Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua. Dalam sedar tak sedar kita sudah menghampiri penghujung Ramadhan rupanya. Insyaallah tak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. Bagi saya entahlah.. ala kadar jer lah nampaknya. Hebat sungguh dugaan Ramadhan saya kali ni. Pertamanya, dikejutkan dengan berita Mak saya tidak dapat melihat dan yang terbaru ni pada tanggal 23 Ramadhan baru ni Ibu Mertua saya pula kembali ke Rahmatullah. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al Fatihah.
Gambar Arwah yg ada dlm simpanan bersama SIL pada Eid fitri yg lalu.. kini tinggal kenangan.. Al Fatihah.. :'(
Di kala saya sedang sibuk menyediakan juadah berbuka inilah tetiba hubby mendapat panggilan dari salah seorang kakaknya mengenai kondisi Maknya yang kurang sihat. Hubby pun bergegas pulang seorang dulu memandangkan masih banyak urusan yang terbengkalai di rumah. Besok pun anak nak ke sekolah. Kami sangka sekadar demam dan sakit biasa jer. Tetiba belum pun sempat waktu berbuka, saya dapat panggilan dari hubby yang masih dalam perjalanan berkata dengan sebaknya, "Mak dah tak ada".. Innalillahi wa innailaihi rojiun.. Memang sungguh tak disangka sangka sebab kami baru jer aritu balik berbuka puasa dengan arwah. Beliau masih nampak sihat dan riang bercerita. Tapi tulah, kalau memang sudah itu ketentuanNYA tiada siapa yang boleh merubahnya. Hanya Redha dengan ujian ini. Hubby yang sangat terpukul dengan ujian ini. Hingga ke hari ini kesedihan itu masih jelas terpancar di raut wajahnya. Kehilangan seorang ibu yang sangat penyayang tatkala Eid Fitri menjelang tiba. Bayangkanlah.. Kami tak sempat Mak, nak beraya dan bermaafan dengan Mak pada raya kalini. Harap Mak ampunkanlah jika ada dosa dan salah silap kami selama ini. Jasa baik Mak selama ini tak pernah saya lupakan hingga menjaga dan mengurut saya ketika dalam pantang tatkala melahirkan anak saya. Tatkala ditimpa berbagai musibah juga, Mak juga tempat kami mengadu dan selalu cakap, "Doakan kami yer Mak".. dan yang pasti Mak akan terus menjawab, "Yer.. Mak doakan.. Mak akan sentiasa doakan tiap kali lepas Mak Solat".. Allahhuakbarrr.. Ya Allah.. Tempatkanlahnya ditempat yang terbaik di sisimu. Ameen..
Oleh kerana terlalu banyak hal yang mendatang, N3 ni pun tertunda juga. Agak banyak hari juga saya tak sempat nak menjenguk ke sini. Kaylah.. Jomlah saya sharekan resepi PULUT UDANG & NASI KACANG PARPU ni dulu. Pasni saya nak sambung mengukis sikit. Banyak lagi dalam list tu, tahlah sempat ker tak. Semalam baru sempat buat sekut Dahlia jer sejenis. Kalau tak sempat, apa yang ada jerlah nampaknya. PULUT UDANG tu sempoi jer, saya guna inti Coqbadaq yang ada lebih aritu. Sama jer intinya tu. Boleh refer kat N3 COQBADAK ni untuk melihat resepinya. Bagi resepi dan cara mengukus pulutnya pula boleh refer kat N3 SERIMUKA ni pula dan ikut bahagian pulut tu. Boleh yer.. Saya kesuntukan masa nak kopipes. Selepas itu, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti dengan intinya dan dimampatkan sedikit membentuk bulat memanjang. Kemudian digulung dan disematkan dengan lidi tajam untuk mengekalkan bentuk dan kemampatannya tu. Akhir sekali dipanggang hingga agak garing keliling pulut tu dan dibalik balikkan selalu supaya masak sekata.
Bagi NASI KACANG PARPU @ DHAL ni pula lebih kurang macam saya masak nasi lemak juga. Cuma yang ni saya rebus dulu kacang parpu atau dhal tu hingga kembang dan empuk, kemudiannya di masak bersama nasi tu. Resepinya as below ;)
~~ BAHAN BAHAN ~~
4 cawan Beras ** Saya guna basmathi
Segenggam Kacang Parpu @ Dhal
200 ml Santan Kotak ** Ayam brand
5 cawan Air ** adjust ikut jenis beras yg diguna
2 ulas Bawang Putih ** hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ** hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ** dihiris nipis
1 inci Halia ** dimayang halus
2 helai Daun Pandan ** disiat n disimpul
1 inci Halia ** diketuk
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis ** Saya guna Myk Jagung
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Serbuk Kunyit
Daun Pisang ** Jika ada
Mula mula kita rebus dulu kacang parpu atau dhal tu hingga kembang dan empuk. Beras tu dibasuh dan ditoskan. Kemudian satukan dengan kacang parpu, santan, air, garam, serbuk kunyit daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam peruik yang bersesuaian atau rice cooker. Sementara tu tumis bawang bawang yang dihiris dan halia yang dimayang tadi dengan sedikit minyak hingga agak agak layu. Ni memang cara saya buat nasi lemak. Suka cara camni sebab akan lebih wangi baunya. Kemudian tuang jer ke dalam periuk nasi dengan minyak tu sekali tadi dan masaklah hingga masak. Sesekali dikacau supaya ia masak sekata. Setelah siap dimasak, boleh dihidangkan. Enak sekali dimakan dengan Sambal tumis giteww.. Saya buat Sambal tumis sotong jer aritu. Selamat Mencuba..
6 comments:
salam takziah buat keluarga awak. Terharu sungguh takala menyelang eid. Tapi betul tu ketentuan Allah seperti kawan saya yang kehilangan ibundo akibat di bunuh dalm rumah sehari berpuasa...nie mmg tragis. Semuga arwah di tempatkan di kalangan yang beriman...amin.
Alfatihah buat arwah. Semuga rohnya dicucuri rahmat.
Buat shiela, selamat menyambut hari raya walaupun hari raya tahun ini tidak sama seperti yang lepas lepas.
Salam Takziah utk Shiela & keluarga.
Segalanya sudah ketentuanNya, semoga keluarga yg ditinggalkan tetap sabar & tabah dlm menghadapinya.
CitarasaKu : ameenn.. sungguh tragis kisah itu.. Al fatihah..
ibundo : terima kasih.. Selamat Hari Raya juga buat bundo sekeluarga yer..
Zubedah : terima kasih my dear..
Post a Comment