Saturday 11 August 2012

SERIMUKA jer Ramadhan.. :)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Asal Serimuka jer Ramadhan, Asal Ramadhan jer Serimuka.. hehehh.. Camtulah kesahnya, memang bila bulan posa jer lah yang terjadinya Kuih Serimuka ku ni. Kali terakhir saya buat pun Ramadhan tahun lepas. Setahun derr, baru dapat makan Serimuka lagi. Patutlah En Somi beria ia cakap, "Wah!!.. Sedapnyer Serimuka awak arini".. ngeee.. Berseri serilah muka hakaq ni tadi deknon.. Rupa rupanyer baru terkenang, Setahun laki den tak makan Serimuka.. Ya Ampunn.. Memanglah isteri yang disesali sungguh ni.. kehkehkehh..




Kali ni kuih Serimuka teman dah upgrade sikit cara membuatnya. Nilaa juga pekdahnya berteman teman di alam maya. Dapat gak tumpang skodeng cara teman teman buat. Kalau dulu, kepala serimuka yang hijau tu selepas bancuh saya terus kukus jer cam yang Mak saya selalu buat. Tapi kalini saya kacau dulu sekejap hingga agak likat sikit, baru lah tuang atas pulut tu dan kukus. Bahan bahan dan yang lain tu sama jer cam resepi saya yang KAT SINI. Tapi takperlah, malam ni bateri saya terlebih sikit. Saya arrange balik recipe SERIMUKA ni kat sini. Jom pi dapoq!!..




~~ BAHAN BAHAN ~~

Lapisan Atas:
200 ml santan kotak (Ayam brand)
1 cawan Gula Pasir
4 biji telur
2 cawan Air
10 helai Daun Pandan
3/4 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
Secubit Garam
Sedikit Pewarna Hijau
Sebatang Kulit Kayu Manis (jika suka)


Lapisan Bawah :
3 cawan Beras Pulut Susu (direndam 1 jam)
200 ml Santan kotak (Ayam brand)
1 cawan air
Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)


* Note : Saya nak cepat, guna santan kotak Ayam brand tu jer. Bagi tekak saya takder masalah sebab kalo cap tu okay, tak tengik cam yang lain tu. Rasanya pun sama jer cam santan segar. Tapi kalau ada yang tak berkenan, nak guna santan segar atau perah pandai pandailah mengagaknya yer asalkan sukatannya tak lari insyaallah takder masalah.




CARA Bahagian Bawah :
Toskan beras pulut yang telah direndam tadi. Saya guna pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. Cukup direndam dalam sejam sahaja. Kalau guna pulut biasa, rendamlah lebih lama. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan ratakan. Satukan santan, air dan garam, kacau dan masukkan ke dalam pulut. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak dan kembang betul. Selepas itu diangkat keluar dari kukusan, tekan tekan dan mampatkan pulut tu. Ketepikan dulu.




CARA Bahagian Atas :
Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (jika suka), perah ambil airnya. Hati hati bila memerah, takut kena kulit kayu manis tu. Daun pandan tu pula jangan blend sampai halus sangat yer nanti terasa cam perat. Pernah dengar tak perat tu eak? Saya pon tak taulaa istilah lain nak nyebutnya tu, pasai selalu mak saya cakap tu lah. Dia cam terasa getah dia kowt, beh kurang camtu lah.




Satukan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan pewarna hijau kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau lagi hingga sebati dan tapiskan agar tidak berketul. Kacau sebentar dengan kaedah double boil hingga agak likat. Saya kacau dalam bekas kukusan yang berisi air tu. Selepas itu baru tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 minit. Api kukusan jangan kuat sangat, nanti takut banyak sangat wap jatuh ke atas permukaan kuih kita. Tak cantik jadi permukaan kuih tu nanti. Sebaiknya, balut pengukus dengan kain atau tuala supaya wapnya tak jatuh atas permukaan kuih tu. Bila sudah masak, jangan terus matikan apinya. Biar dikukus sebentar dengan tutup terbuka lebih kurang dalam 10 minit untuk mengeringkan air yang ada dipermukaan kuih tu. Sejukkan dulu betul betul baru dipotong. Kalau dipotong panas panas pun boleh gak kalau dah tak sabar, tapi tak chomey lah rupanya nanti. hehehh..




Menu saya untuk Iftar kalini sempoi jer.. Selain kuih Serimuka ni, masak kan NASI GORENG SEAFOOD jer. Tak tau dah hapa nak dimasak, buntu sudah. Pastu anak saya Farrah buatkan SIRAP BANDUNG SODA. Hohoho!!.. Terbaek ayer Sirap Bandung anakku.. am so PROUD of you.. Alhamdulillahh.. :)




Okaylah.. jadilah buat kalini membebelnyer yer.. Saya nak gi landing jap sebelum taim sahur. Besok rasanya dah mula sibuk. Nak mencari baju raya anak bertuah tu. Selai pun tak berbeli lagi kat dia. Insyaallah kalau takder aral minggu depan sudah mau mula projek biskut raya pulak. Alaa biskut koboi jer pun yang nak dibuat. Saya memang tak buatlah biskut yang banyak banyak kerja tu.. Tak kuasa Mak.. hehehh.. bukan apa, dorang tak suka sangat. Kalau buat pun selalu tu biskut yang betul betul dorang nak makan jer. Kalau tak nanti sampai raya haji sok pun ada lagi kuih tu dalam balang. Sayang jer terbuang. Hmm.. tak gak benti ni.. adoyyyaiii.. dahlah.. Apa apa pun pada yang ingin membuat Kuih Serimuka tu,  SELAMAT MENCUBA yer.. Insyaallah jadi, MALAYSIA BOLEH!!.. Daaaa..




5 comments:

Zubedah Belajar Masak said...

Pandai Farrah buat air bandung. Campur soda lagi. Jng ikut mcm Kak Zubedah, dah nak masuk 32 thn baru jer nak belajar masak. Itu pun belom pas pas lagi. He he. OK lah Happy Mengetart lepas ni....

Shiela said...

bolehlaa Zubedah diharap sikit sikit, kalau tak, fengsan ibu dia ni nk buat semua sengsorang..

Azie said...

As salam. Saya suka buat kuih seri muka ni dan masih mencari resepi yg betul betul ngam. Nanti boleh pulak cuba resepi Shiela ni

Shiela said...

Wsalam Azie.. cubalah Azie, saya pun dah banyak kali mencuba dan inilah resepi yang paling saya suka.

Micheal Jackson said...

For more information, you can order from ETechUPS
our sites. Ordering from our sites is very easy, you have to go to the sites, like medicine and order it.