Monday, 2 July 2012

Kek Lapis MASAM MANIS PujaanKu



Tadaaa.. Nilaa assignment ujung minggu saya, KEK LAPIS MASAM MANIS pujaan hatiku.. hehee.. Memang dari dulu saya suka sangat makan kek ni. Pernah suatu ketika tu sampai saya merayu pada orang supaya buat kek ni, saya nak beli sebab teringin sangat nak makan. Masa tu saya tak reti buat lagi, tak jumpa jumpa resepinya sehinggalah saya berkenalan dengan seorang Adek yang sungguh baik hati dan tak pernah kedekut dengan ilmunya juga sentiasa tak pernah jemu memberi tunjuk ajar pada saya ketika mula bergiat di dunia mengeKEK ni. Tulah dia antara Sifuku yang terawal adek Siti Hafizah ku yang tersayang. Kerana cake inilah juga hubungan kami menjadi semakin erat. Terima kasih banyak banyak deq Piejahku.. Moga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku.. Insyaallah..




Menurut adeq Siti Hafizah juga, resepi ni memang original berasal dari Sarawak. Ianya dikongsi oleh teman beliau yang bernama Aimye, seorang peniaga Kek Lapis di Sarawak. Terima kasih Aimye.. Moga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki sentiasa. Recipe ni sudah lama ada dalam simpanan saya dan telah banyak kali juga saya mencubanya cuma pada kali ini baru saya berpeluang untuk berkongsi di sini. Kalau ada yang berminat nak mencubanya, jomlah kita nengok resepinya.

BAHAN BAHAN :

10 biji Telur Ayam Gred A
195 gm Gula Halus @ Gula Castor
453 gm Mentega ~~ saya guna Buttercup
300 gm Biskut Cream Crackers HUP SENG
10 bungkus Asam Gambir @ Haw Flakes
397 gm Susu Pekat Manis
85 gm Kaya ~~ saya guna cap Kipas Udang
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence




CARA CARANYA :

Kisar halus cream crackers. Saya tumbuk jer dengan lesung yang dibalut dengan plastik, pengisar kering saya rosak. Lagipun biskut cap ping pong Hup Seng ni gebu, senang jer nak hancurkan.

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan bertukar warna menjadi pucat. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul hingga kembang dan sebati. Masukkan biskut yang di kisar halus tadi dan gaul lagi. Kemudian masukkan susu, sekaya dan vanila extract/essence. Gaul hingga sebati.

Apabila sudah rata, bahagikan kepada 2 bahagian. Saya timbang betul betul dan bahagikan. 1 bahagian saya bubuh sedikit pewarna pink dan 1 bahagian lagi bewarna hijau. Setiap bahagian itu pula saya timbang lagi dan bahagikan kepada 3 bahagian. Ini adalah cara saya untuk memudahkan dan paling penting untuk mendapat lapisan yang sama ketebalannya.




Sementara tu bolehlah dipanaskan kukusan kita. Sediakan acuan segiempat bersaiz anggaran 8 in x 8 in dan panaskan sebentar di dalam kukusan. Lapiskan warna hijau dulu atau yang mana suka dan tunggu hingga masak. Anggaran masa untuk setiap lapisan masak lebih kurang dalam 15 min. Apabila masak, susunkan asam gambir dan lapiskan dengan adunan warna pink pula. Ulang hingga habis. Setelah semua lapisan masak dengan sempurna, buka tutup kukusan tu dan biarkan terus mengukus dalam 10 minit camtu untuk mengeringkan sekiranya ada air di permukaan kek itu.

Panaskan oven sebentar dalam 10 min dan bakar kek itu selama 15-20 min pada suhu 170C. Proses ini adalah supaya cake tahan lama dan tidak terlalu lembab tapi terpulang samada nak buat atau tidak. Saya selalu buat begini dan suka texture kek sebegini.




NOTE : Api kukusan biar sederhana saja sebab takut nanti banyak air wap akan menitis di atas permukaan kek. Boleh juga kalau nak balut kukusan tu dengan tuala. Saya cuma lap jer tutup kukusan tu selepas bukak untuk membuat lapisan seterusnya.

Kek ini lebih sedap jika dimakan keesokannya. Lagi moist dan terasa masam manisnya. Selamat Mencuba yer kengkawan. Memang berbaloi baloi sangat dan modalnya taklah banyak sangat. Bahan bahan yang digunakan juga amat mudah untuk didapati. Pasti seronok dapat makan kek dari air tangan sendiri kann.. Happy Baking!!..





