Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Alhamdulillahhhh.. Ujan dah turunnnn!!!.. Angkat Jemurannn.. hehee.. bestkan.. Sejuk sikit rasa bumi Allah ni. Dah berapa lama dah panas terik semacam. Syukur sangat sangat dan marilah kita berdoa.. Allahumma Soyyiban Na’fian "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak adalah doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim, disahihkan oleh Adz-Dzahabi).. Ameen.
Ujan ujan ni pekena MEE GORENG MAMAK best wooo.. layan kann.. Sempoi jer kann.. Jadilaa untuk kami tiga beranak. Saya kalau buat mee goreng style mamak ni benda yg penting kena ada cili hijau dan kentang rebus. Barulaa ada kick.. Macam makan Mee Goreng Mamak kat Tanjung dulu. Jom kita pi dapoq nengok sat.. (:
5-6 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 sudu besar Kicap Mee (Tamin)1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
2-3 keping Tahu (digoreng)
1 biji Kentang (direbus)
1 biji Buah Tomato (dipotong)
2 batang Cili Hijau (dihiris)
Minyak untuk menumis
Sedikit Air
Sayur ikut citarasa
Garam Secucup rasa
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah kicap mee, Sos Tiram dan Sos Tomato. Masukkan sedikit air dan bagi dia mesra seketika. Kemudian masukkan sotong atau udang.
Okayy.. bila sotong tu sudah masak pecahkan telur dan kacau agak separuh masak. Masukkan mee dan sayur sayuran. Kacau rata sebentar dan masukkan pula kentang rebus yang dihiris, tahu goreng, cili hijau dan buah tomato. Kacau rata, biarkan masak sebentar dan bolehlah dihidangkan. Taburkan dgn sedikit lada sula jika suka. Enak juga dimakan dengan perahan limau. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. SELAMAT MENCUBA!..
4 comments:
Wow !!!
time petang yg ujan nie....aduh...terasa kesedapannya tu...
hehee.. sedap Asyifa Mustaffa.. :)
salam kenal..
masyallahh.. sedap nya...
salam kenal juga Azian.. mekaseh sudi singgah.. :)
Post a Comment