Thursday, 9 August 2012

TERBAEK Dari LADANG derr..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berbuka apa harini? Saya arini tak masak, OFF lah pulak. Dapur tu pun dah jemu nengok muka saya kowt.. hehehh.. Tak larat dah hari hari dok kerja berketuntang kat ceruk dapo. Tayangan arini pulak not so new, siaran tertunda jugak. Baru ni laa sempat nak masukkannya. Sibuk sungguh derr Ramadhan ni, tak cukup tanah dibuatnya. Mana nak kejar semua urusan umah yang bertangga, nak masak, nak amik anak balik sekolah. Pastu yang paling dok mengejar, Sang cahaya mentari tu nak menyenap gambor gambor ni semua. Kang kalo hari dah gelap, kelam kusamlah gambornya. Seboleh bolehnya saya tak nak ambil gambar guna flash, tak suka sangat hasilnya. Tapi kalau dah takder pilihan dan tak sempat jugak, Mak bedal jerlah. hehehh..




Pernah makan tak URAP DAUN MERANTI? Saya pun festaim makan ni. Selalu tu hubby suruh masak lemak jer. Kalau Urap pulak sebelum saya cuma buat dengan pucuk ubi, memang sedap. Tetiba bila ke pasar nampak daun meranti hubby terus cakap suh buat Urap.. So, i followw.. tapi sedaplah jugak cuma daunnya agak lembut berbanding dengan daun pucuk ubi yang agak kenyal kenyal bila dikunyah. Apa apa pun, ianya amat sedap dan sangat membuka selera. Kena pulak aritu saya masak lemak ciliapi perut tembusu pulak. Pastu goreng ikan jeruk ngan sambal gesek lagi.. duhhh.. telan ayor lior jerlah yer.. :b




Resepi dan cara buat URAP ni saya dapat dari MIL adik saya yang berasal dari Johor. Mungkin ada jugak yang panggil Kerabu rasanya tapi bahan yang digunakan ada yang berlainan sedikit. Cara yang saya belajar dari Makcik tu senang jer. Memula celur sekejap daun meranti atau pucuk ubi tu dalam air panas yang diletakkan garam dan sedikit minyak. Angkat,toskan dan ketepikan dulu. Kemudian ambil sedikit ciliapi ikutlah tahan pedas takat mana, 6-7 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis dan goreng semua dengan sedikit minyak sebentar hingga agak layu. Sejukkan sebentar, kemudian diblend kering atau ditumbuk. Jangan masukkan air. Gaul rata dengan sedikit kelapa parut yang putih dan masak sekejap dalam kuali. Perisakan dengan sedikit garam. Matikan api dan gaulkan dengan daun yang dicelur tadi. Perahkan sedikit limau kasturi, rasa cukup tak masin dan masamnya mengikut citarasa memasing. Bolehlah dihidangkan.




Masak Lemak Cili Api (MLCA) Perut tembusu ni pon festaim saya kena masak dan festaim jugaklah saya merasa makan. Masa memula hubby tunjuk kat pasar, termenung jugak saya camner nak dikesahkannya ni? Hubby yang beria ia sangat nak, sedap kata dia. Tapi dia pun pernah makan jer, bukannya pernah mengerjakannya. Bila di nengok seramlaa jugak, panjangggg.. tali perut lembulah katakan. Saya yang tak berapa cerdik bab perut tembusu ni teruslah ker rumah my parent mintak Tunjuk ajarku Sifu!! Abahlah yang mengajar hubby camner nak bersihkan. Seb baekk.. selamat saya. Rupanya, kena dijolok keluar isi perotnya dulu dan kemudian diterbalikkan pulak. Sikit punya kerja laa haaiii.. adehh.. Lepas tu dibersihkan dengan limau, bilas dengan air hingga bersih dan rebus dengan halia dan serai yang diketuk untuk cairkan lemak lemak yang tertinggal dan hilangkan baunya. Setelah direbus seketika, dibuang airnya dan ditoskan. Gunting perut tu pendek supaya senang untuk dimakan dan bolehlah dimasak mengikut bahan bahan yang di bawah.




BAHAN BAHAN :
1 kg Perut Tembusu
Segenggam Ciliapi 
2 inci Kunyit hidup
Serai dalam 6-7 batang ~~ dititik
1-2 helai Daun Kunyit ~~ disiat siat
500 Santan Pekat
500 Santan Cair
1 keping Asam Keping
Sedikit Belimbing Buluh
Garam secukup rasa




Kisar atau kalau rajin nak tumbuk lagi sedap, ciliapi dan kunyit hidup tu dan titik serai tu. Sediakan periuk, masukkan perut tembusu yang telah dipotong, ciliapi dan Kunyit yang telah dikisar tadi, serai, halia dan santan cair dulu. Jerang atas dapur dan masak hingga perut tu empuk dan lembut. Kalau tak empuk lagi, bolehlah ditambah lagi air dan sambung merebus lagi. Bila cukup lembut dan sudah hampir kering baru masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika sambil dikacau selalu. Siat siatkan daun kunyit tadi dan masuk ke dalam gulai tu. Gulai perut ni sedap cukup pekat, pedas, masin dan masamnya. Jangan masak lama sangat bila dah masuk santan nanti dia terbit minyak tak cantik gulai kita. Akhir sekali baru masukkan belimbing buluh. Masak sebentar dan matikan apinya.