26 comments:

Azie said...

As salam Sheila, penjelasan yg sgt jelas. Gambarnya memang cantik, nampak kek yg sgt moist. Insya Allah, boleh cuba kalau ada jamuan dan makan makan. Kalau kami anak beranak jer, memang tak habis

Shiela said...

Wsalam Azie.. :)
Terima kasih juga.. boleh buat separuh adunan dulu Azie.. taklah byk sangat.

ummiakid-lily said...

salam...tak pernah buat sebab tak berani nak buat. Tapi dengan penerangan jelas dan lengkap ni...pasti senang bagi saya yang anggap kek lapis ni rumit dan susah sgt nak buat...

Pasti akan cuba buat...TQ

Shiela said...

Wsalam Ummi.. cubalah.. senang jer.. :)

rahel said...

Selamat pagi Shiela..
cantik kek tu..Rahel pernah buat kek ni,tp time tu belum ada blog masakan lg..so tak dapat nak share gambar dia..memang sedap kek ni..

Nuridah said...

Assalamualaikum Shiela,

salam mahabbah,teruja kak Nur tengok blog Shiela ni yg penuh2 ngan kek2 yg boleh buat terliur nie.

Rohah said...

malam semalam saya buat juga kek ni kak, tapi tetiba saya angkut kuar loyang masa nak bubuhasam, sudahnya rosak sikit la kedudukannya, terus ambik keputusan tak nak bubuh asam, lapiskan bahan keknya aje.menjadi tapi ada cacat sikit sebab goyang...sedapkan kak...so takde snap pic..

Amie said...

Oooohh Sheila... tergoda sangat dengan kek lapis masam manis versi di sini... Amie minta izin ambil resepinya ye Sheila, tunggu saat dan ketika yang sesuai nak buat juga!

Shiela said...

Rahel : Selamat pagi jugak.. memang sedap kan kek ni.. saya pun dh byk kali buat n sama jugalah, masa tu belum ber blog lagi.. hehee..

Shiela said...

Nuridah : Wsalam kak Nur.. terima kasih yer kak, sudi singgah kt dapo saya ni.. :)

Shiela said...

Rohah : Siannya.. takper, nnti cuba lagi.. mmg camtulah kan bila kita memasak ni.. kengkadang mmg meragam walaupun benda yg mmg kita dah biasa buat. tp napa eak nak kena kuarkan bekas utk letakkan asam tu? akk bubuh jer, tkyah angkat kuar pulak.

Shiela said...

Amie : Dengan rela hati.. Selamat mencuba yer cayangg.. :)

Aymy With L♥ve said...

Salam kenal Kak Shiela... Nampak sungguh moist... dah terasa masam2 manisnya kat mulut ni ha... :)

zila norazila said...

salam kak shiela..tunggu nk raya nnt nak buat..lbh kurang sama dgn resepi dari kawan zila..cumaa qtty telur jew berbeza sdikit..nampakk sungguh myelerakan kak:)

Shiela said...

Aymy : Salam kenal jugak.. terima kasih sudi singgah.. :)

Zila : Wsalam dear..

Anonymous said...

Slm...tmpg tanye..warna kek nmpk cntik..slalunye gn pewarna jename ape ea..?!!

Anonymous said...

salam

sedapnya, teringin nak try tapi malas sangat hehe

Nur-nba said...

Salam. Kak Sheila, terima kasih banyak sebab linkkan blog Nur.. Cantik gambar2 dalam blog akak ni..

Nur ni jarang masak, tapi hobi suka jalan2 blog orang.. Hope dapat jadi serajin akak..

Shiela said...

Anonymous : wsalam.. saya selalu guna wilton gel colour.

Nur-nba : wsalam n terima kasih kembali nur.. selalu selalu singgah yer.. :)

Shiela said...

Tina Othman : Wsalam, cubalah tina.. jgn ar malas.. hehee..

nora disini said...

as salam nk tya...selepas susun asam n msuk lapisan lain, tak lari ke asam tu...?

Shiela said...

wsalam nora'd.. tak, jangan risau dia tak lari.. :)

Unknown said...

tak gune tepung gandum ea sheila??

barney said...

a'ah... x guna tepung ke?
then, telur sampai 10 biji... bau hanyir x nanti...heheheh

Unknown said...

terBaik la kak shiela....

Unknown said...

suka sgt dgn kek ni.. nk tnya telur mesti suhu bilik atau kluar dr peti sejuk