Sunday 3 June 2012

SENANGIN Masak OREN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat Berhujung Minggu juga pada semua yang singgah kat Spices Journey yang tak seberapa ni. Hmmm.. No matter what i'm still rite here standing and writing. Thanks everyone for the great support and understanding. Maaf juga pada kengkawan yang menunggu resepi Senangin masak Oren ni agak lama sikit. Saya agak sibuk sikit last few days. Pastu tetiba sesuatu yang amat mengeciwakan saya  pulak terjadi, mood agak tenggelam jadinya. Takleh nak fokus, cam lemah jer walaupun beberapa kali saya cuba untuk menulis di sini. Tapi syukur alhamdulillah berkat semangat dan sokongan dari kengkawan yang sangat memahami, I am recovered.. :)




Berbalik pada Masak Oren tadi? Nape masak Oren eak? hehee.. Saya pon tak tau camner nama tu boleh melekat pada menu ni. Dulu masak kami kecik kecik kalau Mak masak lauk ni, kami adek beradek panggil Masak Oren jer sebab warnanya oren. Bukannya dalam masakan ni ada buah oren atau jus oren yer.. Kami sangat suka kalau Mak masak lauk ni dulu, memang tak sempat tukar baju sekolah lagi terus terkam ker piyuk sesampai jer dari sekolah. Sekarang pulak, bila saya masak ni Hubby dan Anak saya pon suka sangat. Memang tak sempat sempatlah dorang nak makan jugak. Siap hirup hirup lagi kuah dia tuu.. Actually, kalau nak guna ikan lain pon boleh tapi ikan Senangin yang paling sedap dan paling melekat di fikiran kami kalau nak masak ni. Kaylah, cam biasalah saya ni.. dah after midnite ni kann.. memang waktu ni jerlah yg ada kelapangan pon.. Jom lah nengok resepinya.. Sok pepagi dah nak ke pasar, bawang pon dah habis nak masak.. Lauk lagi Clean & Clear.. hehee.. Maklumlah cuti sekolah ni kann..




BAHAN BAHAN :

3 ekor Ikan Senangin size sederhana
6-8 biji Cili Merah *
6-9 tangkai Cili Padi *
6-8 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
1 inci Kunyit Idup *
3 batang Serai ~~ dititik
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
1 biji Lemon/Limau Nipis ~~ ambil jusnya
1-2 biji Buah Tomato ~~ dibelah 4
200 ml Santan Pekat 
Air Secukupnya ~~ ikutlah nak pekat camner
Sedikit daun Ketumbar
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa




Blend atau kisar semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian. Tumis dulu serai, diikuti dengan bahan yang diblend tadi hingga keperangan dan naik bau. Biarkan ia ditumis dengan api kecil sahaja. Masukkan sedikit garam dulu supaya ianya garing cantik. Setelah itu bolehlah masukkan air dan atau santan cair jika guna santan yang diperah. Masak seketika bagi rempah tu agak mesra. Lengkuas yang dihiris tadi juga boleh dimasukkan. Selepas itu masukkan santan pekat. Bila gulai dah mendidih, masukkan ikan yang telah siap dibersihkan. Tuangkan jus lemon atau limau nipis ke dalamnya juga. Bila ikan dah masak, masukkan daun ketumbar yang dipatah patah jer dan garam secukup rasa. Jangan masak lama sangat nanti ikan kita hancur, tak cantek. Lagipun ikan Senangin ni lembut jer. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus tutup api supaya buah tomato tu tak benyek. Siapp dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba!!..




Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Jalan pada seorang Teman bangku sekolah saya yang baru saja berangkat pulang ke Paris. Bon Voyage Alina Grotte.. Have a safe journey.. Rasa cam tak puas sepetang bersamanya last Thursday. Apakan daya, masa kita amatlah terhad. December nanti pulak baru dia pulang lagi. Insyaallah ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi..


4 comments:

Azie said...

Cantiknya gambar Shiela ambil ni. I suka gambar yang sharp macam ni. citer sikit camera setting utk gambar ni. auto or manual? with or without flash.

Shiela said...

maseh Azie.. alaa biasa biasa ajer.. kebetulan masa lepas masak ni haritu cuaca sgt baik, tu yg nampak ok.. Saya guna manual ni without flash. memang jarang guna auto untuk pic makanan.. tak berapa puas hati dengan hasil auto tu..

ummiakid-lily said...

sedapnya senangin masak oren tu, kena cuba ni. Makan takkala cuaca panas² ni sure berselera...

Shiela said...

Cubalah Ummialid-lily.. sedap ni.. :)