Sunday 5 February 2012

NASI AYAM KUKUS Bintang Hatiku


Assalamualaikum dan Salam Maulidul Rasul buat semua rakan yang beragama Islam.

Hujung minggu lagi dah kita nampaknya. Cepat betul masa berlalu. Apa citer arini? hmm.. Saya, citer apa lagi?? Citer dapo sweet dapoku laa.. Arini saya masak Nasi Ayam Kukus Bintang Hatiku taww.. Nak tau tak nape saya bagi nama tu.. sebab saya nengok suami dan anak saya makan beria ia betol.. Memasing sampai dua kali tambah.. Seronok sangat saya nengokkan kejadian itu sampai berbintang bintang di hatiku.. hehehh.. Tapi memang itulah hakikatnya bagi sesiapa jua yang bergelar ibu.. Perasaan gembira tu memang tak dapat digambarkan sekiranya seiisi keluarga beria menikmati masakan kita kann.. Setinggi bintang di langit sana.. Wahhh.. terlebeh sudahh.. ;P




Kat sini saya nak kongsilah recipe atau saya menggayakan Nasi Ayam Kukus saya ni.. Bukanlah nak kata handal sangat, tapi sekadar berkongsi apa yg saya ada dan tahu. Kita mulakan dengan Ayamnya dulu. Saya terpaksa buat dua versi ayam dia, sebab anak nak ayam steam manakala ayah dia pulak nak yang panggang. Layan jerlaa..




BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam (saya kena ptg 4 sbb ada dua versi)
1 sudu makan serbuk Rempah Soto Tok Mak (rempah sup pun boleh)
1 ketul kiub pati ayam
1 biji buah tomato (klu buah besar, separuh cukup)*
1/2 batang Carrot (size sederhana)*
2-3 kelopak sayur kobis *
1 biji Bawang Besar (klu kecik buh 2 biji)*
2 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang *
Sedikit serbuk Lada Sula
Air secukupnya
Garam Secukup Rasa




CARA CARA :
Bersihkan Ayam dgn cara lumur dengan sedikit serbuk kunyit, bilas dan toskan. Serbuk kunyit tu boleh menghilangkan bau hanyir pada ayam tu selain menyegarkan lagi ayam kita. Kemudian blend semua bahan bertanda (*). Masukkan kedalam periuk dengan air secukupnya dan juga bubuh rempah sup. Air tu agak biarlah cukup untuk kita gunakan bagi memasak nasi nanti dan pastikan sampai tenggelam ayam itu. Bubuh garam, serbuk lada sula dan kiub ayam. Masukkan Ayam dan rebus hingga masak.




Setelah masak ayam itu bolehlah diangkat. Sup tu bolehlah kalau nak bubuh potongan carrot atau kentang kalau suka untuk dimakan bersama Nasi Ayam ini nanti. Saya bahagikan kepada dua ayam itu, separuh untuk steam dan separuh untuk dipanggang. Yang untuk steam tu, ketepikan dulu. Yang untuk dipanggang, saya perapkan sebentar dengan bahan di bawah ;

1 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
1/2 biji Bawang Besar
1 sudu makan Sos tiram
1 sudu kecil Madu
1 sudu kecil kicap Seasoning Maggie
1 sudu makan Minyak Bijan
1 sudu kecil Kicap masin
Garam jika rasa perlu

Blend semua bahan di atas dgn sedikit air. Lumurkan pada Ayam tu dan perap sekurang kurangnya setengah jam dan bakar sebentar dalam setengah jam atau ikutlah nak garing takat mana. Actually tak perlu lama sangat sebab ayam tu dah direbus masak. Bahan lebihan rempah yang ada dalam bekas yang kita perap ayam tadi juga JANGAN dibuang dulu. Nanti saya akan bagi tau kemudian kegunaannya.




