Saturday, 14 April 2012

KEK BATEK


Assalamualaikum dan Selamat  Sejahtera   :)


Selamat Berhujung minggu juga.. Apa khabar semua? Saya alhamdulillah.. Not too bad laa.. bolehlaa takat nak Membatek ni. Lama betol dah anak saya tu mintak nak makan Kek Batek ni, saya tak buat buat.. Bukan apa, sebenornya saya pon tak berapa suka makan kek batek ni. Penah buat sekali dua dulu, tkleh in laa.. manis sangat. Tetapi bila terpandang kat blog Sky Blue's Kitchen, Diana @ Melley Mey buat cam teruja pulak nak mencubanya. Nampak cam menarek pulak cara susunannya tu. Sebelum ni yang saya penah buat, kacau jer sekali biskut tu dalam kuali. Silap haribulan jadi lembik laa pulak. Tapi bila nengok cara Diana ni lain laa pulak.. Memang menarek minatku untuk mencuba.




Saya mohon share recipe tu di sini yer Diana @ Melley Mey. Tapi terus terang cakap, saya tak pandai nak buat back link yang ada cam rujuk 'di sini' tu. Maaf yer, tanya anak cam mana nak buat pon dia cakap tak tau. huhuu.. Tak berapa celik IT sangat. Juga maaf sekali lagi yer, resepi ni saya ada adjust sikit sikit ikut selera dan keselesaan saya. Tapi apa apa pon terima kaseh banyak banyak yer Diana atas sumber dan tunjuk ajar pada Kek Batek yang mabeles ni.. Mudah mudahan diberkati allah sentiasa.. Ameenn..




BAHAN BAHAN :

6 biji Telur Ayam
1 cawan Butter ~~ 250 gm
2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Brown Sugar ~~ resepi asal 1 1/2 cwn gula
1 cawan Milo ~~ resepi asal guna 1 1/2 cawan milo
1/2 cawan Serbuk Koko ~~ saya tambah
2 cawan Nestle Nestum original
1 cawan Susu Pekat ~~ resepi asal guna 1 tin cap junjung
Biskut Marie secukupnya


** Rasanya next time buat tak perlu letak brown sugar tu lagi. Dah cukup manisnya bagi saya yang tak kuat manis ni laa..





CARA CARA :

Pukul gula bersama butter hingga kembang.
Kemudian, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul dan terus pukul lagi.
Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya bebetul sebati.
Masak adunan menggunakan kuali hingga pekat dan likat. Setelah adunan bebetul pekat bolehlah diangkat. Sediakan bekas dan letakkan sedikit adunan kek tadi dan ratakan.
Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
Taburkan atasnya dgn apa yg suka sebagai hiasan.
Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong. Seelok eloknya semalaman.




Alhamdulillah.. Anak saya suka sangat. Makanlah puas puas yer anakku.. Rasanya pun dah tak manis sangat cam selalu. Banyak juga sukatan gula dan susu pekat saya kurangkan. Bolehlaa Ibu dia ni pon tumpang semangkuk jugak nampaknya.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


7 comments:

naimah said...

salam shiela.
alahai menggoda2 tgk..InsyAllah akn ditry ;>

Shiela said...

wsalam Naimah.. Selamat mencuba yer.. :)

Rohah said...

terbaik punya kek ni..mmg pebret ibu n anak-anak..

Sheery Dream Cakes said...

terima kasih kerana sudi mencuba... :)

Unknown said...

Salam kenal Sheila, akak dulu2 mcm tu juga, tak celik IT tapi bila dah lama2 berblog, dah boleh faham. Back link tu ada dlm blog (pautan) copypaste je url....hehe..nak ajar org plak.
Kek batik ni akak pun kurang suka nak buat, selalu tak jadi. Lps tu yg makannya tak ramai. Tp sheila dah ubah skit tu, mesti sedap.

Sue @ Nenie said...

Salam berziarah...Emmm sedapnya kek batik ni...nak buat pun senang kan...

Mrs Hakim said...

ASSALAM KAK SHEILA...

THANKS SUDI SHARE RESEPI2 YG MELETOP.. KAK NAK TANYE..KAT MANA EK AKAK BELI DOILY SHEET WILTON TU..

SAYA LAMA CARIK...