Saturday 4 August 2012

POPIA Goreng dan Syahduku..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berapa hari puasa dah arini eak? Dah tak terkira dah saya, sibuk sangat dengan macam macam hal. Perasaan ni pun sangat bercampur baur. Mana tidaknya tetiba dapat panggilan dari Mak.. "La (nama yang Mak selalu panggilku), mata Mak ni yang belah kanan ni dah tak berapa nampak laa bila Mak bangun tidur pagi ni.. Makin lama makin kelabu, nampak cam bebayang jer".. Saya sangat sangat terkejut dan bergegas bawa Mak ke Hospital. Dalam hati ini hanya Allah taala saja yang tahu betapa risaunya. Kalau airmata ni jenuh dok menahan supaya Mak tak dengar suaraku yang sebak.. Taknak sampai Mak tau yang saya sedih, takut kalau Mak pun menangis sama dan memudaratkan lagi kondisi matanya tu. Menurut doktor, saraf mata Mak mengalami pendarahan yang teruk akibat penyakit Diabetes yang telah lama dihidapinya selama lebih 30 tahun. Buat masa ni Mak dinasihatkan supaya banyak berehat supaya pendarahan tu cepat reda. Insyaallah hari Isnin nanti akan dapat berjumpa dengan Pakar Mata dan mungkin akan melakukan rawatan pada mata sebelah kirinya dulu supaya tidak melarat seperti mata kanannya. Abah juga sudah semakin uzur nampaknya, tangannya pun dah terketar ketar tika menyuap makanan ketika berbuka. Tak lagi sekuat cam dalam gambar yang dapat saya korek di bawah ni lebih kurang 3 atau 4 tahun yang lalu. 




Lumrah duniawi, yang muda pasti tua dan semakin uzur.. Yang hidup pasti mati. Tapi hati ini tetap juga sayu memandang keadaan Mak yang kini hanya bergantung pada mata kirinya saja yang juga tak berapa jelas. Ya Allah, semoga kesembuhan berpihak padanya. Sedih, bila Mak mengadu, "Mak tak boleh mengaji lagi sekarang, Mak tak nampak.. Mak tak boleh jalan ke Surau lagi.. Jangan hantaq sms kat Mak lagi, Mak tak nampak nak baca dahh".. Mak tau tak, cheq pun masih nak Mak nampak muka cheq yang tak berapa lawa ni dan masih nak Mak tengok apa yang cheq masak tu jadi betoi ker dak.. :'(




Apa pun Ramadhan ini tetap harus dijalani seperti biasa. Beramal selagi termampu dan saya juga memasak untuk keluarga. Tapi yang termampu saya buat hanyalah yang sempoi dan cepat jer ataupun yang direquest oleh keluarga especially Mak dan abah. Untuk Iftar harini saya cuma masak Mee Hoon Goreng Singapore dan Popiah Goreng. Kalau ada yang ingin tau camner saya buat MEE HOON SINGAPORE boleh rujuk SINI. Pada N3 kali ini saya ingin berkongsi resepi POPIA GORENG yang juga adalah dari tunjukajar Mak saya dulu, cuma ada juga sikit sikit yang telah saya olah bahannya mengikut citarasa hubby saya.




BAHAN BAHAN :
Kulit Popia Secukupnya ~~ saya guna size sederhana
1 biji Sengkuang size sederhana ~~ disagat halus
1 batang Carrot size sederhana ~~ disagat halus
2-3 batang Kacang Panjang ~~ dihiris nipis
150 gram Udang ~~ size kecil
2 ulas Bawang Putih ~~ dicincang halus
3 ulas Bawang Merah ~~ dicincang halus
2 keping Tahu + 2 biji Telur
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit gula ~~ jika suka
Sedikit Serbuk Lada Sula
Sedikit Bawang Goreng ~~ buat sendiri 




Hancurkan tahu tadi, pecah masukkan telur dan gaul rata. Masukkan juga sedikit garam dan lada sula. Panaskan kuali dengan sedikit sahaja minyak dan goreng kedua bahan ini hingga kering. Angkat dan ketepikan dulu. Sekali lagi, panaskan kuali dengan sedikit minyak lebih kurang 2-3 sudu besar jer. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga keperangan dan naik bau. Masukkan pula udang dan sedikit garam. Apabila udang sudah masak, saya masukkan semua bahan sayuran dan kacau rata. Perisakan dengan garam gula secukupnya dan taburkan sedikit serbuk lada sula. tak perlu masak lama sangat nanti airnya keluar banyak. Memadailah sekadar meratakannya dan mesra. Setelah ditutup apinya, masukkan tahu dan telur yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Angkat dan toskan dulu supaya airnya turun. Jika inti terlalu berair, nanti kulit popia kembang dan pecah bila digoreng.




