Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu semua.. :)
Apa khabar anda semua harini? Saya.. tengah mood sedeylaa pasal besok dah nak kena anta anak tunggal kesayangan saya ke boarding school.. Camner laa hari hari nak kulalui tanpa dia nanti.. Membayangkan bila balik dari anta dia nanti, rumah akan bertukar sunyi sepi dan bila masuk pula ke biliknya.. duhhh.. sedehnyerr.. tapi apakan daya, memang inilah putaran hidupkan. Terpaksalah terima kenyataan dan cuba biasakan diri pelan pelan.
Pagi tadi ke Pasar Besar, ingat nak masaklaa masakan kegemarannya sebelum dia pergi besok. Ikan tak berapa banyak pulak ada, cuma kepala ikan Jenahak jer yang menambat hati ni. Apa lagi? Masakkan Kari jerlaa.. tupon yang anak bertuah ku tu suka. Tapi arini, selera dia tak seperti selalu. Macam tak berapa selera jer.. Ibu faham.. gurl pon sedey kann.. Demi masa depan yang lebih baik, kita cubalaa samasama berkorban yer anakku.. huisshh.. Tuhan jer yang tau dalam ati perot ni betapa berkecamuknya.
Takperlah.. mehlaa nengok Menu saya arini pulak.. Kari Kepala Ikan, Sayur Buncis goreng ngan telor dan Papadom goreng. Jadilaa untuk kami 3 beranak. Alhamdulillah.. syukur.. :)
Ni BAHAN BAHAN yang saya gunakan :
1 Kepala Ikan Jenahak
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan kotak (Ayam Brand)
1 liter Air
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar Beras tumbuk
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
CARA CARA :
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut. Sebaik baiknya ia dicuci dgn cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. Kepala Ikan tu juga bolehlah dipotong mengikut citarasa memasing. Saya belah dua jer.
Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dgn cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Rempah kena garing betul betul yer, kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita. Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dgn baik. Beras tumbuk tu juga dah boleh dimasukkan.
Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing. Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.. ;P
~~Selamat Mencuba~~
2 comments:
Nice block and tempting curry..suka ikan jenahak ni..
Thanx Paty.. :)
Post a Comment