Wednesday, 7 March 2012

MEE HOON Goreng TAUCHU


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera   :)

Selamat Pagi juga buat semua. Apa menu sarapan kengkawan arini? Saya nak berkongsi antara menu sarapan peberet Suami saya, Mee Hoon Goreng Tauchu ni. Dari dulu kalau saya goreng Mee Hoon ni mesti dia akan pesan sesiap, "Jangan lupa buh tauchu yer".. Bagi tekak kami memang sedaplah. Adalah kelainan rasa dia sikit dari yang selalu tu kan.




Arini saya tak berapa sehat laa rasanya, jadi tak bebel laa panjang panjang. Jomlaa nengok cane saya buat Mee Hoon Goreng Tauchu sempoi ni. Banyak hari gak dah masak ni, tak sempat sempat nak masukkan entry. Tah hape yg sebok sangat pon tak taulaa. Cam cepat betol rasanya masa berjalan, tak terkejo kengkadang kann..




BAHAN BAHAN :

400 gm Mee Hoon (direndam)
250 gm Ayam (atau apa jer suka)
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besat pes Tauchu
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Tomato
2-3 keping Tahu (digoreng)
10 biji fishball (klu suka)
1/2 cawan Minyak utk menumis
1 cawan air atau secukupnya
Sedikit Kucai (atau apa sayur yg digemari)
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak Bijan

Bahan tumbuk :
5 ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih




CARA CARANYA :

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan. Kemudian masukkan cili mesin, sedikit garam dan masak cili hingga garing dan hilang bau cili tu. Pastu bubuhlah tauchu, Sos Tiram dan Sos Tomato. Kemudian masukkan ayam. Kalau nak guna daging atau udang pon boleh. Ikutlah citarasa kita dan apa yang kita ada kan.

Okayy.. bila ayam tu sudah masak, masukkan air serta garam secukup rasa dan biar mesra seketika semua bahan dalam kuali tu. Garam tu kena kurangkan sikitlah dari selalu sebab tauchu tu kan masin. Adjustlah ikut selera memasing yer, saya guna dalam 2 sudu teh camtu. Kemudian bolehlaa masukkan mee hoon yang telah kita rendam dan toskan. Dikacau rata dan dibalik balikkan selalu supaya ia masak sekata. Kalau mee hoon sudah oleh dipotong dengan sudip tu, kira dah masaklah. Tapi kalau nak lembut lagi bolehlah ditambah lagi dengan sedikit air masak. JANGAN bubuh AIR PANAS yer.. nanti benyek mee hoon kita, tak sedap dan semenggah pulak rupa dia.

Akhir sekali barulah kita masukkan daun kucai atau sayur sayuran lain yang hendak dibubuh. Biarkan masak seketika dan bolehlaa dihidang. Jangan lama sangat, nanti sayur tu layu sangat tak sedap. Renjiskan sedikit minyak bijan ke dalam Mee hoon tu dan gaul rata. Hiaskan lah dengan hirisan tomato, tahu goreng atau apa saja mengikut citarasa memasing. Kalau nak sedap lagi, taburkan dengan sedikit bawang goreng tapi yang sandiri bikin taww.. beli punyer, mana ada ummpphh. Nak kick lagi makan ngan cili jeruk.. perghhh.. takyah citer laa kann.. meleleh ayaq lioq.. ;P



Apa apa pon, SELAMAT MENCUBA.. Petua saya hanya satu, COOKING WITH LUV  ;)


8 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

Sedap nampaknya meehoon goreng tu...Kak Lin mmg suka makan mee hoon...nak diet...hehehe

Qasey Honey said...

sedap tgk mee hoon tu...letak tauchu lg...

Anonymous said...

senang je mcm masak bee hoon biasa cuma tmbah tocu je...ok roger sat lagi sya buat....

qaseheena said...

senang2 nti cuba

Rohah said...

tak pernah rasa bihun taruk taucu walaupun selalu masak n makan mihun..
mmmm..mesti lazat punyeeerr

Shiela said...

Selamat mencuba yer Semua..

Qaseheena dah cuba tu, sampai berebut rebut katanya.. hehee.. mekaseh Qaseh kerana sudi mencuba. :)

Sheery Dream Cakes said...

Sedaaapnya tgk mee hoon goreng tu... Mmg suka sgt makan mee hoon goreng... Sedap2!!!

Shiela said...

Terima kaseh Diana.. Alhamdulillah sedap bg kami sekeluarga.. :)