Monday, 25 June 2012

BUTTERSCOTCH Bread Butter Pudding with CUSTARD Sauce.. YUMMYYY..





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar? Saya tak berapa sihatlah rasanya ni.. tapi taklah teruk sangat cuma tak berapa selesa jer dengan sedikit gangguan kesihatan ni. Bila tak sihat, tekak ni makan apa pun saya pahit payau. Dugaan dariNYA tu. Kalau tak merasa sakit, taklah pulak kita tau nikmatnya sihat tu kann.. Terima dan redho jerlah. Tapi saya buat juga BREAD BUTTER PUDDING sebab Mak saya ada sebut teringin nak makan. Teringat ringatlah pulak kata kata Mak tu selagi saya tak tunaikan permintaannya tu. Lagipun taklah susah mana sangat membuatnya jika dibandingkan dengan apa yang telah Mak lakukan pada kami.




Kali ni saya cuba buat menggunakan roti Butterscotch Gardenia. Kawan saya Alina Grotte yang suggest supaya menggunakan roti ni. Katanya lagi sedap, tu yang membuat saya teringin sangat nak mencuba. Tapi sukatan gula tu terpaksalah saya kurangkan sedikit dari biasa sebab roti Butterscotch ni dah ada rasa lemak lemak manis dia tu kan. Lepas tu saya tabur pulak dengan buah prune dan kacang Pistachio kegemaran saya tu. Bila makan disiram pula dengan Sos Custard tu, perghhh.. Wallahhh.. Anak saya Farrah Nur Shafieny tu sibuk suruh buat lagi.. Suka sangat dia makan nampaknya.




Kalau berminat nak mencuba, jomlah nengok resepinya yang pada asalnya saya dapat dari Pakcik Google suatu masa dulu tapi buat kali ni banyak yg telah saya ubah mengikut kesesuaian saya dan bahan yang saya gemari. Let's Checkidauddd.. (:


BAHAN BAHAN :

1 buku Roti Butterscotch Gardenia

800 ml Evaporated Milk

4 bji Telor size A

150 gm Gula Kastor

1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence

1 sudu kecil Serbuk Kayu Manis

1 sudu besar Tepung Jagung

2 sudu besar Butter ~~ dicairkan

Sedikit Garam

Sedikit hirisan Kacang Pistachio

8-9 biji Buah Prune ~~ dipotong kecil

Sedikit parutan kulit lemon

Butter utk disapukan pada roti




Buang sedikit kulit roti di kelilingnya dan potong dua berbentuk segitiga, Sapukan dengan butter pada kedua belah roti.

Pukul/Whisk telor dengan gula sehingga kembang dan bertukar warna seakan akan warna lemon. Kemudian masukkan vanilla extract/essence dan serbuk kayu manis dan whisk perlahan. Setelah rata semua bahan tadi, masukkan susu cair, garam dan tepung jagung. Whisk lagi supaya sebati. Akhir sekali, masukkan butter yang telah dicairkan serta sedikit parutan kulit lemon dan whisk lagi hingga rata dan sebati. Sapukan butter pada loyang atau bekas untuk membakar. Susunkan roti ke dalam bekas dan taburkan dengan buah prunes yang telah dipotong tadi. Ulang hingga habis. Kemudian tuangkan bahan yang kita whisk tadi ke atas roti, dan biarkan dia serap sebentar. Taburkan di atasnya hirisan kacang Pistachio tu. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 40-50 minit atau mengikut kapasiti oven memasing.




~~ SOS CUSTARD ~~

400 ml Evaporated Milk
4 sudu besar Susu Pekat (adjust ikut citarasa)
3 sudu besar Tepung Custard
Secubit Garam
1/2 cawan Air
Sedikit Vanilla Extract/Essence
Sedikit Parutan kulit Lemon (jika suka)
Sedikit Daun Pudina




Bancuh tepung kastard dengan air. Panaskan susu cair. Campurkan kedua duanya. Masukkan susu pekat dan secubit garam. Sentiasa dikacau dengan api sederhana sampai teksturnya licin. Kalau pekat, tambah sedikit air panas atau nak sedap tambah susu segar. Masukkan pula beberapa titis vanilla extract/essence, daun pudina dan parutan kulit lemon. Kacau rata dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam fridge. Bolehlah disiramkan ke atas puding roti ketika hendak dimakan. Selamat Mencuba (",)





Friday, 22 June 2012

Spaghetti AGLIO OLIO with PRAWNs





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Salam Syaaban juga pada teman teman yang beragama islam. Ramadhan sudah makin hampir nampaknya, tak sampai sebulan jer lagi kan.. Alhamdulillah utang puasa tahun lepas sudah settle, kalau ada peluang dan diizinkan Allah cuma ingin melaksanakan yang sunat pula. Insyaallah.. Marilah kita bersama memanfaatkan bulan yang mulia ini dan semoga kita mendapat keberkatanNYA.. Ameenn..




