Sunday, 27 May 2012

Masak Lemak CILIPADI Tulang Rusuk LEMBU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Juga selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. Cuti sekolah sudah bermula, seronok juga rasanya kan dapat meluangkan banyak masa bersama anak anak. Dapat jugaklah berehat dari kerja kuar masuk menghantar anak, penat dah nengok jalan tu. Bagi saya masa nilah nak masak masak apa saja makanan yang digemari oleh anak anak kita kann.. 




Arini saya masak salah satu masakan kegemaran anak saya, Masak Lemak Cilipadi Tulang Rusuk Lembu. Memang tak hengatlah dia makan kalau saya masak gulai ni. Dari kecik lagi dia memang cukup suka makan daging. Kalau nengok dia ratah daging, Subhanallah ngalahkan ghimau.. hehee.. Tapi saya seronok sangat bila nengok dia beria ia makan tu. Pada sesapa yang berminat nak tau macam mana saya masak MLCP Tulang Rusuk ni, saya akan kongsikan di sini. Jom checkidauddd.. (:




BAHAN BAHAN :

1 kg Tulang Rusuk Lembu
Segenggam Cilipadi ~~ kurangkan, klu tak kuat pedas
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 4-5 batang ~~ dititik
1 inci Halia ~~ diketuk jika suka
3-4 biji Kentang ~~ dibelah 4
1 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
400 ml Santan kotak ~~ Ayam brand
500 ml Air atau secukupnya
1 keping Asam Keping
Garam secukup rasa


Mula mula kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, cilipadi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan Tulang Rusuk yang telah dipotong dan dibersihkan, Cilipadi dan Kunyit yang telah dikisar tadi, Serai, Halia, Air, dan sedikit Santan dulu supaya tak terbersin bersin kita dgn bau ciliapi tu nanti. Jerang atas dapur dan masak hingga daging tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi Air dan sambung merebus lagi. Bila daging pada tulang tu dah lembut, masukkan Ubi Kentang dan biarkan masak hingga agak empuk. 

Selepas itu baru kita masukkan kesemua santan, asam keping, garam secukup rasa dan biarkan mendidih seketika. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantek gulai kita nanti. Api pon jangan kecil dan jangan besar sangat juga.. Yang sedang sedang ajer~~ Kalau kecil sangat nanti dia cam terbit minyak, tak jadi camtu.. Kalau besar sangat pulak, takut pecah minyak. Cam banyak lak songelnya kann.. hehee.. tapi taklah.. Jangan risau, senang jer..




Kalau MLCP untuk Tulang Rusuk ni biasanya tak perlu pekat sangat kuahnya, nanti muaq.. Saya suka bagi pedas sikit, tapi terpulanglah pada selera memasing yer.. Adjustlah ikut citarasa keluarga juga kann.. Ada juga yang mungkin bertanya mengapa tiada langsung penggunaan bawang dalam masakan ni. Sebenarnya kalau MLCP yang ori dari Negeri Sembilan memang tiada penggunaan bawang tapi sangatlah sedap. Kalau bubuh bawang lain rasa dia.. Kurang kick dan umpphhnya tu. Tulah juga yang buat saya suka masak ni, takyah sesusah nak kopek bawang dan lebih jimat juga. Kalau nak tau keenakannya yang tersendiri kenalah cuba yer.. Lagi satu boleh juga gunakan Santan Segar. Saya ni guna apa yang senang dan ada dalam dapo jer.. Janji sodap dahlaa.. Sentiasa sempoi.. tapi setakat ni kalau santan kotak cap Ayam tu memang ok, sama jer rasa cam santan segar tu.. bagi tekak saya yang tak banyak hal ni laa.. hehehh..




Sebagai Dessert pulak saya sediakan yang sempoi sangat tapi sangat sesuai untuk menyejukkan tekak pada cuaca panas panas ni.. Sedap sangat.. Potong potong buah Red Dragon Fruit tu, scoopkan jer Vanilla Ice Cream.. mmm.. Nyamannn jer lalu kat tekak.. ;P



7 comments:

Cik Puan Kocik said...

sedapnye, dah lama tak makan menu camnie

Amie said...

Sheila... kalu masak lomak cili api memang tak berapa podeh sebab santan tu boleh kurangkan kepedasan... betul ke ye... he he heh ikut Amie punya pengalamanlah..., tak tahulah orang lain, kalau cili padi segonggam tu memang biasalah kan orang nogori bubuh ikut sukatan gitu!.. ni pengalaman lagi masa duduk negeri sembilan 21 tahun nan lalu..

Ummi Annur Humaira said...

masak lemak negori mmg yg terbaekkk dlm dunia...huhuhu kesedapan dia mmg peerrrrgghhhh

Shiela said...

Mmg sedap Cik Kamoo.. :-)

Mmg betul Amie..

Kann.. Miss fatihshNur.. Sgt sedap..

Wattie said...

Salam,
Bestnya, lepas makan masak lomak, leh pekena dessert pula, fuhhhhh.....

Shiela said...

hehee.. best Wattie.. :)

Anonymous said...

Sedapnye.. nak try esok.. TQ share resepi