Friday, 20 April 2012

HOKKAIDO CHIFFON CupCakes


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Rata rata, Sana sini kat fesbuk tu tak berenti berenti doq nengok kengkawan membuat Cake Jepon ni. Hati ni punyalaa teruja nak mencuba, Sedap sangat ker? Tapi bila direnung renungkan cake tu sexy laa jugak, hingga agak terguda laa jugak hati kechik ni.. Doq membayang bayangkan rasa dia tu, ada tepung jagung, ada tepung kastard, pastu kat tengahnyer pulak ada filling custard, hmm.. mesti sedappp.. Takleh jadi, maka petang tadi kugodek jugak HOKKAIDO CHIFFON Cupcakes ni. Dah teghasa ghasa sangat kat tekak ni dahh.. :P




Seawal pagi saya pon mula laa skodeng sana, skodeng sini mencarikan resepinya. Akhirnya parking kat blog Azlita gak sudahnya. Resepi Chiffon Cupcake ni saya amik dari Blog Azlita Aziz, mohon share kat sini yer Ita cuma ada sikit sikit yang saya adjust ikut apa yang saya ada. Manakala Filling Custardnya pulak dari resepi saya sendiri. Jom nengok resepinya yer..





~~HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES~~


4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder

4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor


Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit.
Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar.
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras.
Atau boleh juga gunakan cawan muffin.




Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali.

Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.

Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.

Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan Cream of  Tartar hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau cam penuh sangat, sebab kek ini akan naikkk dan turun balik sedikit selepas dimasak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing.

Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10-15 min dulu bagi dia sejuk perlahan lahan. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.

Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.




NOTE : TEPUNG CAKE atau CAKE FLOUR adalah Tepung Gandum yang dicampur dengan Tepung Jagung. BUKAN Tepung NAIK SENDIRI atau SELF RAISING FLOUR yer kengkawan. Ramai gak yang keliru. Neway, takyah sesusah nak beli Tepung Cake tu, kita boleh buat sendiri.
SUKATANNYA : 2 sudu besar Tepung Jagung + 3/4 cawan Tepong Gandum dan Ayak. Jadilaa 1 cawan Tepung Cake. Senang citer dan keje kita.


~~FILLING CUSTARD~~

2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter

Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.

Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantek pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.

Sejukkan sebentar custard yang telah siap dimasak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.




Hrmm.. Ni kes tak cukup bekas Remekin laa.. bekas leb ni jer yang sempat kucapai. Bolehlaa kan.. By the way, Senang jer kan buat cake ni. Kejap jer kita dah sampai Hokkaido. Rasa dia pon memang betul sedap sangat kengkawan.. Cubalah, memang puas hatilah. Terbaekklahh jika dihidangkan ketika sejuk atau cam Omputih cakap Serve Chilled.. heheh.. Layannn.. Tak chaya cernengok gambor kat bawah ni.. mmm.. tahan jerlaa ayor liur yer.. :)




SELAMAT MENCUBA (",).


12 comments:

Unknown said...

Shiela, baru ni akak tau tepung cake tu campurkan tepung gandum dgn tepung jagung. Siap tulis dlm buku akak lagi tau. Terima kasih ye Sheila, ni la untungnya berkawan dgn org yg terror masak.
Kek pun terlior akak tengok, mcm gatal je tgn ni nak cuba.

atie @ ejay said...

salam kak..
hihi comelnya..kek nih dah lama masuk list nak buat..tp xberani nak try takut takjadi hihi

asyifamustaffa said...

Salam kak,
sy pun dah cuba...mmg sedap kek nie...lembut jer....

Rohah said...

ramai dah yg buat cake ni...tunggu giliran je nampaknye..

Amie said...

oooo mak! Cantiknya kejadian! Suka nak tengok lama-lama kat sini.... tak dapat jamu selera takpe, cukuplah sekadar jamu mata.

Anonymous said...

sedapnye... nak cubalah esok. mohon share ya.

leen said...

sedapnya tgk kek nie kak shiela...bila la ada kekuatan nak membuatnya....dan tq atas info tepung kek tu...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.Sheila
tergoda jugak sy tgk kek chiffon jepun ni, airtangan akak cantiknye..
gebuss, nampak krimkastad tu aduhhh sedapnye hai..
nanti kena try jugak ni he he

Shiela said...

Wsalam Semua.. Mmg sedap cake ni.. Cubalah.. Berbaloi baloi.. :)

Traveller said...

Terima ksih kongsikan resepi nih..sy nak cuba ya..nanti sy bgth mcmn hasilnay..thanx again for sharing it here..

Shiela said...

u're most welcome Traveller..

Anonymous said...

Thank u 4 sharing....mmg sedap kek ni. i've eaten it kat kedai kek... definitely will try...