Hari hari kalau kita makan menu yang sama jer pun bosan jugak kan. Sesekali jom kita try SPAGHETTI AGLIO OLIO pulak. Bagi saya, ianya amat mudah disediakan tetapi tetap sedap, berasa dan mengenyangkan juga. Bahan bahannya pun mudah jer, boleh dikatakan sentiasa ada lah dalam fridge kita tu. Sebelum ni saya ada share recipe Spaghetti Aglio Olio ni dengan menggunakan Mussels tapi kali ni saya hanya menggunakan Udang jer.. Mussels tak timboi timboi.. hehee.. Kali ni saya buat bagi pedas sikit, maklumlah tekak orang melayu kann.. Tapi anak dan hubby saya cakap, yang ni lagi sedap, mungkin ada rasa pedas tu kowt.. Kaylah, jom nengok resepinya sebelum saya pejam depan lappy ni.. (:


BAHAN BAHAN :
500 gm Udang ~~ medium size
300 gm Spaghetti
2 biji Bawang Besar Kuning/Holland
6 ulas Bawang Putih
2 batang Cili Merah
6-8 tangkai Cili Padi
Jus dari 1-2 biji Lemon ~~ ikut citarasa
Minyak Zaitun untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Oregano
Daun Parsley ~ Saya suka byk daun ni




Dalam peruik bersesuaian didihkan air dan rebuskan spaghetti hingga lembut. Masukkan juga sedikit garam dan minyak zaitun dalam air rebusan tu. Setelah lembut dan boleh dipotong, angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat dan kering.

Chop atau cincang cincangkan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan juga daun parsley. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi hingga layu dan naik bau. Masukkan pula udang dan sedikit garam dulu. Kemudian bubuh sedikit oregano, serbuk lada itam dan lada sulah. Kacau rata hingga udang tu masak. Masaknya tak lama sangat.

Bila Udang sudah masak masukkan spaghetti yang kita rebus tadi. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan jus lemon dan gaul rata. Biarkan masak seketika sambil dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun parsley yang telah kita cincang halus tadi dan gaul rata. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditabur dengan sedikit Parmesan Chese dan Chilli Flakes ketika hendak makan jika suka. Enak juga dijadikan juadah berbuka puasa ni. Selamat Mencuba.. (",)




Wednesday, 20 June 2012

Perjalanan PUDING RAJAku




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Seperti yang dijanjikan pada N3 yang lalu, pada kali ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang sangat indah bagi saya. Walaupun banyak dugaan dan kegagalan yang saya lalui, tak kurang juga dengan detik cemasnya.. Akhirnya berjaya juga saya menghasilkan PUDING RAJA yang menjadi dessert Istana Pahang. fuhhh.. Puas rasa hati setelah percubaan yang KETIGA ini menjadi dengan agak sempurna. Setidak tidaknya lebih baik dari yang semalam semalam. Alhamdulillah.. itulah Saya, memang tak akan putus asa selagi belum berpuas hati. Kata orang usaha tangga kejayaan kann.. dan di mana ada kemahuan pasti ada jalan.. Never say NEVER.




Apa apa pun saya ingin berterima kasih kepada teman fb saya yang terkenal dengan panggilan Tok Mak yang telah berkongsi resepi PUDING RAJA PAHANG ni dengan saya dan juga tanpa jemu jemu memberi tunjuk ajar pada saya yang sangat sangat tidak tahu menahu mengenai dessert ini. Pertama kali saya melihatnya juga  pada post post dan gambar dari wall Tok Mak. Bila selalu diperkatakan mengenai keenakannya, hati mula teruja untuk mencubanya. Tapi cam biasalah asyik postpone jer hingga pada suatu hari teman kampung sebelahku Zai Eddie Hashim mencuba dan memberiku rasa, waduhhhh.. sedapnyerrr.. makin melonjak lonjaklah rasa ingin mencuba sendiri tu.. Maklumlah, orang punya takkan nak makan banyak banyak kann.. nak gak buat sendiri baru leh makan puas puas kann.. heheee.. Kalau dekat dengan Kuantan tu memang saya lama dah order jer dari Tok Mak tu sebab dia memang cukup popular dengan jualan PUDING RAJA di Kuantan tu. Dah jauh ni, terpaksalah kugagahi sendiri. Owh ya, jika sesapa yang berada sekitar kawasan Kuantan atau yang sewaktu dengannya yang berminat untuk merasa atau membeli Puding Raja darinya bolehlah ke page Tok mak untuk membuat tempahan.




Hmmm.. nak citer lagi ni, dah namanya Perjalanan di tajuk tu kann, panjanglah kesahnya.. sabar jerlah.. hehee.. Percubaan pertama saya adalah masa baru pulang dari KK aritu sebab saya terjumpa Pisang Lemak Manis Madu di Pasar Tamparuli. Kat sana dipanggil Pisang Hotel kalau tak silap. Naik belon tuu pisang saya. Sampai sampai jer kt umah, terus berkobar kobar nak buat. Tapi agak frust, urat jalaemas tu tak cantek jadinya. Dia agak meleper jer dan warna pun tak berapa menarik. Tapi masih boleh dimakanlah, rasanya sama jer. Bila dirujuk pada Sifu saya tu, katanya mungkin air gula saya tu cair. Yerlah, saya ni langsung tak pernah nengok orang buat jalaemas tu. Saya bukannya berasal dari sebelah Pantai Timur tu.. Saya berasal dari Pulau Pinang. Mak saya sendiri pun tak kenal Puding Raja ni, apalagi nak membuatnya.. It's really took me from scratch, bak kata omputih tu. Cuma dapat bayangan dari penerangan Tok Mak melalui fb dan rujukan dari temanku Zai Eddie Hashim yang pernah mencuba. 




