Friday, 30 December 2011

Spaghetti Bolognese with Meatball

Assalamualaikum.. :)

Hmm.. banyak hari gak dah off masak ni.. maklumlah gi berjalan.. Kalau diikutkan hati memang masih malas nak masak, dah kesedapan berehat panjang. hehee.. Tapi tak bolehlaa.. pasal harini En Somi ada rumah, kenalah jugak ke dapo sweet dapoku iteww.. 




Tinjau tinjau dalam fridge, stok lauk tak berapa ada, just masak yang simple dulu.. Spaghetti Blognese with Meatball.. Mmm.. Dorang suka gak taww. Jom nengok cara saya buad.. yang sentiasa sempoiiii.. ;D




BAHAN BAHAN :
500gm Spaghetti
500gm Daging/Ayam Kisar
500gm Meatball
200gm Tomato Paste
200gm sliced Mushroom
1 biji Capsicum (medium size)
1 biji buah Tomato
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
4-5 helai Bay Leaves
Sedikit Oregano
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Sedikit Olive Oil utk menumis
Sedikit fresh Parsley
Sedikit Parmesan Cheese (utk tabur)
Garam dan Gula secukup rasa




CARA CARA:
Mula mula rebus Spaghetti dgn sedikit minyak dan garam hingga lembut.
Panaskan olive oil dan goreng sedikit dulu Meatball.
Tumiskan bawang besar dan putih yg dah dichopped sampai layu.
Masukkan daging kisar, sedikit garam dan lada sulah goreng hingga masak.
Masukkan mushroom, oregano n bayleaves, goreng hingga naik bau
Kemudian masukkan tomato paste dan goreng sekejap. Bubuh sedikit air




Setelah agak menggelegak kuah tu, masukkan semua meatball dan teruskan masak.
Bila kuah dah mesra n hampir masak, bolehlah masukkan chopped tomato n capsicum.
Dan kalau suka ada cheesy taste sikit blh letak sedikit parmesan cheese.
Akhir sekali masukkan chopped capsicum, tomato n parsley dan rasa garam gulanya secukup rasa. Bolehlah dihidangkan.




~~SELAMAT MENCUBA~~


Thursday, 29 December 2011

Cuti Cuti JAYBEE

Assalamualaikum.. :)

Wahh.. rindu betol kat blog ni.. Boleh tahan lama gak tak update kann.. Saya dan family pergi jalan jalan Jaybee. Rindu betul nak ke sana, tempat saya dibesarkan dan disitulah juga sekolah pertamaku.. Sek Ren Keb Jln Yahya Awal.. Tahun ni langsung tak dapat berjalan coz anak nak exam PMR. Ni result pon dah keluar, Apa lagi?? ke Jaybee kitaaa!!!.. ;D


Makanan dia pon superb.. dari Seafood, Otak Otak, Mee Rebus, Soto, Murtabak dan banyak lagi.. Semuanya sedap sedap belaka sampai dah dua hari balik umah masih tak berani nak naik atas timbang tuu.. huwaaa..


Antara yang saya makan di Restoran Seafood Kampung Senibong.. Semuanya fresh fresh belaka.. :P




Ni kat Danga Bay pada waktu malam.. antara gambar yg dapat saya rakamkan.. cantek kan.. :)

Seronok betol rasanya sambil makan kat Stulang dengar musik Basking.. santai jer.. :)

Best makan kt sini.. Landmark dia dekat dengan JKR JB. Asam Pedas sedap.. Mee Rebus tulang yg sangat special dan Otak Otak yg sangat chomel dan sedap jugak..

 Nengok Mee Rebus ni.. Siap bagi straw lagi tu.. ;P

Chomel jer kan Otak Otak ni.. Saya pon festaim jumpa ni.. yg kat tengah tu dia bubuh daun selasih. tu kowt yg buad rasa dia lain dari yang lain dan sangat sedap..


Ni kat Johor Premium Outlet yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri kita Dato'Seri Najib Razak. Semua barang barang branded ada kat sini. . Punyalaa ramai pulak tu manusia..


