Wahhh.. Panjangnya tajuk.. Amekkoww.. hehee.. ASSALAMUALAIKUM.. Watper tu?? Cuaca Mendung jer sekarang kann.. Best jer sesejuk ni layan mata. Perot pun tak benti benti keroncong. Bila duduk duduk aritu tetiba saya teringat sangat nak makan Nasi Lemak yang dibungkus ngan daun pisang. Cam terbau bau harumnya tu. Lama betul saya tak jumpa yang bebetul sedap macam yang Mak saya buat meniaga dulu.
Nostalgia betul Nasi Lemak ni, saya membesar dengannya. Perjalanan hidup sebagai seorang anak pegawai polis berjawatan rendah dulu tidaklah mudah. Berapa jer gaji Abah dulu untuk melengkapi kehidupan kami seharian. Tak macam tanggagaji pegawai sekarang yang jauh lebih tinggi. Untuk menampung pendapatan keluarga Mak terpaksa menjual kuih muih dan nasik lemak. Ingat lagi, dulu balik sekolah kena lap daun pisang dan gunting sesiap tuk memudahkan Mak membungkus nasi lemak seawal jam 4 pagi esoknya. Zaman kanak kanak saya tak semudah kanak kanak sekarang tapi apa pun saya amat bersyukur dan itu semua adalah kenangan yang sangat manis buat saya hari ini.
Siap bab daun pisang, gunting cili dan siapkan sambal tumisnya pulak. Bila saya kenangkan balik macam tak percaya pun ada. Satu kuali besar tu saya buat sambal tumis ikan bilis untuk jualan 2 hari. Cer suruh dak Farrah tu buat arini, memang haruslah kann.. Masa itu kengkadang hati ni merungut jugak, orang lain seumur saya boleh gi main beskal ngan kengkawan pepetang tapi saya hanya di corok dapo. Kisah benar ni taww.. Menyanyat betul tapi itulah hikmahnya mungkin cukup besar buat saya hari ini.
Buat melepaskan rindu saya pada nasi lemak bungkus daun pisang Mak tu saya buatlah jugak sikit takat makan tiga beranak tapi kalini saya tengah kemaruk daun pandan kot.. hehehh.. Abih semua berdaun pandan dari CREPE PANDAN DURIAN, BENGKANG PANDAN sampailah ker NASI LEMAK PANDAN BERHALBA ni pulak. Takperlah, musim ujan ni daun pandan akak menjadilah pulak. Saya sharelah recipenya kat sini yer..
BAHAN BAHAN :
3 pot rice cooker Beras Basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
5 helai Daun Pandan dikisar dgn 2 cwn air
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis *
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis *
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis *
1 inci Halia ~~ dimayang halus *
1 sudu kecil Halba
Sedikit Minyak Jagung untuk Menumis
Sedikit Pewarna Hijau ~~ jika suka
Sedikit Pewarna Hijau ~~ jika suka
Beras tu dibasuh dan ditoskan. Daun Pandan tadi dikisar kasar jer dan perah ambil airnya. Panaskan kuali dan tumis semua bahan bertanda (*) hingga layu. Ini untuk menaikkan bau wangi dalam nasi lemak kita nanti dan juga nasi akan lebih cantek. Tak perlu banyak minyak tu, sekadar dapat melayukan tumisan sudah mencukupi. Kemudian satukan semua bahan di dalam rice cooker dan masak sehingga masak. Saya tak rendam berasmathi tu yer sebab bila masak dalam rice cooker beras tu akan terendam juga pada awalnya. Takut terlebih rendam nanti dia mudah hancur pulak. Sesekali dikacau supaya semua bahan tu sekata. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. Kalini saya buat Sambal Cumiq atas permintaan hubby.
Pernah dengar tak Sotong Cumiq ni? Biasa kat Langkawi atau kawasan yang berhampiran dengan laut ada. Saya beli kat kampung hubby. Dia anak sotong yang dikeringkan. Sedapp.. layan jer kunyahnya sampai susah nak benti selalu tu. Sebelum masak kena rendam dulu dengan air biasa sampai kembang dan lembut. Tak lama sangatlah rendamnya. Buh air lebih sikit supaya jika ada pasir akan mendak ke bawah. Bila basuh tu, angkat sotong tu perlahan lahan dan alihkan ke bekas lain dan buang air rendaman tadi yang mungkin berpasir tu. Jangan digaul balik dengan air rendaman tu takut pasir tu akan ikut naik balik. Pastu baru bilas sotong tadi. Biasanya saya ulang rendam ni 2-3 kali dan bilas. Insyaallah takkan ada masalah berpasir.
Bila dah bersih sotong tu bolehlah kita buat sambal tumis. Rasanya semua tau kan nak buat sambal tumis. Cuma satu pesan saya untuk mendapat sambal tumis yang sedap, pastikan bawang tumbuk atau kisar yang ditumis tu ditumis sampai keperangan baru masuk cili mesin pulak. Masa tumis cili tu masukkan sedikit garam supaya dia garing cantek. Api kena kecik jer dan biar dia garing perlahan lahan. Dikacau selalu, jangan sampai cili tu hangit. Kalau cili tu tak masak betul atau hangit itulah kegagalan besar dalam membuat Sambal. Pastu masukkan air asam jawa, sotong dan bawang hiris. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bawang tumbuk atau kisar tu tadi pun sangat penting. Kalau tak, tak sedap rasa sambal tu dan jangan bubuh banyak sangat bawang putih. Saya biasa buh seulas kecik jer.
Buah Rambutanku yang membuahkan hasilnya tahun ini.. Alhamdulillah..
Sebagai pelengkap saya buh togeder geder dalam bungkusan daun pisang tu ikan bilis goreng, telur rebus yang dibelah 4 dan hirisan timun. Apa yang ada dalam dapo tu jerlah, janji hilang kempunan saya tu. Bila nak makan, bukak jer daun pisang ituuu, Wallahwehhhh.. tak dapat nak kugambarkan keharumannya.. Puas rasa tekak sampai ke hati ni.. hehee.. Kalau nak gi piknik cuti cuti ni buat camni pun best kann.. Senang takyah basuh pinggan. Sesuailah sangat sangat.
Okaylah.. Buat makluman semua, mungkin ini adalah N3 terakhir saya buat bulan dan juga tahun ini.. Mungkin yer.. Saya nak berehat seketika sambil menguruskan segala yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam hidup saya. Insyaallah ada rezeki, ada masa saya tampil lagi dan berkongsi lagi buat teman teman yang saya kasihi. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan saya dan jua maafkan sekiranya ada salah dan silap yang pernah saya lakukan walaupun tanpa sedar di laman ini. Apapun segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya, hambanya yang serba kekurangan. Jumpa lagi.. Kalau tak berkesempatan bertemu di sini lagi bagi tahun ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 juga buat semua.. Luv uol.. Muahhh.. :)