Tanpa putus asa, saya cuba lagi buat kali keduanya, siap kumpul telur ayam dari reban ayam saya tu.. Tapi kali ni pulak bila saya angkat jer jala tu dari air gula tu pulak, dia membeku.. huwaaaa.. panik gak dibuatnya.. Bila saya cuba leraikan terus dia putus putus dan jadi cam hancur. Gelabah dan menonggeng frustnyer tak tau laa nak cakap dah. Terus nalipon org kampung sebelah yang Juara tu,  Zai Eddie Hashim tanya apa nak buat ni?? Dia pon cadangkan siram ngan air panas cecepat. Okaylah jugak.. boleh dimakan, tapi saya tak puas hati lagi. Keesokannya seawal pagi, saya cari lagi telur ayam kampung dan mencuba lagi. Dan, Alhamdulillah berkat tekun dan sabar, kali KETIGA ini barulah menjadi dengan sempurna. hmm.. that's why i like no.3 but not Madu 3 kayy.. no! no! no!.. Kalau gumbira di hati ni tak taulah nak digambarkan macam mana. Mana taknya, dahlah kali ni Pisang Lemak Manis Madu tu Tok Mak siap poskan dari Kuantan. Terharu saya, terima kaseh banyak banyak kak.. Kalau kali ni tak dapat jugak buat yang semenggah, saya bimbang jika akak pun keciwa.. Tapi syukur dengan izin Allah, menjadi jugak akhirnya PUDING RAJA PAHANG dari air tangan saya sendiri. Yeayyy.. Yaaaahoooooo.. :D




Makanya buat teman teman yang saya sayangi semua, yang setia menanti recipe PUDING RAJA ni dari saya, di N3 ini saya akan kongsikan resepinya. Mohon dihalalkan yer Tok Mak. Moga diberkati dan dimurahkan rezeki sentiasa.. Ameenn.. Buat makluman semua juga, saya menggunakan acuan botol muncung tiga seperti pic di atas tu untuk membuat urat Jalaemas tu. Saya beli juga secara online dari teman fesbuk Reen Khan Shariff. Sesapa yang berminat untuk mendapatkan acuan botol muncung 3 ini bolehlah pm beliau.


Bahan Bahan utk Urat Jalaemas :

15 biji Kuning Telur Ayam Kampung
500 gm Gula Pasir ~~ Sukatan Saya
Segenggam Gula Batu ~~ Saya tambah
1 litre Air ~~ Sukatan Saya
1-2 batang Kulit Kayu Manis ~~ Saya tambah
6 helai Daun Pandan ~~ Disiat


Mula mula asingkan kuning telur dari putihnya. Sebaiknya telur itu dari peti sejuk supaya senang untuk diasingkan. Saya buang juga tali pusatnya, memang dah biasa buat camtu supaya tidak hanyir. Kemudian tapiskan kuning telur yang hendak kita gunakan tu. Setelah ditapis, saya biarkan sebentar pada suhu bilik lebih kurang setengah jam sebelum dimasukkan ke dalam acuan botol tiga muncung itu supaya dia agak pekat sikit, senang dan cantik untuk dijalakan dalam air gula tu nanti. Ni cara dan teori dari pemikiran saya jerlah, tapi not bad gak hasilnya kann.. Sambil menunggu tu kita dah boleh memasak air gula. Satukan gula pasir, air, gula batu, kulit kayu manis dan daun pandan dan masak dengan api perlahan dulu. Kita nakkan semua aroma tu mesra dan serap ke dalam air gula tu supaya wangi bau jalaemas kita nanti. Gula batu tu pula saya tambah untuk mendapatkan hasil yang cantek berkilat. 

NOTE : Kalau tak nak guna telur ayam kampung, boleh juga guna telur ayam biasa cuma warnanya agak pucat tak sekuning hasil dari telur ayam kampung ni lah. Rasanya sama.




Bila air gula tu dah menggelegak dan berbuih buih dan agak likat bolehlah kita mula menjala dalam air gula yang betul betul panas tu. Sebelum itu, keluarkan dulu daun daun pandan dan kulit kayu manis tadi. Tinggikan sedikit kedudukan botol tu ketika menjala untuk mendapatkan jala yang halus halus.  Lagi satu perkara yang amat penting, jika air gula tu dah agak pekat sangat selama proses menjala tu, tambahkan dengan air sedikit. Setelah diangkat jalaemas tu toskan dulu sehingga air gulanya turun. Kemudian dikiraikan pula urat urat jalaemas tu perlahan lahan dengan menggunakan garpu. Sebolehnya jangan sampai terputus.




Pisang Lemak Manis Madu adalah antara gandingan untuk dimakan bersama dalam dessert Puding Raja ni. Pisang tu dikopek kulitnya dengan cermat dari pangkalnya tanpa menghilangkan putingnya. Menurut Tok Mak , itu juga adalah antaran keseniannya. Kemudian digoreng dalam minyak yang banyak dalam kuali. Minyak tu macam kita nak menggoreng pisang tu. Campurkan juga dalam 2 sudu besar minyak sapi ke dalam minyak panas tu supaya pisang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Bila sudah garing dan berwarna coklat, bolehlah diangkat. Sebaiknya jangan ditindan pisang tu ketika masih panas, dikhuatiri akan melekat dan susah nak dipisahkan nanti. Kemudian kedap kedapkan dengan tisu dapur untuk mengurangkan minyaknya. Kacang Gajus tu pula kita goreng dengan sedikit minyak sapi sehingga keperangan.




