Thursday 29 November 2012

NASI LEMAK PANDAN BERHALBA BUNGKUS DAUN PISANG.. GHAU GHAUU BAU DIA..



Wahhh.. Panjangnya tajuk.. Amekkoww.. hehee.. ASSALAMUALAIKUM.. Watper tu?? Cuaca Mendung jer sekarang kann.. Best jer sesejuk ni layan mata. Perot pun tak benti benti keroncong. Bila duduk duduk aritu tetiba saya teringat sangat nak makan Nasi Lemak yang dibungkus ngan daun pisang. Cam terbau bau harumnya tu. Lama betul saya tak jumpa yang bebetul sedap macam yang Mak saya buat meniaga dulu.

Nostalgia betul Nasi Lemak ni, saya membesar dengannya. Perjalanan hidup sebagai seorang anak pegawai polis berjawatan rendah dulu tidaklah mudah. Berapa jer gaji Abah dulu untuk melengkapi kehidupan kami seharian. Tak macam tanggagaji pegawai sekarang yang jauh lebih tinggi. Untuk menampung pendapatan keluarga Mak terpaksa menjual kuih muih dan nasik lemak. Ingat lagi, dulu balik sekolah kena lap daun pisang dan gunting sesiap tuk memudahkan Mak membungkus nasi lemak seawal jam 4 pagi esoknya. Zaman kanak kanak saya tak semudah kanak kanak sekarang tapi apa pun saya amat bersyukur dan itu semua adalah kenangan yang sangat manis buat saya hari ini.




Siap bab daun pisang, gunting cili dan siapkan sambal tumisnya pulak. Bila saya kenangkan balik macam tak percaya pun ada. Satu kuali besar tu saya buat sambal tumis ikan bilis untuk jualan 2 hari. Cer suruh dak Farrah tu buat arini, memang haruslah kann.. Masa itu kengkadang hati ni merungut jugak, orang lain seumur saya boleh gi main beskal ngan kengkawan pepetang tapi saya hanya di corok dapo. Kisah benar ni taww.. Menyanyat betul tapi itulah hikmahnya mungkin cukup besar buat saya hari ini.

Buat melepaskan rindu saya pada nasi lemak bungkus daun pisang Mak tu saya buatlah jugak sikit takat makan tiga beranak tapi kalini saya tengah kemaruk daun pandan kot.. hehehh.. Abih semua berdaun pandan dari CREPE PANDAN DURIAN, BENGKANG PANDAN sampailah ker NASI LEMAK PANDAN BERHALBA ni pulak. Takperlah, musim ujan ni daun pandan akak menjadilah pulak. Saya sharelah recipenya kat sini yer..




BAHAN BAHAN :

3 pot rice cooker Beras Basmathi
200 ml Santan Kotak ~~ Ayam brand
5 helai Daun Pandan dikisar dgn 2 cwn air
2 helai Daun Pandan ~~ disiat n disimpul
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
2 ulas Bawang Putih ~~ hiris nipis *
3 ulas Bawang Merah ~~ hiris nipis *
1/2 biji Bawang Besar ~~ dihiris nipis *
1 inci Halia ~~ dimayang halus *
1 sudu kecil Halba
Sedikit Minyak Jagung untuk Menumis
Sedikit Pewarna Hijau ~~ jika suka




Beras tu dibasuh dan ditoskan. Daun Pandan tadi dikisar kasar jer dan perah ambil airnya. Panaskan kuali dan tumis semua bahan bertanda (*) hingga layu. Ini untuk menaikkan bau wangi dalam nasi lemak kita nanti dan juga nasi akan lebih cantek. Tak perlu banyak minyak tu, sekadar dapat melayukan tumisan sudah mencukupi. Kemudian satukan semua bahan di dalam rice cooker dan masak sehingga masak. Saya tak rendam berasmathi tu yer sebab bila masak dalam rice cooker beras tu akan terendam juga pada awalnya. Takut terlebih rendam nanti dia mudah hancur pulak. Sesekali dikacau supaya semua bahan tu sekata. Paling sesuai dimakan bersama Sambal Tumis. Tak kiralah apa jenis sambal pun. Kalini saya buat Sambal Cumiq atas permintaan hubby. 




Pernah dengar tak Sotong Cumiq ni? Biasa kat Langkawi atau kawasan yang berhampiran dengan laut ada. Saya beli kat kampung hubby. Dia anak sotong yang dikeringkan. Sedapp.. layan jer kunyahnya sampai susah nak benti selalu tu. Sebelum masak kena rendam dulu dengan air biasa sampai kembang dan lembut. Tak lama sangatlah rendamnya. Buh air lebih sikit supaya jika ada pasir akan mendak ke bawah. Bila basuh tu, angkat sotong tu perlahan lahan dan alihkan ke bekas lain dan buang air rendaman tadi yang mungkin berpasir tu. Jangan digaul balik dengan air rendaman tu takut pasir tu akan ikut naik balik. Pastu baru bilas sotong tadi. Biasanya saya ulang rendam ni 2-3 kali dan bilas. Insyaallah takkan ada masalah berpasir.




