Wednesday, 25 July 2012

IFTAR kami.. LAKSA JOHOR..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah hari ni sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Mudah mudahan segala amalan kita di Ramadhan yang mulia ni diterima Allah dan juga mendapat pengampunan dariNYA. Ameen.. Bila tiba Ramadhan, kepala si ibu akan mulalah berputar putar memikirkan apa menu nak disediakan untuk dijadikan juadah berbuka buat keluarganya nanti. Begitulah juga saya, tapi napa eak? Mungkin memang itulah rasminya yang telah kita semua lalui turun temurun. Macam macam menu nak disediakan tapi janganlah sampai membazir pulak kan. Sayang pada rezeki yang Allah taala berikan pada kita tu jika sampai terbuang.




Juadah berbuka kali ini yang saya ingin berkongsi adalah sejenis Laksa yang sangat saya suka dan tak pernah jemu jemu. Lama betul saya tak makan LAKSA JOHOR ni. Kalau tak silap saya kali terakhir saya makan masa raya tahun lepas. Kat tempat saya tinggal ni agak susah nak cari Laksa Johor ni. Yerlah, dah nama pun Negeri Sembilan, mana gayanya nak ada Laksa Johor. So, kalau tekak tu dah kepingin sangat terpaksalah kayuh sendiri. Tapi camner pun, memang puas hati dan berbaloi baloi jika buat sendiri. Gambar untuk N3 ni saya sendiri tak berapa puas hati. Maklumlah dah petang petang baru dapat snap. Cahaya pun tak berapa cukup. Ni jerlah yang terbaek dapat saya hasilkan. Kalau nak hidangkan kala awal dan masih cerah nanti kembang pulak. Resepi ni adalah mengikut citarasa saya dan dari apa yang saya reti. Jika ada yang berminat untuk mencuba, mohler kita nengok. Mata kawan pun dah nak layu ni, maklumlah seawal pagi dah bangun masak untuk sahur.




BAHAN BAHAN :
500 gm Ikan Parang ~~ ikan Tenggiri pun boleh
200 gm Udang ~~ buang kulit, bersihkan
1 sudu besar Udang Kering *
1 biji Bawang Besar *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Lengkuas ~~ dihiris
3 batang Serai ~~ dititik
50 gm Rempah Kari Seafood Mak Siti @ rempah kari daging
400 ml Santan ~~ Saya guna santan kotak Ayam brand
2 sudu besar Kerisik
1-2 keping Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Minyak untuk Menumis
Sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga Lawang
Sedikit Daun Kesum
Sedikit Daun Pudina
Sedikit Daun Selasih 
Beberapa kuntum Bunga Kantan
Sedikit Taugeh
2-3 tangkai Kacang Panjang ~~pilih yg muda
5-6 biji Limau Kasturi
Cili Merah, Cili kering n cili api utk sambal lada




Mula mula rebus ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan asam keping. Setelah masak diasingkan isi dan tulangnya. Tunggu sejuk dulu yer baru diasingkan tu, PANAS!!. Kemudian blend sekali isi ikan dan udang yang telah dibuang kulit tadi hingga halus. Blend menggunakan air rebusan tadi yer. Kulit udang tu juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan ikan tadi untuk mendapatkan stoknya. Tulang ikan dan kulit udang tu pula diblend juga dengan air rebusan tadi dan ditapis, ambil stoknya. Ketepikan.

Blend halus semua bahan yang bertanda (*). Jika masih ada stok atau air rebusan tadi, blend menggunakan tu jer. Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian dan tumis serai yang dititik tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang dulu. Setelah naik bau, masukkan bahan bumbu yang diblend tadi. Tumiskan hingga garing dan selepas itu masukkan rempah kari yang telah dibancuh menjadi pes. Masukkan sedikit garam dulu supaya rempah tidak mudah hangit dan cantek garingnya. Api pun jangan kuat sangat, biar rempah tu garing rata dengan perlahan hingga naik bau.Yang ni sangat penting bagi masakan yang menggunakan rempah kari. Kalau kari tu tak masak betul memang hancolah segalanya, cam rasa minyak urat kuah tu nanti. 




Selepas itu masukkan ikan dan udang yang telah diblend tadi dan juga segala stok yang ada. Masukkan juga asam keping dan lengkuas. Lengkuas ni boleh juga jika nak diblend sekali dengan bawang tadi tapi posa posa ni baik toksah lah, takut ada yang tak tahan pewwot pulak. Memadailah dengan dihiris jer, pun dah sodap tu. Biar masak seketika bahan dalam periuk tu. Kemudian masukkan santan dan juga kerisik. Boleh masukkan air jika perlu mengikut citarasa memasing takat mana nak kepekatannya. Kuah laksa Johor ni memang kena pekat sikit kuahnya, barulah ada kick. Akhir sekali masukkan sedikit daun kesum dan bunga kantan yang dibelah dua. Rasa asam dan garamnya, jika semuanya dah perfecto kira jadilaa sudah kuah laksa kita. Paling bagus jika kuah ini dapat direneh lebih lama dengan api perlahan di atas dapo supaya semua bahan mesra dan sebati. Kalau ada lebih kuahnya tu jangan dibuang, frozenkan.. Makin lama akan makin sedap rasanya. 