Selepas itu kita bolehlah siapkan pula Sos Custardnya. Pukul ringan 2 biji kuning telur dan satukan ke dalam periuk bersama 1 tin susu Ideal, 1/3 tin air, 1 sudu kecil esen vanilla dan 1 helai daun pandan. Masukkan juga gula ikut citarasa masing masing. Saya bubuh 2 sudu besar jer sebab tak suka manis sangat dan semua bahan lain pun ada manisnya. Masak sebentar sambil dikacau sentiasa sehingga gula tu hancur. Angkat dan Sejukkan. Saya suka makan dengan sos custard yang sejuk dari fridge. Nyaman jer lalu kat tekak ni..




Cara Hidangan Puding Raja ni pula, memula susun susun pisang yang telah digoreng tadi dan diletakkan di atasnya urat jalaemas itu. Mengikut cara yang asal, ianya dihias menggunakan buah prune, gajus, buah ceri merah dan hijau. Tetapi saya tak berapa suka makan buah ceri merah dan hijau tu dan juga ianya manis. Makanya saya tukarkan dengan buah strawberry. Ada kombinasi masam, manis dan lemak bila memakannya. Sangat enak dimakan bila kena dengan buah strawberry yang segar tu. Pastu gigit pulak dengan kacang gajus tu kann.. mmm.. buah prune tu pulak lagi kann.. perghhh.. memang Terbaekkkk lahh.. Terasa sungguh berbaloi baloi penat lelah saya menghasilkannya dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Patutlah ianya menjadi satu kebanggaan Rakyat Pahang sehingga menjadi hidangan Istananya. Saya juga amat berbesar hati dapat mengabadikan menu tradisi ini dalam Blog saya ini. Terima kasih sekali lagi pada Tok Mak yang telah memperkenalkan dessert ini kepada saya.




Pada teman teman yang kukasihi, Selamat Mencuba yer. Jangan risau, insyaallah boleh.. Yakin jer.. MALAYSIA BOLEH!!.. Luv uols.. Muahhh..



Monday, 18 June 2012

Kueteow Goreng KERANG





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Maal Hijrah juga buat semua teman yang beragama Islam. Arini saya punyalah sibuk, kononnyalah.. hehee.. Actually, dari semalam lagi saya dok mencuba membuat Jalaemas untuk Puding Raja. Semalam adalah percubaan yang kedua kalinya, failed jugak. Saya boleh lupa nak tambah air bila gula tu dah memekat, bila angkat semuanya membeku. Panic giler dibuatnya.. Tipon pulak temanku Zai dari Kampung Sebelah, dia ckp siram jer ngan air panas cecepat. Silap saya, gi leraikan jalamas tu masa gula tu membeku, abislaa urat tu cam anco.. adehh.. frust giler especially Sifuku Tok Mak pun memberi komen cam tak berapa puas hati. Padahal punyalah bersemangat waja nak mencuba setelah takberapa lulus jugak pada percubaan pertama aritu.. kehkehkeh.. Maka seawal pagi tadi kugegar hubbyku suh tolong gi belikan telor ayam kampung lain. Belinya 20 biji, tapi yang eloknya 15 biji jer.. jadilahh.. Alhamdulillahhhhh.. pada percubaan yang keTIGA arini menjadi.. Tulah kata orang jangan sesekali putus asa, terus mencuba dan itulah Saya.. Never Say NEVER.. Nanti pada next N3 rasa masukkan resepi  Jalaemas tuk Puding Raja yang dikenali sebagai makanan Istana Pahang tu yer. Takleh nak masuk lagi, sebab gambar belum cukup sempurna. Tadi, tak sempat nak snap abis, ari dah mula gelap.. Terpaksalah postpone besok pulak.. Setakat cuci mata bolehlah saya tunjukkan dulu satu picture Jalaemas ni dulu.. Hepi gilerrr saya ni arini bila nengok hasilnya, terasa berbaloi sungguh penat lelahku. Puas juga rasa dapat makan yang kuimpikan.. Cernengok cernengok.. Tadaaa.. Poyonyerr laa kann.. hehehh..




Oleh kerana masa  terlalu banyak dihabiskan dengan menJalaemas tu, arini saya masak yang sempoi dan cepat jerlah. Tupon hubby dah siapkan semua bahan, saya tinggal gi goreng jer kejap. Masak KUEWTEOW GORENG KERANG jer. Alhamdulillah, jadilah untuk kami tiga beranak ni.. Kalau nak resepi koboi saya ni, jomlah gi dapoq saya sat naa.. (:




BAHAN BAHAN :

