Ayam laeii.. Apo nak buek, Ayam yo yang den ado kann.. hehehh.. Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah buat semua yang saya kasihi. Pejam celik, pejam celik dah sampai ke ujung minggu balik. Cepat betul masa berlalu dan yang paling menceriakan saya harini Farrah balik. Terubat juga rasa rindu di hati ibu ni nanti.
Berbalik pada cerita ayam, saya memang dah buntu nak masak apa. Dah banyak hari jugak tak berasap dapur tu, asyik eat out jer menjak tinggal berdua ni. Bukan apa, takat dua mulut takder mood sangat nak masak. Penat memasak berkecah dapo tapi makannya tak seberapa sangat. Kalau masak pun yang simple simple macam Ayam Masak Kicap yang saya buat ni lah. Kebetulan stock ayam kampung masih banyak dalam peti tu, kira on jerlah tapi kalau guna ayam biasa pun boleh jugak. Jom nengok ceno den buek lauk sempoi ni.. :)
BAHAN BAHAN :
1/2 ekor Ayam
2 sudu besar Rempah Kari Daging
2-3 sudu besar Kicap Pekat
1/2 cawan Santan Pekat
2 Batang Serai ~~ dititik
2-3 Biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
2-3 tangkai Daun Kari
1-2 kuntum Bunga Lawang
Sedikit Kulit Kayu Manis
Minyak utk Menggoreng & Menumis
Sedikit Perahan Air Asam Jawa
Sedikit serbuk Lada Hitam
Air Secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa
Bersihkan ayam yang telah dipotong mengikut citarasa memasing dan toskan. Gaulkan dengan garam kunyit dan goreng hingga agak agak masak. Tak perlu garing sangat. Jika guna ayam yang jenis keras seperti ayam kampung lanjut usia atau ayam pencen tak perlulah digoreng. Ayam saya ni muda remaja, maka saya gorenglah.
Panaskan minyak untuk menumis dan tumis semua bahan bertanda (*) yang dihiris halus bersama serai yang dititik, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh menjadi pes dengan sedikit garam. Goreng rempah hingga agak garing, dikacau selalu supaya tidak hangit bawahnya dan masak sekata. Masukkan pula kicap pekat dan sedikit air. Jika guna ayam yang agak keras @ lanjut usia boleh masukkan sekarang dan masak hingga lembut. Tambahkan air mengikut keperluan sehingga ayam tu lembut. Jika guna ayam biasa boleh terus masukkan perahan air asam jawa dan diikuti dengan santan. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biarkan masak sekejap dengan api perlahan. Setelah agak pekat dan masak rata perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Boleh juga ditambah dengan kentang goreng dan buah tomato jika suka. Selamat Mencuba.. :)
7 comments:
Salam kak Shiela,
sedapnya ayam kicap berempah dan santan ni...umi mesti cuba ni sebab anak2 umi suka makan aym kicap..keturun dari arwah ayah umi...tq sebab share
Sedapnya ayam kicap...salah satu lauk kesukaan kite....kalau makan dg nasi beras basmati lg bertambah2...
salam sheila kat sini pun hantu kicap kalau masak kicap macam ni huh mmg sekejab ja licin boleh try yg ni bubuh snatan menariksss tu
sama la kita ayam yo yg ado he he boring2 pun habis bila dimasak he he
masak kicap memang pilihan sy tu , lgpun si bungsu pun blh layan sb tak pedas
Terima kasih semua sudi tinggalkan komen.. Selamat mencuba yer.. :)
Resepi istimewa ni Sheila... berkicap, berempah dan bersantan!
Amie : Bolehlah.. tp kami anak beranak mmg suka sgt kalau ayam masak kicap camni.
Post a Comment