Masak air dan rebus 1 packet spaghetti (berapa gm lupa laa pulak, plastiknya dah dibuang) atau banyak mana yang diperlukan bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Kalau takder minyak zaitun guna margerin pun boleh, supaya tidak melekat nanti. Setelah betul betul kembang dan boleh diputuskan dengan jari, toskan spaghetti dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau margerin supaya spaghetti tidak kering dan mengeras. Sebaiknya juga disimpan dalam bekas yang bertutup. Selepas itu kita siapkan pula bahan ulam ulaman untuk dimakan bersama Laksa ini. Uniknya laksa ini, ianya dimakan dengan ulam ulaman mentah. Memang terbaik dan sangatlah berkhasiat. Antara yang digunakan Bunga Kantan, Daun Kesum, Daun Pudina, Daun Selasih, Kacang Panjang, Bawang Besar, Taugeh dan juga Timun. Semua bahan ini dihiris nipis dan halus kecuali Taugehlah, cuma dibuang ekornya jer. Timun tu pula cara memotongnya pun sungguh unik, dipotong nipis kelilingnya dulu dan kemudian barulah dihiris nipis. Boleh lihat gambar di atas.




Hmm.. masa saya memula tau pun terkedu saya melihatnya. Resepi ni saya dapat dari jiran lama kami dulu. Lama sangat dahh.. Nama dia pun saya dah lupa. Kalau tak silap saya masa tu saya masih dibangku sekolah rendah. Mula dapat merasa dari semangkuk yang dihantar ke rumah kami. Bila dah terasa kesedapannya, Mak saya pun cubalah risik risik tanya camner nak buat laksa ni. Maklumlah, Mak orang Penang.. Walaupun Abah saya anak jati Johor tapi orang lelaki dulu manalaa tau nak masak. Lainlah sekarang, lelaki memasak ala ala MasterChef dah. Alhamdulillah.. dapat jugak resepinya dan hingga ke hari ini kami sekeluarga sangat puas dapat membuat Laksa ni sendiri. Cuma bila dah lelama saya cuba upgrade lah sikit seperti menggunakan isi udang dan ikan parang tu. Semestinya yang terbaik untuk hidangan keluarga tercinta. Owh ya!.. Lagi satu bahan penting kena ada untuk menikmati Laksa Johor ni, Sambai Belacan laa.. baru laa terangkettt.. Perah limau pulak sikit.. Hadoyyy.. Awak lalu ler belakang yer.. memang kompom kawan tak akan nampak.. kehkehkehh.. Cara makan dia pulak kena guna tangan. Haa.. baru betoi gitu.. Macam yang dapat dirakamkan ketika suamiku menikmati Laksa Johor dari air tangan isterinya ini. Hilang rasa penat lelah di dapur bila memandangnya beria ia makan.. :)




Oooppss.. Lupa pulak nak cakap.. Maaf yer warga Johor yang cakap saya merosakkan keaslian Laksa Johor ni dengan meletakkan bunga kantan dalam ulaman dan kuah tu. Bukan begitu niat saya, walhal saya sendiri juga anak Orang Johor tetapi sebagai seorang isteri kekadang bila memasak tu saya terpaksa akur dengan citarasa suami. Apapun saya rasa perkara ni sangat subjektif. Terpulanglah pada citarasa memasing. Bukan semua orang juga dapat menerima semua ulaman tu kerana selera dan citarasa memasing tak sama.

Okaylah.. Japgi saya dah nak kena masuk opis ni. Apa menu arini pun belum dapat ilham lagi. Apa apapun, saya ucapkan Selamat Mencuba dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa juga buat teman teman yang beragama islam. Moga kita semua mendapat keberkatan  dan pengampunan dari ALLAH SWT. Ameen.. Ya Rabbal A'laminn..


10 comments:

Anonymous said...

sedapnya, saya bukan peminat laksa johor tapi bila tgk ni, alahai terliur lah pulak hehe

Azian Nd said...

Salam Sheila..lama dah tak makan laksa Johor...teringinla pulak bila tgk...

Unknown said...

sedapnya nampak laksa johor ni mesti nak buat jugak utk raya nanti...

Mamasya said...

Salam sis. mengancam nengok laksa Johor tu....antara favorit sy. betul tu nak sedap kena mkn dg sambal belacan....perah limau....walla...

Shiela said...

Wsalam Semua.. :)

Terima kasih Tina, Azian, Azie, Kak Noor dan Mamasya sudi singgah.. Memang bagi selera saya sedap sangat Laksa Johor ni.. Cubalah.. Selamat Berpuasa..

Nur-nba said...

Wah berselera tengok laksa Johor akak.. kebetulan semalam Nur berbuka dengan menu yg sama.. :)

Shiela said...

yeker Nur.. sedap kan Laksa Johor ni.. :-)

mamazulaikha said...

Wah....terliur tengok laksa johor ni....

Lizs said...

Cantik rupanya tentu sedap rasanya...

Zoey R said...

Grateful for sharing this