Sunday, 3 March 2013

EGG MAYO CIABATTA



Assalamualaikum dan Selamat Berhujung Minggu buat semua yang singgah di laman ini. Minggu ni anak dara saya balik, memang terasa seronoklah. Seawal pagi saya dah sediakan sarapan buat kami bertiga tapi yang sempoi jerlah. Cuma sekadar Egg Mayo Ciabatta tetapi agak mengenyangkan jugalah. Roti Ciabatta tu saya beli dari JAYA Groceries, senanglah ceritanya kann.. hehee.. Walaupun cerita senang dan sempoi nak jugaklah stori sat kat sini. Nak buat caner, dah memang hobi saya amik gambar makanan. 




BAHAN BAHAN :

2 buku Roti Ciabatta
5 biji Telur Ayam
1 sudu besar Butter
1 sudu Besar Mayonis
1/2 biji Bawang Besar Holland 
Secubit Garam
Secubit Serbuk Lada Hitam
Sedikit Salad




CARA CARANYA :

Rebus telur hingga masak, angkat dan rendam dalam air sejuk untuk memudahkan dikopek kulitnya. Sambil tu kita cincang halus bawang besar holland yang bewarna kuning. Lenyekkan telur separuh hancur dan gaul rata bersama bawang cincang, mayonis, butter, garam dan serbuk lada hitam.

Panaskan sebentar Roti Ciabatta. Kemudian potong dua atau apa jer size yang anda suka dan belah tengahnya. Lapiskan dengan bahan telur tadi dikuti dengan Salad dan bolehlah terus dihidangkan. Mudah jer kann.. Walaupun nampak mudah tapi cukup cukup menyenyangkan. Roti Ciabatta ni dia padat, padat jugaklah jadi perut kita.. hehehh.. Okaylah.. Selamat Mencuba.. (",)





10 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Sheila, adus mmg terliur tengok macam2 kaler ada tu sarapan yg sihat, supaya kita semua sihat walafiat ya Sheila di hari minggu ni..

Shiela said...

Wsalam kak Noor.. betul tu Kak Noor.. :)

rahel said...

Salam Shiela..
Kalau pagi2 kita suka sarapan egg mayo...nampak yg ni pun dah tergoda sangat...

Shiela said...

Wsalam Rahel.. Mmg sesuai sgt utk sarapan kann.. :)

Mamasya said...

Aslmkum Sheila
sarapan roti dg telur mmg mengenyangkan..
suka buat telur + mayo utk bekal anak2 ke sek.

azrinna said...

Hidangan yang simple tapi berkhasiat dan yang penting jugak sedap. Cara sisi fotografi juga menarik buat saya kecur walau sudah makan. Emm...

Rohah said...

simple dan sedap...baru teringat hujung minggu lepas anak bujang minta dibuatkan roti camni..

Shiela said...

Mamasya : Wsalam.. memang ringkas dan mengenyankan kann.. sesuai sgtlah utk anak2 bawak bekal ker sekolah..

Shiela said...

Azrinna : Terima kasih.. :)

Rohah : hmm.. bebudak memang suka kann..

harikays78 said...

Akak...mmg nampak sedappp sgt... tp roti cabiatta tu apa yer.. mana nak beli ni