Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Alhamdulillah dengan izin Allah saya kembali bersiaran di sini. Pertamanya mohon maaf pada teman teman yang agak lama menantikan resepi Coqbadak saya ni. Bukan apa, agak sibuk gaklaa dengan menguruskan Mak saya. Alhamdulillah pada hari Isnin aritu Mak telah menjalani rawatan laser mata kirinya dulu. Mata kanannya tak boleh buat apa apa lagi menurut doctor kerana masih banyak pendarahannya. Kondisi penglihatannya tetap sama, takder perubahan langsung. Apa apa pun saya sentiasa mengharapkan dan berdoa yang terbaik buat ibundaku yang tercinta. Insyaallah saya akan cuba juga sedaya upaya saya untuk mendapat rawatan yang terbaek dalam masa yang terdekat ni. Sedeh sangat bila Mak sebut, "Mak tak dapat nak Mengaji lagi".. :'(
Seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi sebaiknya dan semampu saya resepi Kuih Coqbadak saya ni. Biasa orang panggil cucur badak kann.. Tapi saya ni orang utara, dah terbiasa dengan sebutan Coqbadak singkatan dari Cucoq Badak. Resepi asal ni, cam biasalah dari tunjuk ajar Mak saya sendiri. Cuma segala sukatan tu terpaksalah saya workout sendiri untuk kengkawan. Maklumlah, mak mak kita masak manalah ada resepi bagai kann.. dorang jeling dan cecampak jer dah kompom menjadi. Sebelum ni saya buat pun tak pernah guna resepi, semuanya sesedap tangan dan lidah jer.. tetapi demi teman temanku yang tersayang akan kuabadikan resepi COQBADAK ku disini. hehehh.. Jomm pi dapoq!!.. Kita buat inti dia dulu.
BAHAN BAHAN (INTI) :
1 biji Kelapa Parut ~~ yg sedang, tak tua sangat
150 gm Udang ~~ size kecil
500 ml Air ~~ anggaran
1 sudu kecil Rempah Tok Mak ~~ jika ada
1 sudu besar Jintan Manis ~~ direndam sebentar *
2 batang Serai *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu kecil Udang Kering *
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukup rasa
Tenkiu my dear Farrah, tolong ibu kukoq nyioq.. :)
Sediakan kelapa parut dari kelapa yang sederhana tua dan ambil putihnya sahaja. Blend atau kalau rajin tumbuk semua bahan bertanda (*). Satukan semua bahan di atas dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga hilang rasa dan bau cili. Jika rasa cili tu masih terasa, bolehlah tambah lagi sedikit air dan terus mengacau hingga kering. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika dah masak sejukkan dulu dan sementara tu kita buatkan adunan keledek dulu.
BAHAN BAHAN :
1 kilo Keledek ~~ saya suka keledek oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam
Air secukupnya untuk merebus
Buangkan kulit keledek, potong potongkan dan rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam dan air pada paras agak agak tenggelam keledek tu. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Bila sudah empuk, toskan air yang berlebihan dan sejukkan sebentar. Jangan dilenyek atau dibancuh dengan tepung dulu ketika keledek tu masih panas kerana ini masih lembik dan akan menyebabkan penggunaan tepung yang berlebihan dari sukatan asal. Kuih tu akan jadi keras nanti kalau terlebih tepung.
Setelah keledek betul betul sejuk barulah dilenyek hingga hancur. Masukkan tepung dan sedikit garam. Gaul dan uli sedikit hingga sebati dan sekata. Tak perlu lama sangat. Bulat bulatkan doh, leperkan dan masukkan inti. Setelah siap kesemuanya, bolehlah digoreng dengan api yang sederhana dan dibalik balikkan selalu supaya masak sekata. Angkat dan toskan minyaknya sebentar sebelum dihidangkan. Siaplah sudah Coqbadak kita ni. Sempoi jer kann.. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani ibadah puasa.. (",)
6 comments:
Jujur sy pernah dengar nama kueh ni, Shiela, tapi blm pernah mkn. Nak rasa juga. Insyaallah nanti sy akan cuba.
Cubalah Zubedah.. Mmg sedap kuih ni.
salam shiela, liza baru plan nak buat kuih ni ptg nnt...hihihii
kuih ni mmg sedap kan, mkn satu mmg xcukup...
wsalam Liza.. Mmg betul tu, laju jer nyum nyum kan.. :-)
Salam sis Sheila. sedapnya cucur badak tu...sy belum pernah buat sendiri...teringin juga nak mencuba.rajinnya kukur kelapa sendiri....skrg dah jrg tengok kukur kelapa yg lama ni....
wsalam Mamasya.. buat sendiri, puas.. memenuhi citarasa kita kann.. kukur tu mmg lama sungguh dah..
Post a Comment