Friday, 14 September 2012

GULAI UDANG BERNENAS



Assalamualaikum dan Selamat Jumaat yang penuh barokah buat semua yang saya sayangi. Pada yang belum ada timboi ilham apa yang dimasak arini, apa kata kita masak GULAI UDANG BERNENAS ni. Lama betul saya tak masak gulai ni. Salah satu lauk peberet hubby ni. Banyak kali gak dia menyebut nak makannya, baru nilah menjadi. Sabor jerlah binimu ni yer sayang.. kuikuikui.. Memula saya plan nak buat kerabu mangga makan ngan gulai ni tapi bila difikir balik, kang semuanya masam pulak. Nenas tu pon dah ada rasa masamnya, cam tak konolah kann.. Tetiba teringat ada sebiji buah mangga yang petik dari pokok belakang rumah ritu. Berkata dalam hati, "Buat SAMBAL MANGGA pon sedap nih". Sekali bila makan, memang tak hengatlah.. Sedap gilerr.. Ada masam, ada manis, lemak dan pedas cukup terasa. Sayang betol rasanya nak benti makan. Kena pulak ngan ikan goreng tu. perghhh.. Saya cerita ni pon lapar baliklah.. hingga menjilat jari. Kalau nak tau resepi saya tersendiri GULAI UDANG BERNENAS ni, jom jom!! kita pi dapoq..




~~ BAHAN BAHAN ~~
500 gm Udang Laut 
1/2 biji Nenas Muda
400 ml Santan Pekat
Segenggam Ciliapi *
2 inci Kunyit Hidup *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
3-4 batang Serai 
1-2 helai Daun Kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Udang dibersihkan dan toskan. Nenas tu pula dipotong potong tebal dan dicelur sebentar dan dibuang airnya untuk mengurangkan masamnya. Tumbuk lumat semua bahan bertanda (*) dan titikkan semua serai. Kalau tak berapa rajin, diblend ajer. Cili api tu biarkan separuh tangkainya tidak dibuang. Petua orang tua, kalau masak cili api, masak sekali sebahagian tangkainya. Ini akan mengelakkan kita dari mengalami sakit perut bila memakannya. Okay, kemudian masakkan dulu semua bahan bertanda (*) dan serai bersama sedikit santan cair dan garam untuk mematikan dulu pedas cili tu. Bila agak dah hilang bau cili tu baru masukkan udang, daun kunyit yang disiat atau dirampai, santan pekat dan nenas. Masukkan garam secukupnya. Biar mendidih seketika dan dimasak dengan api sederhana. Jangan masak lelama sangat kerana udang akan menjadi keras jika dimasak terlebih masa. Setelah matikan api dan siap memasak, jangan terus tutup periuk dengan penutupnya, nanti gulai kita akan jadi pecah minyak dan tak sedap dimakan.




SAMBAL MANGGA tu pulak sempoi bangett.. Rasanya semua tau caner nak buatnya. Saya ni tadi buat bajet takat 2 orang makan. Just tumbuk 3 batang cili merah, 6 tangkai ciliapi dan garam. Kemudian masukkan dalaam 1/2 biji buah mangga masak yang diracik dan ditumbuk sedikit supaya mesra. Hmm.. Senang jer kan resepi saya. Selamat Mencuba.. :)





9 comments:

zila norazila said...

salam syg kak shiela..
waallaaa seedappnyaa..udang nenas tue..sedap..:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.sheila
mengiurkan selera di hari jumaat ni kak he he sedap tu w/pun sy tak makan udang tp kuahnya sy makan nak lg ada nenas tu emmm yummylah

Qasey Honey said...

aduhhhh kak Shiela...sedapnye tgk...sedangkan akak yg mnaip pon bleh lapo balik..QH yg tgk ni bleh mleleh air liur tau dbuatnye dgn gmbo yg mantop tu..

Mamasya said...

Aslmkum sis. Udang nenas lemak ni mmg kegemaran sy...mkn pula dg sambal mangga...ikan goreng...mmg menyelerakan sekali....

ibundo said...

shiela, tergoda nengok udang dalam pose istimewa tu.. Mesti sedap.

Iman Aisyah said...

sedapnya.....kena try ni sbb mmg saya udan msk lemak tuh :-)

Feel free to ready my blog http://www.noordiana.com. BIOzone food purifier at special price :-)

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela :D
Terrrrliurrrr betul Kak Lin melihat masakan Shiela ni...kalau makan berlauk mcm ni tentu bertambah2 nasi....siap guna gear 5 lagi tu...

Buang kelaut jerlah diet Kak Lin...hehehehehe

Shiela said...

Wsalam Semua.. Terima kasih sudi singgah kat dapoq cheq ni yer.. Luv uols.. muahhhh.. :)

obat jerawat herbal said...

wenaaak gan.