(pic dari N3 Kuih Keria, terlupa pulak nak snap.. tapi sama jer, ni gak rupanya Sambal Gesek..)


Selain tu, yang dimasak sewaktu dengannya juga, Limpa Goreng berempah. Ni anak dara saya Farrah yang sibuk sangat nak makan. Lama dah dok menyebut dengan ayat standard dia tu, "Dah terasa rasa kat tekak ibu".. Kebetulan masa gi pasar tu nampak ada pulak, saya pun belikanlah sekali. Masak ni sempoi jer, tapi walaupun sempoi dan hitam hitam si tampuk manis rupanya, rasanya tetap mantop dan kababoom dengan  Rempah Tok Mak tu. Harum serumah baunya masa memasak dan rasanya pun sungguh sedap. 




BAHAN BAHAN :
1 kg Limpa Lembu @ Hati Lembu
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
2 batang Cili Merah *
3 batang Cili Merah ~~ penting *
7-9 tangkai Cili Api ~~ jika suka pedas *
2 sudu besar Rempah Tok Mak 
1 sudu besar Lada Hitam ~~ ditumbuk
Satu sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis




Potong limpa @ hati lembu size kiub anggaran 1-2 inci. Basuh dengan sedikit tepung untuk meghilangkan baunya, bilas bersih dan toskan airnya. Gaulkan dengan serbuk kunyit. Hiris semua bahan bertanda (*). Halia dimayang halus. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris tadi hingga layu dan masukkan Rempah Tok Mak. Goreng sebentar dan masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan limpa @ hati lembu tadi, kacau rata hingga masak dan kering darahnya. Tak perlu masak lama sangat nanti dia akan mengeras, tak berapa sedap. Masukkan juga lada hitam yang ditumbuk dan perisakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya mengikut citarasa memasing. Jika suka atau ada stok dalam fridge, boleh juga bubuh capsicum dan bawang besar sebelum matikan api untuk menaikkan lagi serinya.




Dah makan macam macam ni, kita minumlah pulak jus Roselle ni. Saya dan keluarga memang suka sangat jus Roselle ni. Sangat baguslah, membuang air berlebihan dalam badan. Abah saya paling suka, sebab bila dia minum bengkak di kakinya surut. Tapi janganlah buh gula yer, minum gitu jer.. Vitamin C dia pun sangatlah tinggi. Selalu kalau rasa nak demam atau selsema, minum ni cepat cepat terus tak jadi demam. Khasiat yang lain saya tak sempat nak gugel lagi. ROSELLE CHEESE BROWNIES pun saya pernah buat guna pati Roselle ni. Memang serius sedap sangat, taklah cam selalu tu terasa pahit colour tu. Kalau nak nengok dan nak mencuba resepinya boleh click kat N3 ROSELLE CHEESE BROWNIES ni. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada teman alam maya saya Rock Rocky yang telah bersusah payah mengepos buah Roselle hasil dari kebunnya di Johor kepada saya. Mudah mudahan makin lebatlah buah roselle tanamannya.




Cukuplah sampai di sini dulu. Panjang bebenor dah ni. Kepada teman teman yang beragama islam, Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat menyediakan persiapan Raya yang bakal tiba tak lama lagi ni. Pesanan terakhir dari saya JANGAN MAIN MERCUN!!!.. BAHAYA!!.. Daaa..



8 comments:

Gee® said...

Panjangnya celoteh hari ni... tapi juadah semua mengancam.... adoiiii! terlior k.gee tgk hidangan tu terutama air yg merah tu... pergh!

Amie said...

Memang terbaek dari ladang... nampak fresh gitu.... yang urap meranti tu kan Sheila, masa kecik2 selalu mak buat, campur dengan kangkung kampung yang agak liat-liat tu, tapi sekarang dan lebih 20 tahun tak pernah makan sebab tak pernah jumpa sayur meranti tu di pasar sini...

Shiela said...

hehee.. mekaseh k.Gee..

Shiela said...

owhh.. boleh campur kangkung yer Amie.. nnti saya cuba.. ngan pucuk ubi pun sedap.

Zubedah Belajar Masak said...

Amboi Shiela,
Byknya perkataan & benda2 yg baru. Tembusu, ikan jeruk, sambal gesek dll. Yg tembusu tu v interesting. mesti mcm babat sikit rasanye. Mmg betol lah kata org, yg organ2 tu lah yg paling sedap.

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela
Alhamdulilah sedapnya menu Shiela hari ni...semuanya sedap...

Shiela said...

hehee.. nnti boleh cuba pulak Zubedah..

Shiela said...

wsalam LinRosly.. alhamdulillah.. bolehlah.. :-)