500gm + 500gm Kueteow ~~ saja praktis matematik kit
1 kg Kerang ~~ disiram jer ngan air panas n kopek
50 sen Taugeh ~~ klu naik harga, tak taulah yer
50 sen Kucai ~~ maklumat dr hubby yg gi Pasar
6 sudu besar Cili Mesin ~~ adjust ikut selera
3 ulas Bawang Merah ~~ ditumbuk
5 ulas Bawang Putih ~~ ditumbuk
4 keping Tahu ~~ digoreng
5 biji Telur ~~ nak buh lebih, suka hatilah
1 sudu makan Sos Tiram
1 sudu makan Tomato Sos
1 sudu makan Kicap Mee Tamin
Minyak Jagung untuk menumis ~~ Minyak masak pun ok
Sedikit Minyak Bijan
Sedikit Serbuk Lada Sula
Garam Secukup Rasa




Panaskan minyak dalam kuali yang bersesuaian dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing dan hilang bau cili dengan api yang kecil. Selepas itu masukkan sos tiram, tomato sos, kicap mee dan garam. Masak sebentar dan terus pecahkan telor dan kacau kacau hancurkan. Setelah telor hampir masak, masukkan kueteow diikuti dengan tahu goreng yang dah dipotong dan kerang. Kacau rata sebentar dan masukkan pula taugeh yang telah dibuang ekornya dan juga daun kucai. Rasa garam jika dah secukup rasa kira Done lah Kueteow Goreng kita ni. Owhh.. lupa pulak, renjis renjiskan sedikit dengan minyak bijan dan taburkan sedikit serbuk lada sula untuk aroma yang kababoomm.. Enak dimakan ketika panas panas bersama cili jeruk. Selamat Mencuba.. (",)


Friday, 15 June 2012

CHOC CHEESE Cake with BUTTERSCOTH Sauce






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Stock Cream Cheese kat dalam fridge tu dah hampir hampir nak expired. Timbang ada lah dalam 500 gm, jadi saya pon puas mikirkan sesuatu yang boleh dihasilkan dengannya. Tetiba anak sebut nak makan Choc Cheese Cake. Saya pun lagi senang tkyah nak pikir banyak banyak. Resepi ni saya reka reka berpandukan resepi New York Cheese Cake aritu sebab saya memang suka sangat texture pada NYCC tu. Cuma adalah saya adjust sikit sikit pastu siram dengan Butterscoth Sauce. Wallahhh.. Kalau tak percaya, cubalah.. :)




BAHAN A (BASE) :

100 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus
20 gm Original Nestum
100 gm Butter


Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi bersama nestum dan gaul rata.
Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking paper dan tekan padat.
Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.


BAHAN B :

6 biji Putih Telur
80 gm Gula Kastor
1 sudu teh Cream of Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).



BAHAN C :

500 gm Cream Cheese ~~ Suhu bilik
180 gm Gula Kastor
6 biji Kuning telur
60 gm Tepung Jagung
1/2 cawan Sour Cream
2 sudu besar Lemon Juice
1 sudu teh Vanilla Ekstract / Essense
2 sudu kecil Choc Emulco


Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati. Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, sour cream dan lemon juice. Pukul sebentar. Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati. Selepas itu masukkan choc emulco dan pukul hingga mesra dan sebati.


Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati. Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 60 minit atau hingga masak bergantung pada kapasiti oven memasing. Kalau guna loyang yang removable cam saya ni, balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya tidak masuk air. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah anggaran 8" x 8".




Kalau sudah masak jangan kuarkan terus dari oven yer.. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit camtu dulu.. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat. Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam. Kek ni sedap dimakan sejuk atau cam omputih cakap, Serve Chilled.


** Note : Kaedah Bain Marie atau Steambath maksudnya, kita letakkan loyang cake tu dalam tray yang berisi air panas MENDIDIH dan terus bakar dalam oven yang telah siap dipanaskan terlebih dahulu.




Resepi BUTTERSCOTH SAUCE ni adalah dari teman fesbuk Juliati Homemade. Thanks Ju, sudi share resepinya dengan akak. Akak mohon dihalalkan dan share kat sini pulak yer..

BAHAN BAHAN :

175 gm Gula Kastor
175 gm  Fresh Cream / Whipping Cream
75 gm Butter
50g White Choc ~~ dicincang halus


Masak gula hingga perang. Angkat dari api masuk fresh cream sedikit demi sedikit sambil kacau dengan whisk. Pastu masukkan butter dan white choc, kacau hgga larut. Satu jer saya nak pesan, pastikan semua bahan dah ready sebab kita perlu cepat dalam proses ni. Dah siap, bolehlah disiram pada cake tu. Selamat Mencuba.. (",)


Monday, 11 June 2012

My Laling Cooking ;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. My Laling on leave arini.. Mood dia agak AA lah, he cook for us todayyy.. Walaupong yang sempoi jer tapi sesekali dapat rehat dan monteng ke dapo seronok jugak kan.. Barulah berselera nak makan. Actually, he can cook well.. memang dah diasuh dari ibunya dulu. Maklumlah adek beradeknya ramai yang lelaki, kalau tak jenuhlah ibu mertuaku tu nak buat semua sengsorang. Alhamdulillah saya rasa agak beruntunglah juga. Malah semasa dalam pantang, dia juga masakkan lauk dalam pantang untuk saya. Saya tidak tinggal di rumah Mak hingga abis pantang.. Sian nengok dia dok keja berulang dari Shah Alam ke Seremban sebab takleh miss nengok muka anaknya walaupon sehari. Jadi selepas sebulan camtu, bila saya agak stabil, kami pulang ke rumah. Pagi pagi sebelum ke office, dia akan bangun dan masakkan nasi dan lauk untuk orang dalam pantang kat saya. Terharu sungguh saya akan pengorbanannya itu. Itulah yang sangat sangat saya kenang. Love u so much Sweetheart.. Till Death do Us Apart.. Insyaallah..




