Wednesday, 22 May 2013

MEE BANDUNG SPICES JOURNEY



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.. Lama betul saya tak update kan. Agak sibuk sikit dengan tempahan dan tugasan harian. Dapur kengkawan pun tak sempat saya nak skodeng sangat. Jangan majuk yer.. Ada kelapangan pasti saya singgah nanti. Semua tugasan saya terpaksa lakukan sendiri hingga kengkadang tak terkejar rasanya jam yang berputar tu. Apapun alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah SWT buat saya. Syukurr..

Since ada sedikit masa harini saya ingin share resepi MEE BANDUNG cara saya sendiri yang selalu saya buat mengikut Citarasa saya. Memang saya rekomen betul pada kengkawan yang suka makan Mee Bandung untuk mencubanya. Insyaallah tak menyesal, cuma kena rajinlah sikit yer.. Okaylah, saya pun takleh bebel banyak banyak, kejap lagi dah ada kerja menanti. Kita go straight to the recipe yer.. 




BAHAN-BAHAN :

1 kg Mee Kuning
100 gm Udang kering (dikisar)
2 biji Bawang Besar (dikisar)
5 sudu besar Cili Mesin
10-15 Bawang Merah  (dihiris dan digoreng)
3 ulas Bawang Putih (2 dikisar dan 1 lagi dihiris utk digoreng)
100 gm Kacang Tanah (disangai, dibuang kulit dan dikisar)
Daging, Udang & Sotong Segar
Sayuran seperti Sawi & Kobis 
Sedikit Air Asam Jawa
1-2 biji Buah Tomato (dibelah 4)
Sedikit Cili Api (diketuk)
Sedikit Cili Hijau (dihiris utk hiasan)
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak utk menumis & Menggoreng
Tauhu (digoreng dan dihiris)
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris)
Telor (ikut berapa biji nak)




CARA-CARA :

- Tumis udang kering hingga garing dan naik bau.
- Masuk bawang besar dan bawang putih yang dikisar dan biarkan garing.
- Masuk cili kering dan kacau sehingga agak garing
- Masuk hirisan daging dan biarkan empuk.
- Masuk pula kacang tanah dan air biar dia kembang sedikit supaya kuah pekat.
- Masuk air asam jawa tadi diikuti dgn bawang goreng dan seafood.
- Masuk cili api, garam dan gula.
- Pecahkan telur sebiji sebiji ikutlah nak berapa banyak.
- Biarkan menggelegak dan masuk mee dan sayuran. Masak seketika dan angkat.
- Hias dengan bawang goreng, cili hijau dan tauhu goreng.


SELAMAT MENCUBA.. (-;



Thursday, 9 May 2013

RED VELVET CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum dan Salam Sayang buat Semua. Agak lama jugak kan saya tak update sebarang N3 kann.. Rindu jugak rasanya cuma saya agak sibuk kebelakangan ni dengan tempahan tempahan dari teman teman. Alhamdulillahh.. Rezeki dari Allah SWT. Terima kasih juga pada semua yang membuat tempahan. Harap berpuas hatilah dengan apa yang saya usahakan sebaik mungkin itu.

Sebagai menepati janji saya pada teman teman pada N3 ini saya akan kongsikan resepi RED VELVET CHEESE BROWNIES yang sangat ngetop permintaannya sekarang. Resepi ini adalah dari olahan saya sendiri setelah beberapa kali juga  try an error. Alhamdulillah feedback dari pelanggan pelanggan saya semuanya amat positif dan sangat berpuas hati. Kalau ada yang nak mencuba bolehlah rujuk resepi di bawah.




BAHAN BROWNIES :

250gm High Grade Butter (used SCS)
1/2 cawan Minyak Jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
200 ml Natural Yoghurt
1 1/4 cawan Gula Kaster
2 biji Telur Grade A
2 cawan Tepung Cake
1 sudu teh Pure Vanilla ekstrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka/Lemon Juice
1 sudu teh Wilton Red gel paste 

Note : Tepung Cake BUKAN Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour yer. Jangan SILAP nanti lain texturenya. Sebaiknya kita buat sendiri Tepung Cake, bagi sukatan 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung gandum. Ayak sebelum digunakan. Kandungan tepung jagung dalam Cake yang membuat rasanya lebih sedap. Selain itu pastikan menggunakan bahan yang berqualiti untuk mendapatkan Cake yang betul betul sedap.




CARA CARANYA :

Cairkan mentega dan minyak jagung (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar. Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko. Dengan menggunakan elektrik mixer, pukul gula kaster dan telur hingga sebati. Masukkan mentega dan minyak jagung yang telah dicairkan tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan yoghurt yang telah dibancuh dengan gel pewarna merah, pukul sebentar hingga mesra. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang vanilla extract, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 2-3 sudu besar untuk dibuat corak atas cheese tu nanti. Akhir sekali, campurkan soda bicarbornat dan cuka/lemon juice di dalam bekas kecil, kacau dan tuang cepat cepat ke dalam adunan. Gaul rata dengan pantas, tuang ke dalam loyang 4 segi bersaiz 9"x9" atau 10"x10" dan terus bakar dalam 40-50 minit pada suhu 175C (bergantung pada kapasiti oven masing masing) atau hingga brownies masak. Sementara menanti brownies masak kita boleh terus sediakan Lapisan Cheese.




BAHAN LAPISAN CHEESE :

350 gm Cream Cheese
1 cawan Gula Icing
1 biji Telur gred A
1 sudu besar jus Lemon

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. Tak perlu sejukkan brownies itu. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan kemudian lorekkan mengikut creativity memasing. Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul betul sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan.