Friday, 17 August 2012

BISKUT DAHLIA.. Sekut raya ku yg Pertama!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Inilah sekut rayaku yang pertama siap. hehehh.. Saya ni buat yang senang senang jer.. Yang sesusah tu rasanya buat raya tahun ni memang tak tercapai akalku. Tak cukup tanah nak mengejarnya dengan macam macam kejadian menimpa. Jadilah.. tapi sekut dahlia ni boleh dikatakan antara yang wajib ada pada setiap kali raya selain sekut arab, samperit dan tart nenas. Lagi satu yang tak pernah tinggal kuih bangkit santan Mak, tapi nampaknya tahun ni memang takderlah kuih bangkit tu dengan keadaan mata Mak yang tak berapa nampak. Insyaallah akan saya cuba belajar juga satu hari nanti.




Resepi asal Biskut Dahlia ni adalah dari kitab lama Mak saya sendiri. Memang dari dulu saya follow jer sebab dah terbiasa dengan resepinya. Dari zaman kanak kanak lagilah saya dok menyibukkan diri tatkala menjelang raya. Cuma dulu biasa letak ler ceri warna ijau ker merah atas dia tu, sekarang ni saya dah upgrade sikit taruk choc chip jer.. bukan hapa, den maleh nak motong buah ceri tu. hehehh.. Dan juga pada kali ni saya menggunakan tepung custard cap Bunga Merah yang dikirim oleh teman alam maya saya Sheeda Fendi. Thank you so much dear, memang sedaplah guna tepung ni. Biskutnya pun jadi cantik, tak kuning sangat cam selalu tu. Siap belikan saya acuan samperit tembaga pecah 12 dari Aloq Setaq lagi tu. Hanya Allah taala dapat membalas jasa baikmu teman.. :)




Okaylah takleh membebel lelama sangat, i need a rest for a while. Sok ada lagi 2 jenis kukis yang nak dihenjut. Semuanya untuk stock rumah Mak. Moga dipermudahkan. Pada kengkawan yang masih menanti resepi ni, maaflah bebanyak jika agak terlewat saya masukkan. Saya tersangatlah bzeenya. Kalau tak sempat nak buat tuk raya kalini, buatlaa raya tahun depan yer. Saya pun tak sangka ada yang nak resepinya sebab sudah ramai saya nengok kengkawan share resepi biskut dahlia ni. Kalau tau, dari awal saya dah buat dan share resepinya. Jomlah kita nengok resepi sempoi turun temurun ni.




BAHAN BAHAN :
400 gm Tepung Jagung ~~ saya guna cap BUTTERFLY
300 gm Tepung Kastard ~~ saya guna cap Bunga Merah
1 1/2 cawan Tepung Gandum Superfine
500 gm Butter ~~ Saya guna Buttercup dlm tin
2 cawan Gula Kaster
2 biji Telur ~~ saya buang tali pusatnya
1 sudu kecil vanilla extract/essence

Pukul butter dengan gula hingga sebati. Saya guna senduk kayu jer sebab kalau guna mixer adunan akan lebih cair dan menyebabkan penggunaan tepung yang lebih. Nanti biskut kita jadi keras. Ni yang saya tau lah yer.. apa yang Mak saya ajar dulu. Kemudian masukkan telur yang telah dikacau dengan vanilla extract/essence dan pukul sebentar hingga rata. Satukan dan gaul rata ketiga tiga jenis tepung di atas. Kalau rajin nak ayak pun cantekk. Akhir sekali masukkan kesemua tepung itu dan gaul hingga rata dan sebati jer. Jika adunan agak kering dan susah untuk ditekan, bolehlah tambah sedikit butter untuk melembabkannya. Tetapi jangan sampai lembik sangat, nanti bila dibakar kelopak bunga dahlia tu akan jatuh meleper. Tak berapa canteklah rupa sekut tu nanti. Selamat mencuba.




Akhir kata dari saya, Salam Aidil Fitri buat semua dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap saya selama ini. Juga pada yang akan travel ke kampung halaman, hati hati memandu. 



6 comments:

Gee® said...

Slmt Hr Raya Shiela... cantek sekutnya

Zubedah Belajar Masak said...

Menjelangnya Syawal tak lama lagi, Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri utk Shiela & family. Minta dihalalkan resepi2 yg telah disalin & dicuba dari sini & maafkan lah juga jika ada bahasa2 yg menyinggung perasaan. Maklum lah sekarang ni zaman tenet, mulut tak bersuara tapi jari jemari ni lah yg berkata2. Jari2 ni pon kadang2 ter gelincir macam lidah kita juga yg kadang2 tersasul. Harap dpt di erase off atau di delete off yer Kak. Do enjoy urself & it's nice knowing u di alam maya ni..

Shiela said...

terima kasih Gee.. Selamat hari raya juga.. :-)

Shiela said...

saya pun camtu jugak zubedah.. jaluk ngapuro lahir batin.. salam aidil fitri.. :-)

Jun said...

salam dear, kak Jun minta izin nak guna resepi ini ya...dan nak link blog you dgn blog kak Jun. selamat hari raya dan maaf lahir bathin.

Shiela said...

Wsalam dear kak Jun.. terima kasih sudi singgah kt dapo saya yg tak seberapa ni.. silalah kak Jun.. Selamat hari raya, maaf lahir batin juga dari saya.. :)