telor utk menaikkan warna


Secubit garam




CARA MEMBUATNYA :

Lembutkan kulit puff pastry pada 
suhu bilik.


Griskan sedikit bekas 
yang hendak dibakar. 


Masukkan kulit pastry ke dalam bekas dan tekan tekan sedikit. Saya guna bekas silicone bentuk bunga.


Panaskan susu, gula dan cheddar cheese hingga gula dan cheese cair. Tuangkan kedalam telor sedikit demi sedikit sambil di kacau. Masukkan whipping cream dan vanilla ekstrak/essence dan kacau rata.


Bila sejuk bolehlah dituangkan dedalam puff tadi. Tuang anggaran 3/4 dari bekas tu dan bakar 180 C lebeh kurang 30 minit atau hingga kuning keemasan mengikut kapasiti oven memasing.


** Jangan tuang adunan cheese penuh kulit puff akan mengembang naik masa membakar.





Haaa.. Serius senang bangettt nak buat Tart ni.. Kejap jer dah leh sampai Portugal taww.. Macam macam nama Negara pulak ada dalam resepi kat blog saya ni rupanya. Tapi memang sedap Egg Tart ni punya filling. Lagi sedap dari yang saya selalu beli tu. Hubby saya yang tak pernah makan pon berketoi ketoi dia makan. Sedaplah gamaknya tu kann. Kalau tak sedap, selalunya habih habih tinggi dia akan makan seketoi jer. Dah faham sangat dahh..




Tadaaaa.. Ni laa rupa isi pewwot Potugese Egg Tart sayaaaa.. Bila buka puasa baru leh potong. Amacam?? Tak terancam ker?? hehee.. Apa apa pon, Selamat Mencuba.. (",)



11 comments:

CitarasaKu said...

Salam....hehe nampak kretif dan cantik juga...praktikal jika tiba tiba tetamu datang sempat juga nak sediakan sesuatu yang cepat simple di sediakan.

Junie Octovian said...

As-salam....
Akan ku tiru sebiji macam stailmu Sheila.TQ 4 sharing stail mudah ini. I lap U!

Gee® said...

wow! mengancam...

nurul huda said...

wahh..terliur nye huda tengok.. mmg tgh cari resipi egg tart yang senang plus sedap.. nak try lah nanti.. huhu :)

ilahjy said...

fuhh mmg kretip...tahniah...sedapnyer...

Shiela said...

Wsalam CitarasaKu.. betul tu.. mmg sesuai sgt..

Wsalam Junie.. Selamat mencuba yer.. :-)

Tenkiu Gee.. :-)

Selamat mencuba juga nurul huda..

Terima kasih ilahjy.. :-)

ummiakid-lily said...

sangat suke PET ni...sedap sangat. Nampak comey dan sedap.

Kjee said...

wow sedapnya. nanti kjee nak try. thnx for the recipe.

Shiela said...

Terima kaseh Ummiakid-lily.. :)

Shiela said...

Sama sama Kjee.. Selamat Mencuba yer.. :)

Nor Farhah said...

Wahh nk cuba buat hari ni jgak...hope mnjadi :)