Actually, tadi my hubby masak DAGING GORENG Berempah Soto Serbaguna Tok Mak.. Hmm.. terkejut saya tadi bila terpandang dia pon pandai buh rempah Tok Mak tu.. hehee.. tapi memang sedappp sangat. Rasa dan Aromanya memang power sungguh. Anak saya sampai bertambah tambah makan masa buka puasa tadi. Kalau nak tau camner my laling masak, jom jom saya nak share hasil saya skodeng tadi.. hehehh..


BAHAN BAHAN :

500 gm Daging Batang Pinang ~~ dihiris nipis
5-6 ulas Bawang Merah *
1 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
1 inci Kunyit idup *
1-2 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat
1-2 biji Kentang ~~ dihiris bulat n goreng
1 biji Buah Tomato ~~ dipotong dadu
1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna Tok Mak
1 batang Cili Merah dan Cili Hijau ~~ dipotong serong
Sedikit Cilipadi jika nak pedas ~~ dihiris
Minyak Jagung untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Sula
Garam secukup rasa


Mula mula bersihkan daging yang dihiris nipis tadi dan toskan hingga kering airnya. Tumbuk semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan dan naik bau. Masukkan rempah soto serbaguna Tok Mak dan goreng sebentar. Kemudian masukkan daging dan goreng bersama sehingga empuk dan lembut. TAK PERLU masukkan air dulu sehingga ia lembut dan boleh digigit. Kalau kita masukkan air sebelum ianya lembut, daging akan terus menjadi keras dan liat. Biarkan ianya masak secara menggoreng dengan minyak tu. Minyak tu bolehlah dilebihkan sedikit. Saya tak suka pulak rebus dulu daging tu, bagi saya manis daging tu lain. Suka ianya masak cenggitu dengan rempah tu yang akan serap perlahan ke dalam daging tu. Lagi sedap rasanya. Boleh masukkan sedikit garam dan serbuk lada sula dulu.

Setelah daging tu lembut, masukkan buah tomato dan goreng hingga mesra. Jika daging tu agak dah boleh digigit, bolehla dibubuh sedikit air jika nakkan ia lembab lembab sedikit. Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat, cili merah, cili hijau atau ciliapi dan garam secukup rasa. Akhir sekali, bila dah matikan api baru masukkan kentang yang telah digoreng. Siap.. Sempoi jer kann..




Ni selingan.. saja jer wat rehatkan mata.. hehee.. Saya baru beli sarang burung ni kat Melaka ritu. Lama dah teringin, tapi hubby tak bagi beli. Dia kata sian kat burung tu, jenuh dia nak buat sarang tu taww.. Akhir sekali ayat power dari saya.. "Daripada sarang sarang ni dok tergantung kat kedai ni yang, baik kita gantung kat pokok umah kita.. Boleh burung lain tumpang buat sarang".. ekekekee.. Termakan jugak dia dengan kata kata saya itu.. Dapatlah saya gantung tuu.. :)




Cokkodok Pisang ni saya buat.. terliur nengok member dok post kat fesbuk tu. Kebetulan ada pulak pisang yang dah masak sangat kat rumah, apa lagi? ku ramas jer lah kejap.. Sedap tu kena ngan teh ker kopi pepanas.. Layannn.. ;P





Wednesday, 6 June 2012

Asam Pedas IKAN PARI & TEMPE Goreng


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar? Tentu ramai yang sedang bercuti ni kann.. Maklumlah cuti sekolah. Saya ni belum ke mana mana lagi. Hubby sibuk sangat dengan kerja kerja kerja.. Sabar jerlah.. huhuu.. Pada N3 kali ni saya nak berkongsi pula salah satu resepi yang sangat digemari oleh anak tunggal saya Farrah iaitu ASAM PEDAS IKAN PARI dan TEMPE GORENG. 




Cara saya masak Asam Pedas ni biasanya mesti menggunakan rempah ketumbar dan jintan manis yang akan saya tumbuk. Tapi pada kali ini saya hanya menggantikannya dengan Rempah Soto Serbaguna Homemade keluaran 'TOK MAK'. Rempah ni sangat berguna untuk kegunaan dan keperluan masakan saya setiap hari. Sangat memudahkan kerja saya, tinggal ceduk jer.. Takyah sesusah nak menumbuk lagi. Baunya juga sangat wangi kerana sentiasa fresh. Kalau sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, bolehlah ker Page TOK MAK ini http://www.facebook.com/pages/Tok-mak/121104018020710. Boleh dibeli secara online dengan harga yang sangat berpatutan. Bukan sesaja nak promote jer yer, saya ni kalau tak sungguh saya tak kan berkongsi. Sesapa yang dah mencuba resepi saya pasti tau style saya. Kalau sesuatu yang tak sungguh sungguh berkenan atau sedap pada tekak saya, saya tak akan berkongsi. Sian kat orang yang mencuba nanti, saya tak sampai hati. Jomlah kita nengok resepi ASAM PEDAS IKAN PARI ni dulu.