Terima kaseh En Haseben ku yang tercinta, bawak kami gi jenjalan.. hepi sangat sangat.. :D

Saturday, 24 December 2011

Gulai IKAN SEMBILANG

Assalamualaikum.. :)

Hmmm.. nampaknya hujan tak berenti berenti turun sepanjang hari.. Sejuk sungguh rasanya. Air paip pon dah macam air batu rasanya. Redha jerlah.. Segala yang baik itu hanya dari Allah SWT dan segala yang buruk itu dari saya. Alhamdulillah.. :)


Harini saya masak menu yang paling digemari keluarga, dari Ibubapa ke adek adek sampailah ke anak saya. Dari dulu kalau Mak masak jer Gulai Ikan Sembilang ni, hrmm.. memang tak senang duduk lah kami adek beradek. Suka sangat sangat. Kena pulak dengan Mak punya sambai belacan, perghhh.. mmg keluaq ayaq idunglah.. ;P



Ikan sembilang ni agak hanyir, kena ada cara utk memasak dia supaya boleh hilangkan hanyir dia. Petua mak saya camni, masukkan beras tumbuk yang digoreng sangai (tanpa minyak) sedikit dan juga patah patahkan 2-3 batang cili hijau ke dalam gulai tu. Insyaallah, sedappp.. itulah petua dari dari Ibunda tercintaku.. Anak Jati Pulau Pinang aka Mamee Tanjung yang dapat saya kongsi bersama kengkawan. Mak selalu pesan, jangan kedekut resepi, pahalanya.. Subhanallah.. bukan mengharap balasan pahala yer.. cuma mungkin itu ayat terbaek untuk menilai kebaikan berkongsi kongsi resepi masak memasak ni.. :)



Ni BAHAN BAHAN yang saya gunakan :
1kg Ikan Sembilang
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar Beras tumbuk
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa


CARA CARA :
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing.

Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Rempah kena garing betul betul yer, kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Beras tumbuk tu juga dah boleh dimasukkan.

Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Saya suka lebihkan sikit air asam bagi ikan ni sebab ikan sembilang ni agak hanyir sedikit. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila ikan dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.. ;P


Hidangan Gulai Ikan Sembilang ni juga enak dimakan bersama roti, chapatti dan roti canai. Perghhh.. tetiba teringatlaa pulak pada Roti Canai Telur + Bawang Mak.. :P
Apa apa pon.. Selamat Mencuba yer.. Kalau kengkawan cakap sedap, saya lagilaa bahagia.. :)


Friday, 23 December 2011

Cuba cuba 'SAMOSA' pulak

Assalamualaikum  :)

Apa khabar? Saya, Alhamdulillah.. dalam hati ada taman gaklaa.. hehee.. bukan apa, cuma agak gembira juga dengan keputusan peperiksaan PMR anak tunggal saya. Hilang juga rasa penad selama ni. Syukur sangat sangat pada Allah SWT yang juga memakbulkan doaku seorang ibu.. Alhamdulillahhh.. (:




Actually, beberapa hari ni dapur tak berasap.. asyik ke hulu ke hilir jer mengisahkan macam macam hal dan amanah. Tapi saya nak jugak berkongsi cara untuk membuat Samosa sendiri. Gambar gambar ni dah lama ada dlm simpanan saya, cuma tak berkesempatan nak arrange dan update elok elok lagi. Ni cara yang saya cuba cuba dan reka sendirilah yer.. Kalau sudi jomlah nengok.. ;)



Bahan utamanya, tu lah... Inti dan Kulit Popia. Intinya cam inti Karipap gak, cuma untuk Samosa saya gunakan isi Ayam. Lebihkan sikit ayam lagi sedap.

BAHAN BAHAN : 1kg kentang, 500 gm isi ayam (klu nak byk ayam boleh tambah lagi), rempah kari daging 30gm, 1 biji bawang besar n 3 ulas bwg putih utk menumis, satu sudu besar lada hitam ditumbuk kasar (klu suka), daun sup n daun bawang (pun klu suka), garam dan gula secukup rasa.

 
CARA CARA : Tumis bawang besar n bwg putih yg diracik halus sehingga keemasan, masukkan daging yg dicincang or dipotong halus, bila daging dh separuh masak masukkan rempah kari yg dibancuh dgn air, goreng rempah hingga naik bau n garing. Kemudian masukkan kentang yg telah dipotong dadu, masukkan air agak2 hampir tenggelam kentang dlm kuali, masukkan lada hitam, garam n gula secukup rasa. masak hingga kentang tu empuk dan kering. last sekali masukkan daun sup dan daun bawang utk aroma yg harum.





