Friday, 27 January 2012

BLACK FOREST CAKE


Assalamualaikum  :)


Salam Jumaat juga buat semua kengkawan yang sudi singgah kat dapo saya ni. Arini kejadiannya Cake Utan Itam laa lagi nampaknya. Tak sudah sudah anak saya dok merengek suh buad cake ni lagi. Nak buad yang lain pon tak dapat. Suka sangat pulak dia pada cake ni. Festaim saya nengok dia makan cake cenggini, tak berenti berenti keja mengulang. Selalu tu dia makanlaa jugak, tapi taklah sampai berkali kali sehari. Apa yang sedap sangat tahlaa.. Kejap kejap, "buu.. buuu.. nak cake".. duhh.. naik lemas dibuatnya.





Resepi dia sama jer macam yang saya buat sebelum ni cuma kali ni saya ada add sikit chocolate emulco dalam whipping cream tu. Kononnya nak bagi forest tu black lagi laa.. hehee.. Saya tulis gaklaa recipe tu kat sini yer.. saja jer.. bukan payah pon.. :)




BAHAN BAHAN :
120gm Gula Kaster
100gm Superfine Flour
30gm Serbuk Koko
4 biji Telur
20gm Ovellate
30gm Air Masak
1 sudu teh Esen Vanilla
50gm Butter yg dicairkan




HIASAN :
500 ml Non Dairy Whipping Cream
2 tsp Choc Emulco
Blueberry filling
Fresh cherry
Cooking Choc (diparut)




CARA CARA :
Campurkan semua bahan kecuali butter. Pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang dan sebati. Masukkan butter yg telah dicairkan dan disejukkan dulu dan putar perlahan. Gris atau alaskan loyang dgn kertas minyak. Bakar 160'c selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek, potong kepada 3 lapisan. Kali ni saya cuba praktikkan dgn menggunakan benang jahit utk memotong cake tu kepada tiga lapisan tu. Alhamdullillah.. mudah dan cantek juga. Cuma, kita kena pastikan juga kedudukan benang tu tidak berganjak atau lari semasa kita menarek benang utk memotong tu.




Pukul lebih kurang 500 ml whipping cream dgn choc emulco atau mengikut keperluan deco memasing hingga bertanduk atau soft peak. Jgn pukul terlebeh.. bila dah elok bertanduk, stop.. kalau tidak nanti dia akan cair balik dan susah nak deco. Sapu lapisan cake yang pertama tadi dengan bluberry filling dulu. Ikut suka laa nak banyak atau manis takat mana. Saya buh nipis jer.. tak suka memanis. Kemudian diikuti dengan whipping cream. Lapiskan dengan lapisan cake yang kedua dan ulangi hingga lapisan seterusnya. Setelah siap ketiga tiga lapisan cake tu saya masukkan seketika dalam peti sejuk supaya whipping cream tu keras sikit dan senang untuk disalut keseluruhannya nanti. Seterusnya, bolehlah dideco atau hias mengikut creativity memasing.



Selamat Mencuba  :)



 Jom kita makan.. Nyum nyumm  ;P


13 comments:

rahel said...

Sssssssssssssst..alamak canteknya kek utan tebal tu...sayang nak mkn..kena buat perhiasan je..

khairiah khaizu said...

cantiknya...dan nampak menyelerakan...I LOVE CAKE...muahhhh

garlutti said...

Ia adalah kek yang cantik .. Saya suka ceri ... satu gambar yang sangat cantik bsssMARIMI

MANISMANIS said...

cantik....pintar motongnya pakai benang..rapi...

Shiela said...

Terima kaseh semua.. :)

nurul huda said...

first time melawat blog akak niee... dah terliur dah nie taw.. hehehe.. nampak sedap je taw kek akak tu.. cantek pulak tuh.. nanti ada masa boleh lah huda try pulak.. :DD

Shiela said...

maseh huda.. selamat mencuba yer.. :)

Rum said...

Babe...siyes santek presentation cake mu...thumbs up for the work well done beb!!

Shiela said...

seyes maseh Rum bebeh.. :)

Kak Noor said...

Sedapnya... terliur akak tengok. Buat kek ni memerlukan kreativiti, ketekunan, dan minat yang mendalam, baru jadi elok macam ini. Kalau tengok resepi memang mudah, tapi untuk membuatnya bagi orang yang tak pakar memang sukar sedikit. Akak beli dan order aje Sheila. Kalau buat tak menjadi rugi juga kan! Nanti nak order daripada Sheila, boleh tak?

Shiela said...

alaa..haii.. Kak Noor malu lak saya.. tak berani laa nak amik order.. takat buat utk family bolehlaa.. hehee..

Ummi said...

Aduhaaaii Sheila...ni tayangan kiijaaam taaauu...patutnya kena hantar kat akak sikit BFC ni...akak x terbuat2 lgk..maleh nak lelama kat dapur..kalu buat kek pun, taram yg senang2 jer...hehehe

Shiela said...

Ampunnnnnn Sis Ummi.. tklah kijaaamm sgt.. cuma kek ni mmg sedap gilerrrr.. kata dorang yg makanlah.. ngeeeee... :D