BAHAN BAHAN :

500 gm Ikan Pari
9 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1 sudu makan lada hitam *
1 inci halia *
1 inci Kunyit Hidup *
1 inci Belacan ~~ jika suka *
1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna TOK MAK
1/2 sudu kecil Halba
3-4 batang Serai  ~~ dititik
9 sudu besar Cili Mesin ~~ adjust nak pedas takat mana
Segenggam Asam Jawa ~~ bancuh/ ramas jer dgn 500 ml air
1 cawan Minyak Masak utk menumis
Daun Kesum / Bunga Kantan
Garam Secukup Rasa


NOTE : 
Jika tiada Rempah Soto Tok Mak boleh gantikan dengan 1 sudu makan Ketumbar dan 1 sudu makan Jintan Manis. Direndam dan blend dgn semua bahan bertanda (*).


Setelah semua bahan dah ready, bolehlaa kita sediakan periuk dan panaskan minyak. Sementara tu, blend/ kisar halus semua bahan bertanda (*). Bila minyak sudah panas masukkan Serai yang telah dititik, diikuti dengan bahan bahan yang telah dikisar tadi dan juga halba. Masukkan juga Rempah Soto itu dan tumis bersama dengan api sederhana hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula Cili Mesin dan masak dengan api kecil atau sederhana hingga agak garing dan hilang bau cili tu. Masukkan juga sedikit garam untuk menggaringkan cili tu dengan baik. Bila dah masak cili tu, masukkan pula Air Asam Jawa. Asam Jawa ni pon boleh adjust ikut selera masing masing, nak masam takat mana. Biasanya kalau ikan yg agak hanyir macam ikan Pari ni atau ikan Sembilang kita lebihkan sikit air asam jawa ni. Kayy, bila kuah tu dah menggelegak masukkan ikan yang telah dibersihkan dan biar hingga masak. Masukkan ke dalam kuah tu, Daun Kesum dan Bunga Kantan. Kalau guna terung, saya suka goreng dulu terung tu, lagi sedap. Manakala kalau guna kacang bendi masukkan di akhir akhir sekali sebelum tutup api, tak nak dia layu sangat. Akhir sekali, check rasa garam.. Kalau dah secukup rasa tu, kira DONE lah..  




Apa yang pasti, yang sangat menggembirakan hati saya bila mendapat pujian dari Hubby masa makan Asam Pedas ni. Dia siap cakap, "Terima kasihlah masakkan makanan yang sedap sedap kat saya".. hmm.. kembang setaman derr.. Jadilaaa.. buat hilang penat kita bertungkus lumus kat dapoq tu kann.. Lagi satu peberet kami TEMPE GORENG, juga saya goreng dengan menggunakan Rempah Soto Serbaguna itu. Sedap dan sangat harum baunya. Senang jer, saya cuma lumurkan 1 sudu besar Rempah tu ke pada 3 packet Tempe yang telah dipotong dan gaul dengan garam secukup rasa. Kalau nak sedap lagi, perapkan sebentar dalam 20 min camtu. Pastu goreng hingga garing. Makan camtu jer cecah ngan Sambal Kicap pon sedap. 




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


Monday, 4 June 2012

FRAMBOZEN KENARI.. CitarasaKu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Ini adalah percubaan kedua saya membuat Frambozen Kenari ni. Masa mula mula buat dulu agak manis sangat, tak termakan rasanya maka pada kali kedua ni  saya cuba kurangkan sikit sukatan gulanya. Barulah boleh makan tak benti benti.. hehee.. Kali ni saya merujuk pada blog Semanis Gula kepunyaan Kak Zu. Terima kasih Kak Zu tapi saya punya taklah secantek akak punya. Saya mohon dikongsikan di sini juga yer untuk rujukan saya dan teman teman saya.




Saya juga menggunakan kacang Pistachio sebab memang suka sangat kacang tu. Fillingnya pula saya guna Blueberry Filling yang saya buat sendiri juga, memang tak manis sangat tapi ada rasa masam blueberry sikit sikit yang sangat saya suka dan tak muak muak rasa makannya. Kayylah.. Jom nengok camner saya buat yer.. Adalah sikit sikit yang boleh dikongsi ni tapi resepi ni adalah yang saya adjust mengikut citarasa saya. Kalau kengkawan nak nengok resepi asalnya boleh rujuk pada link ini http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2012/04/frambozen-kenari.html.




~~ BAHAN BAHAN (BISKUT) ~~

200 gm butter
1 biji Kuning Telur
1/4 cawan Gula Icing
50 gm Serbuk Almond
50 gm Nestum Original Nestle
1/2 cawan Susu Tepung
1 3/4 cawan Tepung Gandum @ Redrose




Putar butter dan gula icing hingga sebati. Masukkan kuning telur. Saya gunakan senduk kayu jer.
Satukan serbuk almond, nestum, susu tepung dan tepung gandum.
Uli kesemua bahan hingga menjadi doh.
Lapik tray 10 in x 10 in dengan baking paper .
Letak adunan dan tekan padat , cucuk dengan garpu supaye biskut masak dengan cantik.
Tekan dengan Cutter dan bakar biskut selame 30 minit pade suhu 170 C atau sehingga masak.
Bila biskut telah masak angkat Cutter, sapu jem dan royal icing dan tekan CUTTER semula. Susun Pistachio flakes di atasnya. Bakar lagi selame 20 minit. Kemudian kurangkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selame 1 jam untuk proses mengering dan mengrunchy kan royal icing.
Keluarkan CUTTER dan biarkan biskut sejuk sebelum di angkat. Pada kengkawan yang takder Cutter ni pon jgnlah risau, masih boleh buatnya. Potong jer dengan pisau yang tajam masa baru kuar dari oven pepanas tu.