Bila semua dah siap, bolehlaa kita mulakan melipat. Sediakan juga sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air utk lekatkan.. klu nak guna putih telur pon boleh jugak. Lipat dua kulit popia tu dan gam sedikit dengan tepung kat ujung dia supaya melekat kemas. Kemudian letakkan inti di ujung atau bucu kulit dulu. Satu pesanan, semasa proses melipat tu, kulit popia hendaklah ditutup dgn tuala lembab supaya kulit tu tak kering. Kalau kering nanti susah nak dibentuk dan melekat.



Lipat berbentuk triangle (segitiga). Ikut lipat dengan mengekalkan bentuk segitiga tu sampai ke hujung kulit popia tu. Gunting bahagian hujung yang berlebihan supaya kemas. Gam atau lekatkan dgn tepung yg dibancuh dgn air tadi supaya tidak terbukak masa menggoreng.



Yayyy.. ni dia yg dah siap dibentuk. Dah boleh laa nak goreng atau frozenkan. Kalau nak frozen, make sure masuk dlm bekas yg bertutup ya.. susun elok elok, for next layer lapikkan dulu dgn plastik supaya tak melekat dan senang untuk dikeluarkan bila nak menggoreng nanti. Samosa ni pon sama cam frozen karipap jugak, takpayah thaw @ nyahbeku.. Terus jer goreng from the freezer to the hot pan.. ;)

~~ SELAMAT MENCUBA ~~



Wednesday, 21 December 2011

TALAM BERLAUK




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Seawal pagi hari ni saya dah bangun sediakan kuih Talam Berlauk kegemaran suami dan anak untuk sarapan. Harini cuma masak utk bekfes jer.. Lepas tu saya kuar gi nengok wayang 'Mission Impossible.. Ghost Protocol'. Best arr citer tu.. Setiap detik very interesting. Tom Cruise pon ganteng bangett.. ;D




Kuih Talam Berlauk ni sebenarnya ada resepi tradisi dari Ibu Mertuaku tapi banyak jugalah yang telah saya modified mengikut citarasa saya. Kalau yang original MIL saya buat guna udang kering. Pastu pada bahan lauk juga saya tambah minyak sapi untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih mengancam. Banyak kali juga saya mencuba dan menghadapi kegagalan untuk mendapat sukatan yang seperfect ini untuk kengkawan. Maklumlah mak mak kita kalau masak mana ada resepi bagai kann.. Dia jeling jer pon dah kompom jadi. Setakat ni sesapa yang mencuba resepi kuih ni, semuanya cakap sedap sehingga menjadi kegemaran keluarga juga. Kalau berminat, jom nengok resepi yang saya nak kongsi.. (;




BAHAN BAHAN : 
Utk bahagian bawah :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar pekat
4 cawan air ~~ atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa (lbh kurang 2 sudu kecil)




Utk LAUK :
Udang saiz kecil dlm 200 gm (ikut suka)
9 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup n daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit gula (dlm 1/4 sudu kecil)
Garam secukup rasa ( lbh kurang 1/2 sudu kecil)
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi




Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Goreng bawang merah n bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau n garing, masukkan udang idup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.




Satukan semua bahan utk bahagian bawah dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan sedikit dalam suku cawan. Kukus selama lebih kurang 15 minit dulu. Kemudian bukak dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. Kemudian sambung mengukus selama 45 min lagi.. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. :)


Tuesday, 20 December 2011

SOTONG Goreng Kunyit

Assalamualaikum.. :)

Apa khabar semua harini? Masak apa tadi? Cuaca arini mendung dan lembab jer.. Sesekali hujan turun renyai renyai. Saya pon cam malas betul laa nak buat apa, dah jadi selembab cuaca gaklaa.. nyehnyehnyeh..

