Sunday, 8 April 2012

BEEF LASAGNA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Bonjour! Bounjour!!!.. hehee.. Selamat berhujung minggu semua.. Watper tuu?? Masak per rini?? Soklan skema jer kann.. Arini menu saya, Italiano abis. BEEF LASAGNA togeder geder ngan SPAGHETTI AGLIO OLIO. Melayan anak Italy sesat kat dalam umah ni sorang. Hari hari nak Lasagna Lasagna Lasagna.. huhh.. rasanya orang Italy tu pon tak makan Lasagna hari hari kowt.. duhhh.. anakku iteww.. Tapi kat Entry yang ni saya share dulu resepi BEEF LASAGNA dulu yer. Mohler kita ke dapo sweet dapoku iteww.. Makin lama dah makin kechik lak nampak tulisan kat screen ni. Dah melepasi sepertiga malam ni pon.. Moga dipermudahkan ngan tenet yang sangat tenat ni.. huhuu..




~SOS MERAH~

Bahan Bahan :
400 gm Daging Kisar (jenama Ramly)
430 gm Tomato Puree (jenama Kimball)
200 gm Chopped Carrot/Celery (Jika suka)
2 biji Bawang Besar Holland
5-6 ulas Bawang Putih
5-6 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah & Lada Hitam
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit Chopped Fresh Parsley/Coriander
Sedikit Fresh Thyme (jika ada)
Sedikit Chilli Flakes (jika suka)
Garam dan Gula secukup rasa
Air secukupnya




Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dicincang sampai layu. Masukkan pula dry oregano dan bay leaves, goreng hingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Bila daging tu dah masak, masukkan pula tomato puree dan goreng sekejap. Selepas itu, bubuh sedikit air dan masak hingga mendidih dan biarkan pekat sedikit.

Setelah masak, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan chilli flakes, serbuk lada sulah n serbuk lada hitam, chopped parsley dan coriander leave (daun ketumbar).


~SOS PUTIH~

Bahan bahan :
2 cawan Fresh Milk
2 keping Cheddar Cheese 
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Garam

Panaskan butter hingga cair dengan api kecil.

Masukkan tepung, gaul sebati, aggaran dalam seminit.

Alihkan periuk dari api sebentar dan tuangkan susu. Kacau rata jgn sampai tepung berketul. Kemudian jerang balik atas dapur. 


Bubuh sedikit garam dan serbuk lada sulah. Terus memasak dan kacau kacau sehingga ianya pekat.

Akhir sekali barulah kita masukkan cheddar cheese. Apabila cheedar cheese tu sudah cair dan sebati dengan susu, bolehlah diangkat dan ketepikan.



~MELAPIS LASAGNA~

Bahan yg diperlukan :

Beberapa keping Instant Lasagna Sheets (San Remo)
Parutan Mozarella Cheese

Rendamkan dulu kulit lasagna dlm air suam selama lebih kurang 10 minit.  

Lenserkan atau Griskan bekas utk membakar lasagna dengan butter.

Memula kita ratakan dulu sos merah. Lapiskan pula dengan kulit lasagna.
 
Tuang lapisan sos merah diikuti dengan sos putih. Taburkan sedikit parutan mozarella cheese. 



Ulang langkah ini sehingga habis. Bahagian atas sekali akhirkan dgn sos puteh serta taburkan parutan mozarella cheese, chopped parsley dan coriander leaves. Boleh juga taburkan sedikit fresh Thyme jika ada. Wangi jer bau dia nanti.





 
Suhu yg dicadangkan ialah 175c. (ikut kapasiti oven memasing). Guna api atas bawah.
30 min yg pertama ; bakar dengan menutup atas loyang tu ngan aluminium foil. Cucuk dengan lidi samada lasagna tu dah lembut ker tak. Kalau masih keras tutup balik dgn aluminium foil dan sambung lagi bakar dgn kaedah ini.   
30 min kedua ; bakar tanpa aluminium foil.




Bila dah masak, bolehlah dikeluarkan dari oven dan sejukkan selama 15 minit sebelum dipotong dan dihidangkan.

NOTE : JANGAN bubuh GARAM banyak sangat dalam Sos Sos tu nanti. Kena agak agak juga sebab Mozarella Cheese yg kita tabur tu pon dah MASIN. 




Selamat mencuba yer. Memang berbaloi baloi.. Lepas ni leh stemet duit kita.. Puas makan anak beranak bila buad sendiri kann.




Just from Me ;
With lots of Lurves.. Muahhh.. :)


3 comments:

Amie said...

Assalamualaikum sheila.... mak oiii! sedapnya lasagna, puas makan ni kalau buat sendiri.

Shiela said...

Wsalam Amie.. betul mmg puas makan klu buad sendiri kann.. :)

Brody C said...

Appreciate thiis blog post