Setelah inti betul betul sejuk barulah digulung di dalam kulit popia itu. Masukkan inti dan taburkan dengan sedikit bawang goreng. Saya lekatkan pada hujung gulungan popia ini dengan telur putih. Boleh juga dilekatkan dengan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.

Apabila siap semuanya digulung bolehlah digoreng. Pastikan minyak sudah betul betul panas baru menggoreng, jika tidak nanti minyak akan meresap ke celah celah kulit popia dan menyebabkan ianya pecah dan terbuka. Teruskan menggoreng dengan api yang sederhana dan dibalik balikkan selalu supaya masak sekata. Angkat dan toskan minyaknya dengan tisu dapur atau tapis. Dinasihatkan digoreng mengikut keperluan dulu sebab jika dibiar lama kulit popia akan jadi lembut.




Bagi SOSnya ada beberapa cara boleh dibuat. Pada kali ni saya pilih untuk menggunakan cara yang sempoi jer. Maklumlah banyak yang nak dikejarkan, termasuklah mengejar Sang Mentari. Saya cuma blend dalam 3 batang Cili Besar dan 5 tangkai Cilipadi dengan sedikit air, garam dan gula. Kemudian saya campurkan dengan sedikit Sos Cili dan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk dengan kulit kulitnya sekali. Masak sebentar dengan api yang kecil di dalam periuk. Bila semuanya sudah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan sejukkan sebentar sebelum dihidangkanSelamat Mencuba.




11 comments:

Amie said...

Tersentuh hati ini membaca kisah mak & ayah Sheila pepagi ni... sayu sangat! Apa pun, semua itu memang perlu dihadapi dengan tabah, memang sudah lumrah.... syukurlah Sheila kerana Allah memberi izin Sheila masih boleh mendampingi mereka berdua hingga saat ini...

Shiela said...

terima kasih Amie..

Unknown said...

Slm Ramadhan Sheila, dibulan mulia ni bnykkan berdoa agar segala kesulitan dpt diatasi. Setiap dr kita berbeza dugaannya. Mcm akk pun, diduga bulan puasa ni tp sabar dan terima seadanya, mungkin ada hikmah.

Unknown said...

salam Sheila..
betul kata Zana tu setiap orang tak sama ujian yg kita hadapi,banyakkan bersabar,tapi Sheila masih bernasib baik kerana masih mempunyai kedua ibu dan bapa walaupun mereka dah uzur,layan lah mereka sebaik mungkin kalau macam akak ni kedua nya dah pergi buat selama2nya lagi sedih kan,tapi sikit gumbira tengok bihun singapore dan popia Sheila tu heee

Cendana Kasih said...

salam...banyak bersabar dan terus berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar...insyaalah...doa seorang anak akan dimakbulkan lebih2 lagi dibulan ramadhan yg mulia ini..

Zubedah Belajar Masak said...

Saya bukan siapa2 Shiela. Sy kenal Shiela pun dr ruangan MDM. Saya cuma turut simpati dgn apa yg Shiela & keluarga lalui saat ini & ingin sekali mendoakan kesembuhan ibu Shiela. Semoga segala ujian diiringi dgn pertolongan agar tidak menemukan kebuntuan. U too must take care of urself coz if u r unfit u r not able to look after her. Sabarlah ya!

Anonymous said...

Semoga cepat sembuh. InsyaAllah.

Shiela said...

Wsalam semua. Terima kasih banyak2 atas semangat dan doa ke atas Mak saya. Sangat sangat saya hargai..

Zura said...

semoga ibu akak cpt sembuh... cantik betol gmbr2 dlm entry nih...

Shiela said...

terima kasih Zura Lee..

Anonymous said...

sayu hati bila mbacanyaa..apa2 pun kuatkan smgt n tabahkan hati mhadapi dugaan yer shiela..semoga ibu cepat sembuh :)..untuk resipi nie thnks shared,boleh laa saya mcubanyaa nt hehe..:)