Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Agak lama saya tak bersiaran kann.. Apa khabar semua pengunjung Spices Journey dan kengkawan Bloggerku? Maaf jua kalau ada komen komen yang tak sempat saya balas dan tak dapat juga nak jenguk dapur kengkawan. Jangan majuk yer, saya sibuk dan leteh sangat ngan urusan pindah dan bermacam macam hal yang nak diuruskan. Internet pun belum ada lagi, tengah tunggu UNIFI, katanya minggu ni tapi tak taulah. Saya cuma dapat guna hotspot dari tab jer. Tu pun line tak berapa elok, kejap ada, lamaaaa ilang.. Untuk N3 ni pun saya mencuba nasib jer..
Sunyi sungguh rasa kat dalam rumah ni sehari hari. Farrah dah masuk hostel, tinggal kami berdua jer kat umah. Takder dah kawan saya nak gaduh gaduh. Apa pun demi masa depan dia yang nak menghadapi peperiksaan SPM ujung tahun ni, saya simpan jauh jauh perasaan rindu dan sedih ni walau dalam hati ni Allah taala jer yang tahu betapa rindunya. Mohon pada Allah supaya Farrah dilindungiNYA sentiasa dan cemerlang dalam pelajarannya. Last weekend, Farrah balik kerana ada barangnya yang tertinggal. Sempatlah saya masakkan KARI AYAM KAMPUNG kegemarannya ini. Lama jugak dah dia request tapi tulah dengan suasana kelam kabut asyik kena postpone jer. Ayam kampung ni semua hubby bela sendiri, masa nak pindah aritu terpaksalah dikorbankan. Memang sedaplah ayam kampung masak apa pun kann.. Kalau nak tau camner saya buat, meh meh sini nengok.. :)
BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam Kampung
50 gm Rempah Kari Daging ~~ Saya guna BABAS
3 sudu besar Cili Mesin ~~ blh tambah klu nak pedas lagi
2-3 biji buah Tomato ~~ yang masak ranum
300 ml Santan Pekat @ Santan Kotak cap Ayam
3-4 biji Ubi Kentang ~~ dibelah 4
Minyak untuk Menumis ~~ saya guna Minyak Jagung
Air Secukupnya atau Santan Cair ~~ utk merebus ayam
3 helai Daun Pandan ~~ disiat siatkan
2-3 tangkai Daun Kari
2 batang Cili Hijau
Sedikit Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang ~~ jika suka
1 biji Bawang Besar *
5-6 ulas Bawang Merah *
3 ulas Bawang Putih *
2 inci Halia *
Garam Secukup Rasa
CARA CARANYA :
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan. Hiris nipis dan halus semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan dalam periuk yang bersesuaian. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang dan semua bahan yang bertanda (*) hingga keperangan dan naik bau. Masukkan juga daun kari dan daun pandan. Bancuhkan rempah kari, cili mesin, sedikit santan cair dan sedikit garam menjadi pes. Kemudian tumis atau goreng hingga garing, pecah minyak dan naik bau. Guna api kecil jer supaya rempah tu masak sempurna dan tidak hangit.
Bila rempah dah cukup masak, masukkan ayam tadi dan biarkan dikecutkan atau dimasak sebentar dengan rempah tu tadi. Masukkan juga buah tomato yang dibelah belah untuk mendapatkan rasa juicy sikit. Dikacau selalu supaya tidak melekat atau hangit di bahagian bawah periuk. Selepas itu baru dimasukkan air atau santan cair dan masak hingga ayam tu empuk dan lembut. Bila sudah betul betul empuk bolehlah dimasukkan ubi kentang dan santan pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa. Jika suka lebih masam boleh ditambahkan lagi buah tomato. Boleh juga dipatah patahkan beberapa batang cili hijau ke dalam kuah jika suka.
Setelah siap, bolehlah dihidangkan. Terbaek jika dihidangkan bersama pappadom dan sambal belacan. Saya ni ala kadar jer. Maklumlah baru pindah rumah, dengan pinggan mangkuk apa yang jumpa jer. Nak snap picture pun segala saya punya reflector ngan tripod pun tah kemana mana. Tak sempat nak cari dengan muka anak dan hubby yang dah lapar dan tak sempat sempat nak makan. Ini jerlah dapat saya rakamkan dalam keadaan serba kekurangan dan terketaq ketaq. Apa apa pun Selamat Mencuba. Ni kalo besoknya perangat cencah Roti Jala atau PEKNGA laa kan.. Pergghhh.. Memang Mantop.. ;P
9 comments:
salam syg kak shiela..
wlupun dgn serba kkrangan ttp cantik kak..uiitss dh lama x mkn ayam kg..rindduu
wsalam.. maseh Zila cayang.. :)
teringat kecik2 dulu,tangkap ayam guna raga/keranjang...memang puas makan ayam kg...la ni beli ayam yg dhumuk gedenpol je kat pasaraya...
Sy pon suka kari Babas... tambah2 buat kari ayam kampung... gerenti bertambah2 lah nasi yer Shiela...
Rohah.. betul, sekarang susah nak dpt ayam kampung lagi kann..
Gee.. tulaa memang tak hengatlah bila makan.. cane nak kurus ni? hehee..
Salam Shiela.
Sebnrnya akak baru ingat nak emel Shiela, nak tanya bila nak post resipi kari ayam n kari daging. Sebabnya akak dah try kari ikan n ayam masala mmg terbaekkk. Terima kasih bebanyak. Semuga Allah je membalasnya ye... Aminnn...
assalam k sheila
wah sedap tu kari ayam kg, ha etul suker sgt bila peragat cicah lempeng time sarapan pg he he
ayam kg teringat lak ayam2 ayah kat kg tu jenh nak nangkap bila nak makan
pastu lecehnya nk cabut bulu2 heeee
slm Kak Sheila n slmt thn bru buat akak skeluarga..
nmpk mnarik ayam kg tu kak..lg la bile dkarikn..aduiii bleh hilang diet shari dbuatnya...hehe...QH pon suka guna kari babas..sedap
Post a Comment