Friday, 25 January 2013

SPICES JOURNEY @ AROMA FEBRUARY 2013



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan izin Allah kita bersua lagi di laman ini. Saya nak berkongsi sedikit dengan teman teman kegembiraan saya. Setelah sekian lama saya berkecimpung dalam dunia masakan ni, buat yang ke sekian kalinya barulah munculnya di Majalah AROMA keluaran Februari ni. Actually, beberapa kali juga saya dirisik risik oleh beberapa pihak majalah tapi tulah.. medang jer saya tak sempat nak submit b4 dateline tu. Al maklum jerlah saya ni dengan dunia kelam kabut sentiasa. Tah apa yang  sibuk sangat pun tak taulah. Owhh.. pernah jugak sekali di dalam MAJALAH JELITA MEI 2012 di ruangan blogger masakan. 




Segalanya bermula dari sebagai hobi dan saja suka suka dengan teman teman rapat. Pada awalnya, nak mengarang recipe pun saya tak pandai. Siap cakap pada kengkawan yang bertanya tu, "Saya masak mana ada recipe, semua main cekup cekup dan cecampak jer".. hehee.. Lepas tu bila ramai yang mula menanya recipe saya pun bagilah recipe yang ala ala boleh paham dibaca orang dan tanpa disangka teruslah berpanjangan hingga ujudnya blog SPICES JOURNEY ni. Terus terang cakap, semua ini adalah hasil dari galakan dan sokongan teman teman sendiri walau tak kurang juga dengan berbagai dugaan dan cemuhan yang saya terima. Takperlah.. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jauh dalam lubuk hati saya ni, tak lain hanya berniat untuk berkongsi ilmu masakan yang saya tahu serba sedikit dan ingin memanjangkan sedeqah semampu saya. Insyaallah.. Selagi diizin Allah SWT..




Terima kasih juga pada adek manis Siti Dimiati Awe' selaku Editor yang telah memberi ruang untuk mengetengahkan 18 jenis recipe saya dan penuh sabar menanti. Bukan apa, masa tu saya baru jer lepas pindah. Semua barang barang tah ke mana mana letaknya dengan UNIFI belum sempat berpasang. Nak email pun terpaksa mintak tolong hubby send dari office dia. Tapi tulah, kalau segala dah menjadi ketentuannya, memang apa jua rintangan dapat dihadapi. Cuma RALAT sikit sebab ada satu page tu tersilap masuk gambar. Boleh refer balik dalam blog saya yer pada N3 MOIST CHOC CHEESE CAKE dan STRAWBERRY GLAZE PIE untuk gambar sebenar. Recipenya betul, cuma gambar jer tersilap. Biasalah kann.. Selagi bernama manusia, pasti tidak lari dari membuat kesilapan. Kita semua manusia biasa dan pihak AROMA juga berjanji akan membetulkannya pada edisi keluaran akan datang.




Pada kengkawan yang berminat bolehlah dapatkan Majalah AROMA di parasan sekarang. Saya dimaklumkan oleh pihak AROMA agak laris jugak jualan bulan ni. 2 hari yang lepas jer saya call tanya, dia cakap dah tinggal 10 naskah kat office tu. Harini tak taulah ada lagi ker tak. Alhamdulillah Majalah AROMA semakin dikenali umum dan demand semakin tinggi nampaknya. Tahniah pada keseluruhan team juga atas kerja keras anda. Saya share sebahagian dari recipe yang telah discan dari majalah ini.




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger dari DAPUR IBUNDO yang juga telah bersama dengan saya dalam majalah ini. Recipe dari bundo tak kurang juga menarik dan melelehkan air liur saya sentiasa. Moga bundo juga terus sukses dan bersemangat menghasilkan recipe yang mantoppp.. :)




17 comments:

Unknown said...

Tahniah Sheila, tadi pergi dapur Ibundo, taktau pula dia pun masuk majalah sama.
Baguslah kalau suka2 akhirnya mendatangkan hasill.

Gee® said...

Tahniah Sheila...

Amie said...

Resepi dari dapur Sheila memang bestlah! Tahniah ye Shiela cayanggg.... entah bila Amie boleh dapat majalah tu sebab kena 'diseberangkan' melalui Laut China Selatan dulu... harap dapatlah juga simpan satu naskhah buat kenang-kenangan.

Shiela said...

Terima kasih banyak banyak Zana, Gee & Amie.. :)

dZana said...

tahniah shiela.. masakan shiela mmg best2 semuanya.. selalu intai dpur shiela.. lum sempat cari majalah lahi ni..

Mamasya said...

Tahniah sis.gambar2 masakan majalah itu semua cantik.....moga terus bersemangat berblog.

Laman Resepi said...

Tahniah, kekadang tak sangka boleh jadi artis, keluar majalah hanya kerana suka2 pada mulanya. Harap2 dpt ikut jejak langkah spicesjourney.

minat saya buat website dan suka cari resepi dan dah tentu suka makan...

So, kalau sudi jemput2lah berkongsi resepi di lamanresepi yang tak seberapa.

Shiela said...

Terima kasih dZana, Mamasya n Laman Resepi.. :)

Ayu said...

Assalam sheila,
Tahniah, semuga more to come..gambar2 dari dapur Sheila memang cantik2..you go girl!!

fazian.batrisyia said...

Tahniah. Sy suka blog ni...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k.sheila
tahnniah..memang gambar2 masakan k.sheila cantik2 sesuai kalu terpilah
dan sedap2 pula tu

Aghnan said...

kuliner mantab

Rohah said...

Tahniah kak..maju dan terus maju..

Zaihashim said...

tahniah kak shiela... baru je beli majalah aroma semalam... ^__^

zila norazila said...

tahniah dari zila kak shiela..akk mmg layak..zila suka semua resepi akk..menarik..dan pic also cantikkk..akk mmg layak tau..:) lap u

Qasey Honey said...

TAHNIAH yer kak Shiela...akak mmg layak..moga lps ni ramai lg yg sambar akak..:)

Shiela said...

Setinggi tinggi terima kasih juga buat semua atas sokongan.. love u all.. muahhh.. :)