Sementara menunggu ayam dipanggang dalam oven kita siapkan nasi pula. Bahan bahannya seperti di bawah ;
4 pot Beras Basmathi
6 pot Air Rebusan Ayam
1 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2 btg Serai
2 helai daun Pandan
Sedikit Kulit Kayu Manis
Sekuntum Bunga Lawang
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak utk menumis
Satu sudu makan Minyak bijan
** Saya guna garam dlm 1 1/2 sudu kecil. Rasa dulu sbb dlm air rebusan tadi pon ada garam. Takut masin lak nasi kita nanti.




Kalau guna beras basmathi, rendam dulu selama 10 minit, kemudian bilas dan toskan. Masukkan ke dalam periuk rice cooker bersama air rebusan dan ON rice cooker tu. Sementara tu dalam kuali berasingan panaskan sedikit minyak bersama minyak bijan tadi dan tumis bahan bertanda (*) yang dihiris halus. Masukkan juga serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Goreng hingga layu dan naik bau. Kemudian tuangkan ke dalam rice cooker tadi dan masak hingga air dia kering jer. Jangan sampai dia masak sangat, dalam 3/4 masak tadi, dia belum berkerak lagi pindahkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak sepenuhnya. Ayam yang saya ketepikan tadi untuk disteam saya masukkan sekali ke dalam kukusan dan renjiskan sedikit dengan minyak bijan. Saya kukus dengan air rebusan Ayam di bawah dia tu. Kelebihan mengukus nasi ni, nanti nasi kita akan jadi cantek berderai dan tidak hancur. Kalau kita masak terus dalam rice cooker, kita kena kerap balikkan supaya tak mentah.. tu yang buat dia hanco.. Selain itu ia dapat mengelakkan nasi dari terbuang menjadi kerak yang tebal. Insyaallah.. cubalah.. nampak cam susah kann.. tapi taklah susah sangat.. Memang berbaloi dan puas hati.




Kemudian kita boleh lah menyediakan SAMBALnya. Bahan bahan seperti di bawah ;
5-6 batang Cili Merah
5-6 batang Cili Padi (klu nk pedas)
1/2 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Sos Cili
1/2 sudu makan Cuka
1 sudu makan Minyak Bijan
Garam secukup rasa
Sedikit Air
Blend semua bahan diatas dan masak hingga pekat dan hilang bau cili.




Akhir sekali saya sediakan KICAP untuk disiram pada Ayam tu nanti. Ingat tak yang saya cakap suh simpan dulu saki baki serdak rempah yang kita perap ayam tadi. Haa.. kita amik yang tu, tumiskan dengan sedikit minyak dalam kuali lah yer.. Pastu masukkan sedikit air rebusan ayam tadi, agaklaa banyak mana nak guna kicap tu. Bubuh juga sedikit sos tiram, serbuk lada sula dan kicap masin secukup rasa. Kalau suka ada rasa manis sikit, bolehlaa bubuh kicap manis juga sikit.. saya tak suka..

Hmm.. rasanya nasi dah tentu dah masak, ayam pon confirm dah cukup panggang. Ayam tu bolehlah dipotong potong, lagi senang hendak makan dan disiram dengan kicap tu. Boleh juga dihidangkan bersama daun Salad, hirisan buat Tomato atau apa saja yang menjadi pilihan masing masing.




Nampaknya semua dah siap kann.. Apa lagi?? Jom lah kita Bismillah.. Jemputt..  :)



6 comments:

Ayam said...

Salam Maulidur Rasul......

Rajin nya awak buat dua versi pulak tu. Hihi saya suka yang versi panggang ..sedap dan mengoda.

Rohah said...

Menyingkap selera di pagi2 minggu ni kak nampaknyerr..

mama sara nur @ Cik Nor said...

salam Maulidur Rasul k. Sheila
dah siap menu wat tengahari ni...sedap pulak tu.

rahel said...

Shiela...apa macam ni?...gue lapar tengok nasi ayam kukus tu...

Shiela said...

Terima kaseh dan Salam Maulidul Rasul juga buat kengkawan yg sudi singgah.. :)

Rahel.. jom buad Nasi Ayam.. :)

athirah said...

salam kak sheila. saya suka resepi2 akak.. Halalkan saya try resepi2 akk. Akk mmg rajin memasak,terliru nengoknya... Gud job akk! ;)