Thursday, 15 November 2012

LEEKS & OUR SIMPLE COOKING



Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1434 juga kepada semua yang beragama Islam. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan amalan kepadaNYA. Mudah mudahan tahun baru ini memberi sinar yang baru buat kita semua. Ameennn.. Ya Rabbal A'lameenn..




Tak ada apa yang spesel sangatlah harini, tapi saya ada kelapangan malam ni dan terasa ingin menulis. Bosan sehh dok sengsorang, hubby dan anak sibuk ngadap bola. Saya ni bola tu lelama ngadap boring laa pulak. Seawal pagi saya dah keluarkan Sotong, plan nak masak sambal dan tumis sayur Leeks peberet saya tu. Tetiba bila dak Farrah bangun, dia kasi tukar pulak. Seboleh boleh dia nak Sotong tu dimasak Goreng Kunyit. Siap volunteer nak masakkan. Okeylah.. lagi laa ibu dia suka kann..




Saya cuma tinggal masak SAYUR LEEKS tu jerlah. Sempoi jer saya masak Leek takat 3 batang besar ni. Cuma chopped halus 3 ulas Bawang Putih dan kemudian tumis sebentar hingga keperangan. Selepas itu saya masukkan sedikit Udang dan hirisan Cili Merah. Bila udang sudah masak baru saya masukkan Leeks yang telah dipotong dan dibersihkan. Perisakan dengan secubit gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali taburkan sedikit lada sula dan renjiskan sedikit dengan Minyak Bijan untuk menaikkan aromanya.


~~ Gambar ehsan Google ~~


Selalunya di Pasaran ada beberapa sumber Leeks, ada yang datang dari China dan Cameron Highland. Kalau nak up lagi yang dari Australia.. mau fengsan nengok harganya. Saya biasa beli yang dari Cameron Highland, hubby tak bagi saya beli yang dari China. Sebabnya, mungkin semua boleh agak kann.. Tak perlulah nak cerita lagi rasanya. Bezanya senang jer, kalau Leeks yang dari China dia kecik kecik sikit tapi kalau yang ditanam di Cameron Highland ianya lebih gemuk dan panjang. Pada yang tak pernah lihat Leeks ni, saya kongsikan gambarnya di sini tapi ini bukan gambar koleksi saya yer.. Saya tak teringat pulak nak snap picturenya sebelum dimasak tadi. Terpaksalah saya selongkar dari Pakcik Google tadi dan editkan untuk kengkawan yang ingin tau rupanya.




Farrah punya SOTONG GORENG KUNYIT lagi laa sempoi. Kejap jer dia kletangg kletungg kat dapo tu dah siap. Memang arini kami ingat nak masak yang sempoi sempoi jer supaya dapat cepat makan. Malas nak prepare bekfes, terus brunch jer. Yang saya nampak dia buat tadi, dia tumbuk dalam 1 batang Cili Merah, Sedikit Ciliapi, 5-6 ulas Bawang Merah dan 2 ulas Bawang Putih. Kemudian ditumisnya hingga garing dan masukkan sedikit garam juga. Selepas itu dimasukkan juga sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu besar Sos Tiram. Bila tumisan dan betul betul kering baru dimasukkan Sotong yang telah dipotong dan ditoskan betul betul air basuhannya supaya tidak banyak berair sangat dalam masakan nanti. Sotong tak perlu masak lama sangat. Kalau terlebih masak nanti dia jadi liat. Akhir sekali masukkan hirisan Bawang Besar Holland yang bewarna kuning tu dan perisakan dengan secubit Gula dan Garam secukup rasa. Haa.. Siapp laa dah..




Satu lagi Air tangan Farrah yang saya merasa masa cuti sekolah ni LEMPENG ngan SAMBAL TELOR ANCO. Dia buat tuk minum petang kami dua banak kat umah aritu. Boleh tahan jugak rasanya. Saya pun tak sangka dia boleh buat sebab selama ni dia cuma perhati dari jauh jer ataupun selalu tu saya cuma suruh dia siapkan dulu bahan sebelum saya masak. Rupanya berkesan jugak strategi saya tu walaupun pada peringkat awalnya dia selalu merungut. Apa yang saya selalu cakap balik padanya, "Kalau nak belajar masak, kena kenal dulu dengan bahan bahan masakan dan siapkan bahan yang diperlukan untuk memasak." Lama kelamaan dengan sendirinya dia dah boleh tau apa bahan yang perlu dibubuh atau diperlukan untuk sesuatu masakan itu. Lagi satu yang selalu saya pesan pada dia, "Kena belajar apa apapun masakan kegemaran Girl.. Ibu bukan selamanya akan ada di dunia ini untuk masakkan makanan yang Girl suka tau".




Leganya rasa bila anak perempuan tunggal saya ni dah boleh diharapkan ke dapo sikit sikit at her age of 15 going to 16 next month. Puas jugak membebel dan melentur jari dia tu. Teringat sangat pesanan Arwah Ibu Mertuaku pada saya suatu ketika dulu.. "La, Anak perempuan jangan tak dilatih ke dapo, nanti malu muka kita. Biar setinggi mana pun pangkat dan pelajarannya, tetap perlu pandai memasak dan mau ke dapo".. Hmm.. gitulah lebih kurang bunyinya pesanan Arwah. Alhamdulillah Mak, saya dapat laksanakan pesanan Mak. Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Ya Allah.. Rindunyaa sangat.. Sudah hampir seratus hari Arwah pergi meninggalkan kami. AL FATIHAH.. 



5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Sheila..kak ros suka leeks ni.Selalu sangat beli dan hubby dah tanam tepi rumah.menjadi jugak.

Shiela said...

Wsalam Puan Ros.. waaa.. seronoknya dapat tanam leeks tepi rumah.

Unknown said...

salam Shiela, akak pun suka leeks ni selalu nya akak buat sup je campur2 carrot dan kentang sedap jugak,insyaallah lain kali buat goreng macam ni pulak..

zila norazila said...

salam syg kak shila..mising u..chumill dak farah tue..dh boleh harap dah..pandai masak cam ibu dia jgk nnt..
baru arinie tau leek tu ada 2 jenis..tq share info kak..zila pun slalu msk camnie jgk..sedappp ..lempeng tue kita trgoda dh lama btl x buat..:)
psst..set china tue chantekkk kita suka ..

Shiela said...

Bicara Kak Noor : nanti saya nak cuba cara akk jugak.. mesti sedap tu..

Zila : salam sayang juga buatmu.. will be missing u too dearie.. akak bzee sgt lately.. take care.. muahhh..