Tapi sebagai seorang ibu dan isteri, canelaa nak say 'NO' pada masak ni kann.. tambah sejuk sejuk ni, perot dorang tu asyik lapar jer.. Selongkar selongkar peti sejuk, ada pulak Sotong sikit. Hmm.. yang cepat dan senang, masak 'Sotong Goreng Kunyit' jerlah.. Kalau nak tau cane saya buat, jommm.. Sempoi jer.. :)


BAHAN BAHAN :
500 gm Sotong
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
1 batang Cili Merah *
10 tangkai Cili Api *
1 sudu besar Sos Tiram
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam n Gula secukup rasa
Minyak utk menumis


CARA CARA :
Langkah pertama, bersihkan sotong, dipotong bulat dan ditoskan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Hiriskan semua bahan bertanda * dan tumis hingga layu. Kemudian, masukkan Sotong dan Sos Tiram. Kacau rata hingga masak. Tak perlu masak lama sangat, sebab sotong cepat masak. Kalau masak lama sangat dia akan jadi liat. Masukkan garam n gula secukup rasa. Siappp.. Kalau nak buh buah tomato atau kentang goreng pun boleh jugak. Saya tak bubuh, sebab saya tersangatlah malasssnyaa harini.. hehee... 

Salam Ceria.. :D


Monday, 19 December 2011

CARROT CAKE with PECANs n WALNUTs.. Again??

Assalamualaikum Semua.. :)

Carrot Cake lagi?? Hohoho.. cane nak buad nih?? Suka sangat sangat makan cake ni. Dah beberapa hari asyik teringatkan cake ni jer.. Terasa rasa kat tekak ni rasa rempahnya, sambil makan tergigit gigit pecans n walnut tuu.. Pastu lagi satu yang saya suka, dia tak manis sangat.. duhh.. Mmg tak kuat semangat betol, kena buat jugaklah.. JomJomm.. ;D


Kali ni saya ada adjust sikit sikit lagi bahan bahan dia. Saja nak buat eksperimen sikit. Saya lebihkan sikit penggunaan butter kepada 250gm dan saya tambah lagi satu bahan iaitu Yoghurt. Alhamdulillah.. Makin sedap jadi rasanya.. Cake tu pon bertambah moist. 

BAHAN BAHAN :
2 biji Carrot size sederhana (di parut halus)
250gm Tepung Gandum
200gm Gula Perang
250gm Butter (cairkan)

140 gm Yoghurt (saya guna brand Dutch Lady)
50gm Walnut
50gm Pecan 

70gm Nenas kiub (dicincang)
4 biji Telur
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
1/2 sudu kecil serbuk Kulit Kayu manis
1/2 sudu kecil sebuk Nutmeg


CARA CARA :
Sediakan loyang dan griskan. Saya guna dua loyang berukuran 8 inc supaya senang utk buat dua layer.
Panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 10-15min.

Bakar @ Panggang dulu sedikit dalam oven kacang Pecan dan Walnut dan dicincang.
Ayakkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, soda dan baking powder bersama.
Pukul telur dgn gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yg telah dicairkan berselang seli dgn tepug sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Masukkan pula Yoghurt dan kacau sebati. Akhir sekali, masukkan Carrot, Pecan, Walnut dan Nenas. Kemudian gaul hingga semuanya sekata.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 50-60 min atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar, baru keluarkan dari loyang.



Topping Cheese Cream Frosting  :
250gm Cream Cheese
100ml Whipping Cream
50gm Gula Icing


Pukul cheese dengan gula hingga lembut berkrim dan sebati. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang. Selepas itu bolehlah disapu atas cake itu dan deco mengikut creativity sendiri. Kali ni saya buad yang sempoi jer.. malas nak deco deco sebab dah tak sabar nak makan.. hehee.. ;P

JOM BUAT KARIPAP


Assalamualaikum.. KARIPAP.. Sapa jer yang tak kenal karipap kann.. Kuih tradisional kita yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Boleh dikatakan apa sajalah majlis, mesti tak ketinggalan kuih karipap ni. Tak payah pergi jauh jauh, dalam rumah saya ni jer dah cukup. Memang alah membuat, menang memakanlah. Yang heran tu, dorang tak jemu jemu.




Hari ini saya nak berkongsilah cara cara untuk membuat karipap yang saya tahu sikit sikit. Resepi dan cara membuat karipap ni adalah resepi asal dari ibunda tercintaku. Saya memang membesar dengan karipap ni. Maklumlah dulu abah sekadar kerja gomen, jadi mak terpaksalah membantu kedudukan kewangan keluarga untuk membesarkan kami adek beradek. Dan saya pula sebagai anak sulong, memang terpaksalah membantu mak untuk menyiapkan karipap utk jualan harian atau tempahan. Hrmm.. Sian Mak.. Kami tak lupa penat lelah Mak, yer Makk.. sedeylah pulak mengenangkannya.. Apa pon, hanya Allah Taala yang dapat membalas pengorbanan Mak itu. Jomlah kita buat karipap.




Mula mula kita siapkan INTInya.

BAHAN BAHAN : 1kg kentang, 250 gm daging, kalau nak banyak daging boleh tambah lagi (kalau tak suka daging, ayam atau udang kering), rempah kari daging 30gm, 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk menumis, satu sudu besar lada hitam ditumbuk kasar (kalau suka), daun sup dan daun bawang (pun kalau suka), garam dan gula secukup rasa.




CARANYA : Tumis bawang besar dan bawang putih yang diracik halus sehingga keemasan, masukkan daging yang dicincang atau dipotong halus, bila daging dah separuh masak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, goreng rempah hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu, masukkan air agak agak hampir tenggelam kentang dalam kuali, masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. masak hingga kentang tu empuk dan kering. last sekali masukkan daun sup dan daun bawang untuk aroma yang harum.




Selepas itu kita buat pula DOUGH untuk 'Karipap'.




BAHAN BAHAN : 1kg tepung gandum, 1/2 cawan margarine, 1 cawan minyak masak, air lebih kurang 450 ml, garam 2 sudu kecil.




CARA CARA : Masakkan minyak masak bersama margarine hingga betul2 panas dan tuangkan ke dalam tepung gandum, gaul rata ngan tepung tu, bila agak suam, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga rata dan sebati. Rehatkan sekejap dough selama lebih kurang 20 minit sebelum digelek untuk proses seterusnya. Kalau tak nanti tepung agak liat dan payah sikit untuk dibentuk.




Gambar di atas menunjukkan serba ringkas cara cara untuk membentuk Karipap yang dapat saya tunjukkan dan share dengan kengkawan. 

Bila sudah siap, bolehlah digoreng. Goreng dengan api yang sederhana sahaja. Mula mula menggoreng jangan bagi minyak tu panas sangat. Kalau minyak panas sangat nanti kulit dia jadi tak cantek, cam berkutil kutil tu. Kena kerap balik balikkan karipap masa menggoreng tu juga supaya ia masak sekata dan sempurna rupanya.




Kalau nak frozenkan pun boleh juga. Masukkan karipap yang sudah siap ke dalam peti sejuk bahagian beku sekejap hingga agak keras sedikit, senang untuk dipegang @ handle. Simpan terus kat freezer tu dalam bekas yang bertutup supaya kulit dia tidak kering dan merekah. Insyaallah boleh tahan lama. Bila nak makan, boleh terus goreng, tak payah nak thaw @ nyahbekukan dulu. Masukkan jer terus.. from the freezer to the pan, bila minyak dah panas. Senang jer kann. Selamat Mencuba.. (",)




Bila saya sedang sibuk sibuk membuat karipap aritu, tetiba anak dara tunggal saya tu merapatkan dirinya dan berkata, "Ibu, bagi girl cuba buat".. dia pun terus mencuba. Alhamdulillah dengan tak pernah saya sangka dia dapat melakukannnya dengan baik walaupun taklah perfect sangat rupanya. Tapi pada sentuhannya yang pertama saya sebagai seorang ibu merasa agak kagum juga. Saya pun tanpa berlengah lagi, teruslah capai kamera dan inilah rupanya karipap dak Farrah yang pertama yang dapat saya abadikan di sini. I'm so proud of you my darling.. :)




Ujan ujan ni sedap betul dapat layan karipap. Memang sedap sungguh dan sesungguhnya kami anak beranak memang tak pernah jemu. Herannn.. hehee.. Bila ada kelapangan, bolehlah cuba buat sendiri karipap ni yer kengkawan. Air Tangan Ibu adalah yang terbaik untuk keluarga tercinta. Penuh barokah dan kasih sayang. Insyaallah.. 





Saturday, 17 December 2011

~~HUJAN Oh HUJANNN~~


Tetiba teringat pulak pada lagu Uji Rashid yang popular suatu ketika dulu tu bila hujan hujan ni.. ~~Hujan~~ Oh~~Hujann~~Lekas berhenti~~Lama sudah kunanti~~ hehee.. nyanyilah sikit.. Lagu yang membesar dengan saya.. Saban hari hujan jer sekarang ni.. 

Bukan nak merungut atau tak bersyukur pada kekuasaan Allah yer, cuma nak sembang sikit jer, bila hujan hari hari dgn anginnya yang bertiup pulak, sejuknya tak taulaa nak cakap.. Bak kata orang sampai ke tulang hitamlah terasa. Sesekali macam nak demam rasanya dek terlampau sejuk.




Jadi, untuk memanaskan sikit badan, saya masak menu menu ni yang byk menggunakan lada hitam dan bahan bahan lain yang memanaskan badan. Pernah makan tak Telor Itek masak 'RASAM' ni?? ni mmg peberet family dari dulu, resepi Mak.. Kalau Mak yg masak, dia siap giling rempah tuu.. Saya tumbuk jerlaa, takat makan 3 beranak.. Rasa dia ada rasa rasa rempah dan masam sikit.. bez tauu.. Baunya pulak takyah nak cerita lah lagi.. mmg membangkit selera betollah.. Patutnya kena lawan ngan sambal kelapa, lagi kababoomm.. ada lak ikan masin.. pergghhh.. memang tak hengatlah.. ;P




BAHAN BAHAN :
6 biji Telor Itek
11 ulas Bawang Merah*
3 ulas Bawang Putih *
3 sudu besar Jintan Putih (direndam)*
1 sudu besar Lada Hitam*
1 litre Air
5-7 tangkai Cili Kering
3 tangkai Daun Kari
Sedikit Serbuk Kunyit
Segenggam Asam Jawa
Sedikit Minyak utk menumis
Garam Secukup Rasa


CARA CARA :
Mula mula amik lesung (blend takbest taw) tumbuk semua bahan bertanda * sehingga lumat. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yg telah ditumbuk tadi sehingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering yg dipotong2 dlm 1 inci, goreng sebentar. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Ramas asam jawa bersama air dan masukkan ke dlm rempah tumisan tadi. Masak hingga menggelegak. Kecilkan Api dan masukkan telor itek satu persatu. Telor itu hendaklah dipecahkan dulu didalam mangkuk kecil dan dicedok dgn senduk, masukkan ke dalam kuah tu perlahan lahan. Kalau tak nanti telor tu pecah, tak cantek. Masak pon dgn api kecik jer, jgn kacau dulu. Biar seketika, agak telor tu dah masak, baru kacau pelan pelan.. takot kot2 ada yg belom masak dia pecah. Pastu, rasa garam dan masam dia. Klu dah menepati citarasa, kira siap laa tu.. Senang kann.. 





Yang ni pulak 'Hati Lembu Masak Kicap Lada Hitam'.. last stock Qurban aritu.. pon boleh membantu utk memanaskan badan dgn penggunaan lada hitam dan halia tu.. Macam lauk masa dalam pantang kann.. Jom nengok recipe.. ;)

BAHAN BAHAN :
500 gm Hati Lembu
2 biji Bawang Besar (dihiris bulat)
1-2 batang Cili Merah (dipotong serong)
1-2 biji Ubi Kentang (dipotong wedges)
6 ulas Bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
1 sudu besar Lada Hitam*
2 sudu besar Kicap Pekat
Buah tomato (ikut suka)
Sedikit Minyak utk menumis
Sedikit Daun Kari (klu ada)
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam n Gula secukup rasa
Tumbuk atau kisar halus semua bahan bertanda
*

CARA CARA :
Sediakan kuali bersesuaian dan panaskan minyak. Goreng dulu Ubi Kentang. Kemudian tumiskan semua bahan bertanda * hingga kuning keemasan. Masukkan daun kari dan hati lembu yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa memasing. Hati Lembu tu kita gaulkan dulu dengan sedikit garam dan serbuk kunyit setelah dibersihkan. Serbuk kunyit tu boleh juga menghilangkan bau hanyir lembu tu. Masak seketika bersama rempah di dalam kuali tu. Masukkan pula kicap pekat dan masak sehingga hati tu masak. Bubuhlah garam dan gula secukup rasa. Sebelum matikan api, baru kita masukkan bawang besar, cili merah dan buah tomato. Biar layu sedikit, akhir sekali masukkan ubi kentang tu. Siap dahh.. tapi ni cara saya yang sempoilah...