Monday, 25 June 2012

BUTTERSCOTCH Bread Butter Pudding with CUSTARD Sauce.. YUMMYYY..





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar? Saya tak berapa sihatlah rasanya ni.. tapi taklah teruk sangat cuma tak berapa selesa jer dengan sedikit gangguan kesihatan ni. Bila tak sihat, tekak ni makan apa pun saya pahit payau. Dugaan dariNYA tu. Kalau tak merasa sakit, taklah pulak kita tau nikmatnya sihat tu kann.. Terima dan redho jerlah. Tapi saya buat juga BREAD BUTTER PUDDING sebab Mak saya ada sebut teringin nak makan. Teringat ringatlah pulak kata kata Mak tu selagi saya tak tunaikan permintaannya tu. Lagipun taklah susah mana sangat membuatnya jika dibandingkan dengan apa yang telah Mak lakukan pada kami.




Kali ni saya cuba buat menggunakan roti Butterscotch Gardenia. Kawan saya Alina Grotte yang suggest supaya menggunakan roti ni. Katanya lagi sedap, tu yang membuat saya teringin sangat nak mencuba. Tapi sukatan gula tu terpaksalah saya kurangkan sedikit dari biasa sebab roti Butterscotch ni dah ada rasa lemak lemak manis dia tu kan. Lepas tu saya tabur pulak dengan buah prune dan kacang Pistachio kegemaran saya tu. Bila makan disiram pula dengan Sos Custard tu, perghhh.. Wallahhh.. Anak saya Farrah Nur Shafieny tu sibuk suruh buat lagi.. Suka sangat dia makan nampaknya.




Kalau berminat nak mencuba, jomlah nengok resepinya yang pada asalnya saya dapat dari Pakcik Google suatu masa dulu tapi buat kali ni banyak yg telah saya ubah mengikut kesesuaian saya dan bahan yang saya gemari. Let's Checkidauddd.. (:


BAHAN BAHAN :

1 buku Roti Butterscotch Gardenia

800 ml Evaporated Milk

4 bji Telor size A

150 gm Gula Kastor

1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence

1 sudu kecil Serbuk Kayu Manis

1 sudu besar Tepung Jagung

2 sudu besar Butter ~~ dicairkan

Sedikit Garam

Sedikit hirisan Kacang Pistachio

8-9 biji Buah Prune ~~ dipotong kecil

Sedikit parutan kulit lemon

Butter utk disapukan pada roti




Buang sedikit kulit roti di kelilingnya dan potong dua berbentuk segitiga, Sapukan dengan butter pada kedua belah roti.

Pukul/Whisk telor dengan gula sehingga kembang dan bertukar warna seakan akan warna lemon. Kemudian masukkan vanilla extract/essence dan serbuk kayu manis dan whisk perlahan. Setelah rata semua bahan tadi, masukkan susu cair, garam dan tepung jagung. Whisk lagi supaya sebati. Akhir sekali, masukkan butter yang telah dicairkan serta sedikit parutan kulit lemon dan whisk lagi hingga rata dan sebati. Sapukan butter pada loyang atau bekas untuk membakar. Susunkan roti ke dalam bekas dan taburkan dengan buah prunes yang telah dipotong tadi. Ulang hingga habis. Kemudian tuangkan bahan yang kita whisk tadi ke atas roti, dan biarkan dia serap sebentar. Taburkan di atasnya hirisan kacang Pistachio tu. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 40-50 minit atau mengikut kapasiti oven memasing.




~~ SOS CUSTARD ~~

400 ml Evaporated Milk
4 sudu besar Susu Pekat (adjust ikut citarasa)
3 sudu besar Tepung Custard
Secubit Garam
1/2 cawan Air
Sedikit Vanilla Extract/Essence
Sedikit Parutan kulit Lemon (jika suka)
Sedikit Daun Pudina




Bancuh tepung kastard dengan air. Panaskan susu cair. Campurkan kedua duanya. Masukkan susu pekat dan secubit garam. Sentiasa dikacau dengan api sederhana sampai teksturnya licin. Kalau pekat, tambah sedikit air panas atau nak sedap tambah susu segar. Masukkan pula beberapa titis vanilla extract/essence, daun pudina dan parutan kulit lemon. Kacau rata dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam fridge. Bolehlah disiramkan ke atas puding roti ketika hendak dimakan. Selamat Mencuba (",)





10 comments:

ilahjy said...

salam jam 3.30 pagi ... sedapnya nyer..minta sikit utk kak ilah pootong hari anniversay hari nie boleh?

Shiela said...

mehlaa kak ilah.. hehee.. Happy anniversary kak ilah.. Moga berbahagia hingga ke syurga.. Ameenn..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sheila,sah-sah sedp untuk minum petang ni..

Bicara Kak Noor said...

salam Sheila,amboii mmg sedap dan mengancam sekali gambar tu boleh try nnt tak susah sngt kan,akak ni mencari resepi yg senang2 je dah malas nk buat yg complicated sngt

Shiela said...

Puan Ros.. memang sesuai lah sangat..

Wsalam Kak Noor.. samalah kita, mmg suka resepi yg senang2 jer.. :)

Zura Lee said...

waaa cantik sgt2 kejadian puding berkenaan....

Shiela said...

terima kasih Zura Lee.. :)

Azie said...

Yang tak tahan bila melawat blog Shiela ni bukan lah sangat masakannya tetapi gambar gambarnya yang mencairkan hati saya

Shiela said...

Terima kasih Azie.. :)

Sury Abil said...

Sedappp nya...mguda je...