~~ TOPPING ~~

BLUEBERRY FILLING :

1 cawan Buah Blueberry
2-3 sudu makan Gula ~~ ikut citarasa
1/4 cawan Air

1 sudu besar Tepung Jagung *
1/4 cawan Air *
** bancuh sekali~~

Masak buah Blueberry bersama gula dan air. Kacau sentiasa hingga buah tu pecah dan gula larut. Kalau nak manis lagi bolehlah tambah lagi gula tu. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau kacau sehingga agak pekat. Sejukkan dulu. Kalau nak guna jem strawberry pon boleh. Terpulanglah pada citarasa memasing yer.

Hirisan Kacang Pistachio secukupnya. Boleh guna Almond Flakes juga.




ROYAL ICING :

2 biji putih telur
80 gm gula castor
2 sudu besar tepung jagung

Putar putih telur dan gula castor sehingga menjadi meringue. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan kacau kaup balik hingga sebati.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~


Sunday, 3 June 2012

SENANGIN Masak OREN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat Berhujung Minggu juga pada semua yang singgah kat Spices Journey yang tak seberapa ni. Hmmm.. No matter what i'm still rite here standing and writing. Thanks everyone for the great support and understanding. Maaf juga pada kengkawan yang menunggu resepi Senangin masak Oren ni agak lama sikit. Saya agak sibuk sikit last few days. Pastu tetiba sesuatu yang amat mengeciwakan saya  pulak terjadi, mood agak tenggelam jadinya. Takleh nak fokus, cam lemah jer walaupun beberapa kali saya cuba untuk menulis di sini. Tapi syukur alhamdulillah berkat semangat dan sokongan dari kengkawan yang sangat memahami, I am recovered.. :)




Berbalik pada Masak Oren tadi? Nape masak Oren eak? hehee.. Saya pon tak tau camner nama tu boleh melekat pada menu ni. Dulu masak kami kecik kecik kalau Mak masak lauk ni, kami adek beradek panggil Masak Oren jer sebab warnanya oren. Bukannya dalam masakan ni ada buah oren atau jus oren yer.. Kami sangat suka kalau Mak masak lauk ni dulu, memang tak sempat tukar baju sekolah lagi terus terkam ker piyuk sesampai jer dari sekolah. Sekarang pulak, bila saya masak ni Hubby dan Anak saya pon suka sangat. Memang tak sempat sempatlah dorang nak makan jugak. Siap hirup hirup lagi kuah dia tuu.. Actually, kalau nak guna ikan lain pon boleh tapi ikan Senangin yang paling sedap dan paling melekat di fikiran kami kalau nak masak ni. Kaylah, cam biasalah saya ni.. dah after midnite ni kann.. memang waktu ni jerlah yg ada kelapangan pon.. Jom lah nengok resepinya.. Sok pepagi dah nak ke pasar, bawang pon dah habis nak masak.. Lauk lagi Clean & Clear.. hehee.. Maklumlah cuti sekolah ni kann..




BAHAN BAHAN :

3 ekor Ikan Senangin size sederhana
6-8 biji Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
6-8 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
1 inci Kunyit Idup *
3 batang Serai ~~ dititik
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
1 biji Lemon/Limau Nipis ~~ ambil jusnya
1-2 biji Buah Tomato ~~ dibelah 4
200 ml Santan Pekat 
Air Secukupnya ~~ ikutlah nak pekat camner
Sedikit daun Ketumbar
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa




Blend atau kisar semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian. Tumis dulu serai, diikuti dengan bahan yang diblend tadi hingga keperangan dan naik bau. Biarkan ia ditumis dengan api kecil sahaja. Masukkan sedikit garam dulu supaya ianya garing cantik. Setelah itu bolehlah masukkan air dan atau santan cair jika guna santan yang diperah. Masak seketika bagi rempah tu agak mesra. Lengkuas yang dihiris tadi juga boleh dimasukkan. Selepas itu masukkan santan pekat. Bila gulai dah mendidih, masukkan ikan yang telah siap dibersihkan. Tuangkan jus lemon atau limau nipis ke dalamnya juga. Bila ikan dah masak, masukkan daun ketumbar yang dipatah patah jer dan garam secukup rasa. Jangan masak lama sangat nanti ikan kita hancur, tak cantek. Lagipun ikan Senangin ni lembut jer. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus tutup api supaya buah tomato tu tak benyek. Siapp dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba!!..




Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Jalan pada seorang Teman bangku sekolah saya yang baru saja berangkat pulang ke Paris. Bon Voyage Alina Grotte.. Have a safe journey.. Rasa cam tak puas sepetang bersamanya last Thursday. Apakan daya, masa kita amatlah terhad. December nanti pulak baru dia pulang lagi. Insyaallah ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi..