Saturday 9 March 2013

CARROT CUPCAKES LATEST VERSION



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap belum terlewat juga untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita buat semua Wanita. Moga terus success dalam apa jua yang diceburi, tabah menghadapi kehidupan ini dan bersama kita menjadi insan solehah.

Seperti yang dijanjikan pada N3 yang lepas, saya akan kongsikan recipe CARROT CUPCAKE versi yang terbaru. Sebelum ni saya pernah juga buat Carrot Cake, boleh rujuk SINI. Based on pengalaman yang lepas lepas saya cuba memperbaiki lagi rasanya mengikut citarasa saya. Alhamdulillah lebih sedap rasanya cuma pada kalini saya memilih untuk membuat dalam cup supaya senang untuk dikendalikan dan juga mudah untuk serve buat tetamu tempohari. So, recipenya as belows (;




BAHAN BAHAN :

300 gm Carrot ~~ di parut halus
250 gm Tepung Gandum 
200 gm Gula Perang 
50 gm Gula Castor
250 gm Butter (cairkan) 
100 gm Kacang Walnut
3/4 cawan Susu Cair  
4 biji Telur Size A
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bicarbonat 
1 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu manis
1 sudu kecil Serbuk Nutmeg @ Buah Pala




CARA CARA :

Sediakan Cup yang bersesuaian secukupnya. Anggaran dalam 20 pcs size sederhana.

Panaskan oven pada suhu 170C selama 10-15min. Bakar @ Panggang dulu sedikit dalam oven kacang walnut selama lebih kurang 5 minit dan dicincang.

Ayakkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, soda dan baking powder bersama. 

Pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yang telah dicairkan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Selepas itu masukkan susu cair dan pukul sebentar. Seterusnya masukkan carrot yang diparut halus dan kacang walnut yang dicincang. Kemudian gaul hingga sekata.

Tuangkan ke dalam cup anggaran dalam 3/4 penuh. Bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing. Sejukkan kek sebentar dulu di atas wire rack sebelum dibubuh Cheese Frosting.




Untuk CHEESE FROSTING pulak saya cuba cara EYNA HANEYNA. Mudah, tak muak sangat dengan rasa cheese cam selalu tu dan juga mudah untuk di deco sebab ada campuran Non dairy Whipping Cream. Terima kasih atas perkongsian Eyna, cuma akak ada adjustkan sikit untuk mendapatkan rasa more Cheesy.


TOPPING CREAMCHEESE WITH FRESH CREAM :

250 gm Cream Cheese ~~ suhu bilik
200 ml Non Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream
2 sudu besar Butter ~~ Saya tak bubuh
4 sudu besar Susu Pekat
1 sudu besar Jus Lemon

Pukul Cream Cheese hingga creamy atau berkrim.
Masukkan susu pekat, jus lemon dan pukul hingga sebati.
Masukkan Non Dairy Whipping Cream (FC) yang masih separa beku.
Pukul hingga kental dan bolehlah dilepa atau deco.
Tambahkan pewarna jika suka.




Untuk satu adunan Frosting ni saya dapat banyak jugak. Mungkin bagi cupcake tidak banyak penggunaan hingga cukup untuk saya mendeco sedikit atas Choc Moist Cake yang nak dibawa pulang ke hostel tempohari. Tapi deco atas Choc Cake Farrah tu agak kurang kemas kerana saya nak cepat. Balancenya saya simpan dalam fridge semalaman dan masa saya deco tu Cheese frosting tu masih belum berapa lembut lagi. So, tak berapa cantek ia terbentuk. Apa apapun bagi selera kami sekeluarga dan tetamu saya Cheese Frosting ni memang sedap. Selamat Mencuba.. (",)



16 comments:

Unknown said...

salam Sheila, cantik dan menarik carrot cupcake tu macam akak pun nak try jugak simpan resepi dulu tunggu mood rajin hee

Azie Kithen said...

As salam. Lama tak menjenguk, rindu sgt dg Shiela. Teruja membaca tulisan berkenaan frosting tu. nnt nak cuba lah. Dulu pernah buat sekali, yg guna fresh cream. Dah lama putar pun, masih tak kental

suryabil said...

Salam kak shiela , sedap ar karrot kek tu...save resepi dulu.nnti terai..:-D

Evelyn Gemina said...

Salam kak shiela...yummylicious!!!like it...

Yatie said...

kek kegemaranku, lenkali nak cuba resepi ni plk sbb guna fresh cream utk topping...tq..

Anonymous said...

Menarik dan nampak sangat sedap!

Amie said...

Wow! Nampak comel2 cupcakesnya tu Sheila....! Nyum nyummmm....

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam K.sheila
memang sedap kek carot dgn topping ni
tak tolak punya kalu dihidangkan tu
dlm cup gini lg comel dan senang nak makan kan K.sheila
ada lg tak ni

shaty said...

as salam ... akak biasa buat guna resepi ida 1001 resepi. Kali ini nak cuba yg Sheila ubah suai ni pula. Ada letak susu ye .. so minta Izin dan minta HALAL ye .. akak nyalin.

Rohah said...

cantek kak...bilalah dapat rasa ni ye..hi2

Qasey Honey said...

cantik la kejadian cupcake carrot tu kak...ni yg jeles tgk ni..hehe..mesti rasanya juga sedap..

Ayu said...

Assalam Sheila,
waduhhh..tak boleh tahan kita tengok kek2 tuha...cream dia adehhh meleleh air liuq dah ni...rasa macam nak capai satu aje..

Mylesung said...

assalam sheila..cantik, simple & menarik tgk cupcake carrot ni..tips tuk topping tu sy copy ye.. :)

Nor Rimah said...

As-salam kak. Nak tanya akk guna tpg gandum jenis apa yer

Micheal Jackson said...

I like to watch the long railway da vi nails price list
quietly by myself, and it seems that the twists and turns can extend to the horizon. Whenever I dumbly watched the train.

NIC said...

Nice post, keep it up. Hope you are well.
mercury vapor analyzer
cold vapor atomic fluorescence spectroscopy
atmospheric mercury