Thursday 14 March 2013

TOMYAM SEAFOOD SPAGHETTI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hmm.. banyak hari juga saya tak menghapdet blog ni. Tahlaa nape mood lemau betul. Asal ngadap jer lappy usang ni nak lelap. Apalah masalahnya agaknya, faktor usia ke faktor cuaca pun tak taulah. hehehh..

Bila dah tinggal berdua ni, kengkadang tu naik buntu gak apa yang nak dimasak. Asyik makan benda yang sama setiap hari pun jemu jugak rasanya. Saya pun sajalah menerai nerai masak Spaghetti menggunakan pes tomyam yang memang dah sedia ada dalam fridge saya tu. Mixed seafood tu saya guna yang frozen dari Jaya Groceries. Tu pun samalah, stock dah dalam simpanan hamba. Apa yang ada jerlah kan.. Sebelum ni saya pernahlah makan Spaghetti gini kat Secret Recipe. Not bad juga rasanya, tu yang saya membuat saya teruja nak membuatnya sendiri tapi resepi ni saya main agak agak jerlah sendiri. Takkan nak mintak dari SR kann.. Alhamdulillah tidak mengecewakanlah, rasanya lagi sedap dari SR kot.. ahakkss.. Masuk lif tekan sendirilaa pulakk.. hehee.. bagi tekak saya laa.. Hubby saya yang sangat cerewet tu pun cakap sedap, kira oklaa gamaknya. Saya meriahkan lagi dengan daun basil yang kebetulan tengah tumbuh subur di laman herba saya tu. Kalau nak cuba, meh sini rapat rapat saya sharekan recipenya.




BAHAN BAHAN :

300 gm Spaghetti
200 gm Mixed Seafood
2 sudu besar Pes Tomyam
1 labu Bawang Besar Holland/Kuning
5 ulas Bawang Putih
5-7 tangkai Cili Padi 
1-2 sudu besar Jus Lemon
1 sudu besar Butter + Olive Oil utk Menumis
Sedikit Brocoli ~~ jika ada
Segenggam Daun Basil/Selasih
Garam Secukup Rasa




Rebus Spaghetti bersama sedikit garam hingga lembut. Tak perlu bubuh minyak zaitun dalam air rebusan tu sebab kita nak masukkan dalam bahan tumisan terus nanti. Dengan cara ini segala rasa akan serap lebih baik ke dalam spaghetti tu. Sambil tu kita bolehlah sediakan pan dan panaskan sedikit minyak zaitun dengan butter untuk menumis. Tumis bawang besar holland dan bawang putih yang dicincang halus hingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan pes tomyam dan cilipadi yang dihiris, masak sebentar. Selepas tu masukkan mixed seafood dan masak hingga masak jer. Tak perlu lama sangat sebab seafood akan liat jika dimasak lama sangat. Perisakan dengan sedikit garam dan masukkan spaghetti yang telah ditoskan. Kecilkan api dan gaul rata hingga bahan tumisan mesra pada spaghetti tu. Taburkan daun basil atau selasih secukupnya dan brocoli yang telah dicelur. Masukkan jus lemon, kacau rata dan perisakan dengan garam secukupnya. Tak perlu banyak sangat garam, rasa dulu sebab kengkadang pes tomyam tu pun sudah ada sedikit garam di dalamnya. Siap dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. (",)





10 comments:

Azie Kitchen said...

Terbaeeek lah sahabat ku

Amie said...

Wallaa Sheila cayangggg.... nampak tu hasil tanaman dia dah boleh dituai!
Satu lagi... memang Sheila punya deria rasa yang sungguh tajam, boleh buat sendiri hanya dengan merasa, tak payah korek rahsia dari SR.... tabik... kagummm! Sheila dianugerahi kelebihan yang jarang ada pada orang lain!!!

ummiakid-lily said...

walla weiii....sedapnya...thanks sebab share resepi ni. Nanti boleh cuba...

Tgk pokok selasih tu....rindunya kat pokok saya kat kuantan...kat sini x dpt nak tanam, tak ader ruang...huhuhh

Unknown said...

aduh sedapnya tengok yg celah2 spaghetti tu yg merah tu hahaa besttt mesti nak try jugak sbb kat rumah akak ni mmg hantu tomyam dan daun selasih tu bekenan sngt kat umah ada gak boleh tiru Sheila nanti heee

Marsita Yahya said...

Shiela, sebelah basil tu daun apa, taragon ke atau rosemary...mana dapat benih ya?

Ayam said...

As salam sheila..nampak segar pokok basil tu kat tepi tu pokok rosemarry hehe.

suryabil said...

Salam kak...mguda tomyam spageti tu....blh ku terai nnti :-D

Shiela said...

Azie Kitchen : tq dear.. :)

Amie : Alhamdulillah.. Saya bukan pandai sgt, main agak agak jer cayang.. Tekak sendiri lepaslaa.. :)

Lily : Cubalah dear.. Sedap jugak sesekali tukar selera dear..

Kak Noor : Selamat mencuba yer..

Marsita : sebelah basil tu rosemary.. Saya beli dari nursery.

Noor Yusoff : Alhamdulillah.. Harap terus segar.

Suri Abil : terai jgn tak terai Suri.. Sedap taww.. :)

Gee® said...

sedapnyaaa....

Puteri Manja said...

Kak shiela putri tak tau pun akak ada blog ni...thks alot dah bawa putri kerr mari...^__^