Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Maal Hijrah juga buat semua teman yang beragama Islam. Arini saya punyalah sibuk, kononnyalah.. hehee.. Actually, dari semalam lagi saya dok mencuba membuat Jalaemas untuk Puding Raja. Semalam adalah percubaan yang kedua kalinya, failed jugak. Saya boleh lupa nak tambah air bila gula tu dah memekat, bila angkat semuanya membeku. Panic giler dibuatnya.. Tipon pulak temanku Zai dari Kampung Sebelah, dia ckp siram jer ngan air panas cecepat. Silap saya, gi leraikan jalamas tu masa gula tu membeku, abislaa urat tu cam anco.. adehh.. frust giler especially Sifuku Tok Mak pun memberi komen cam tak berapa puas hati. Padahal punyalah bersemangat waja nak mencuba setelah takberapa lulus jugak pada percubaan pertama aritu.. kehkehkeh.. Maka seawal pagi tadi kugegar hubbyku suh tolong gi belikan telor ayam kampung lain. Belinya 20 biji, tapi yang eloknya 15 biji jer.. jadilahh.. Alhamdulillahhhhh.. pada percubaan yang keTIGA arini menjadi.. Tulah kata orang jangan sesekali putus asa, terus mencuba dan itulah Saya.. Never Say NEVER.. Nanti pada next N3 rasa masukkan resepi Jalaemas tuk Puding Raja yang dikenali sebagai makanan Istana Pahang tu yer. Takleh nak masuk lagi, sebab gambar belum cukup sempurna. Tadi, tak sempat nak snap abis, ari dah mula gelap.. Terpaksalah postpone besok pulak.. Setakat cuci mata bolehlah saya tunjukkan dulu satu picture Jalaemas ni dulu.. Hepi gilerrr saya ni arini bila nengok hasilnya, terasa berbaloi sungguh penat lelahku. Puas juga rasa dapat makan yang kuimpikan.. Cernengok cernengok.. Tadaaa.. Poyonyerr laa kann.. hehehh..
Oleh kerana masa terlalu banyak dihabiskan dengan menJalaemas tu, arini saya masak yang sempoi dan cepat jerlah. Tupon hubby dah siapkan semua bahan, saya tinggal gi goreng jer kejap. Masak KUEWTEOW GORENG KERANG jer. Alhamdulillah, jadilah untuk kami tiga beranak ni.. Kalau nak resepi koboi saya ni, jomlah gi dapoq saya sat naa.. (:
BAHAN BAHAN :
500gm + 500gm Kueteow ~~ saja praktis matematik kit
1 kg Kerang ~~ disiram jer ngan air panas n kopek
50 sen Taugeh ~~ klu naik harga, tak taulah yer
50 sen Kucai ~~ maklumat dr hubby yg gi Pasar
6 sudu besar Cili Mesin ~~ adjust ikut selera
3 ulas Bawang Merah ~~ ditumbuk
5 ulas Bawang Putih ~~ ditumbuk
4 keping Tahu ~~ digoreng
5 biji Telur ~~ nak buh lebih, suka hatilah
1 sudu makan Sos Tiram
1 sudu makan Tomato Sos
1 sudu makan Kicap Mee Tamin
Minyak Jagung untuk menumis ~~ Minyak masak pun ok
Sedikit Minyak Bijan
Sedikit Serbuk Lada Sula
Garam Secukup Rasa
Panaskan minyak dalam kuali yang bersesuaian dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing dan hilang bau cili dengan api yang kecil. Selepas itu masukkan sos tiram, tomato sos, kicap mee dan garam. Masak sebentar dan terus pecahkan telor dan kacau kacau hancurkan. Setelah telor hampir masak, masukkan kueteow diikuti dengan tahu goreng yang dah dipotong dan kerang. Kacau rata sebentar dan masukkan pula taugeh yang telah dibuang ekornya dan juga daun kucai. Rasa garam jika dah secukup rasa kira Done lah Kueteow Goreng kita ni. Owhh.. lupa pulak, renjis renjiskan sedikit dengan minyak bijan dan taburkan sedikit serbuk lada sula untuk aroma yang kababoomm.. Enak dimakan ketika panas panas bersama cili jeruk. Selamat Mencuba.. (",)
5 comments:
Tahniah. Sejak seminggu yg lepas, saya dok bertanya mcm mana nak import jala emas dari Kelantan sb rasa nak memuding raja. Kalu tak ada juga, kenalah menjala sendiri. Cantik kejadian jalanya? Guna daun pisang tau daun pandan semasa menjala.
salam kenal shiela, peberet akk kuetiaw tu...rajin ye shiela buat jala emas tu...
jemputlah singgah dapur akk ye..
Rajinnya encik hubby tu menolong Sheila kat dapor, hubby akak biasanya rajin basuh pinggan je.
Kueteow tu kegemaran akak dan anak tapi kerang tak berapa suka pula. Sebabnya hubby kena berpantang...hehe..utk org yg kurang darah boleh ler, kami ni berlebihan..hehe..
Azie.. terima kasih.. saya guna botol roti jala yg 3 muncung tu..
Liza.. Salam kenal juga yer.. Insyaallah nnti saya singgah.. :)
Zana.. terima kasih.. :)
trimaksih buat infonya,,
semoga bermanfaat gan,,
Post a Comment