Bila dah bersih sotong tu bolehlah kita buat sambal tumis. Rasanya semua tau kan nak buat sambal tumis. Cuma satu pesan saya untuk mendapat sambal tumis yang sedap, pastikan bawang tumbuk atau kisar yang ditumis tu ditumis sampai keperangan baru masuk cili mesin pulak. Masa tumis cili tu masukkan sedikit garam supaya dia garing cantek. Api kena kecik jer dan biar dia garing perlahan lahan. Dikacau selalu, jangan sampai cili tu hangit. Kalau cili tu tak masak betul atau hangit itulah kegagalan besar dalam membuat Sambal. Pastu masukkan air asam jawa, sotong dan bawang hiris. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bawang tumbuk atau kisar tu tadi pun sangat penting. Kalau tak, tak sedap rasa sambal tu dan jangan bubuh banyak sangat bawang putih. Saya biasa buh seulas kecik jer. 


Buah Rambutanku yang membuahkan hasilnya tahun ini.. Alhamdulillah..


Sebagai pelengkap saya buh togeder geder dalam bungkusan daun pisang tu ikan bilis goreng, telur rebus yang dibelah 4 dan hirisan timun. Apa yang ada dalam dapo tu jerlah, janji hilang kempunan saya tu. Bila nak makan, bukak jer daun pisang ituuu, Wallahwehhhh.. tak dapat nak kugambarkan keharumannya.. Puas rasa tekak sampai ke hati ni.. hehee.. Kalau nak gi piknik cuti cuti ni buat camni pun best kann.. Senang takyah basuh pinggan. Sesuailah sangat sangat.


Perghhh.. Bau dia laa bila bukak bungkusan daun pisang ni kan.. Tak yah cerita lagi lah.. ;P


Okaylah.. Buat makluman semua, mungkin ini adalah N3 terakhir saya buat bulan dan juga tahun ini.. Mungkin yer.. Saya nak berehat seketika sambil menguruskan segala yang lebih penting dan perlu diutamakan dalam hidup saya. Insyaallah ada rezeki, ada masa saya tampil lagi dan berkongsi lagi buat teman teman yang saya kasihi. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan saya dan jua maafkan sekiranya ada salah dan silap yang pernah saya lakukan walaupun tanpa sedar di laman ini. Apapun segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya, hambanya yang serba kekurangan. Jumpa lagi.. Kalau tak berkesempatan bertemu di sini lagi bagi tahun ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 juga buat semua.. Luv uol.. Muahhh.. :)





Monday 26 November 2012

TORTILLA AYAM PANGGANG



ASSALAMUALAIKUMMMM.. SELAMAT BERCUTI JUGA PADA YANG BERCUTI.. :)

"Ibuuuu!!.. Girl dah Gemokk".. Tetiba gitulah beh kurang bunyiknya dak Farrah mengaruq pada satu pagi sejurus turun dari mesin timbang. Mana tak gemok asyik makan jer. Kejap kejap ada jer yang digodeknya melayan perot dia yang tak benti benti lapar. Ibu dia yang asyik tumpang semangkok dua ni pon dah rasa kembang setaman dah ni. Adoyyaiii.. Kalau nak naik tu kemain cepat, pantang terlebeh sikit jer makan. Nak turunkan balik punyalaa seksa. Farrah pun dah risau sangat takut jadi cam ibu dia kot.. hehee.. Tu yang dia decided takmor makan nasi aritu. Terpaksalah fikirkan option lain. hmmm..




Seawal pagi Farrah dah kuarkan ayam. Roti Tortilla memang dah ada kat dapo tu. "Apa kata kita Grill jer ayam ni pastu makan ngan Tortilla ngan Salad".. kata nakdaro den tu. Bagus gak tu, idea yang menarik. Dia pun teruskanlah operasi membersih, memerap dan memanggang ayam tu. Saja saya biarkan dia buat, bila lagi nak belajar ke dapo kalau tak masa cuti sekolah ni. Bukannya susah sangat pun, lumur lumur ngan bahan bahan tu jap pastu sumbat jer masuk oven. Ibu dia hanya bagi verbal instruction jerlah.. Alhamdulillah bolehlah diharap dahh.. Kalau nak tau apa yang dilumur dek Farrah, jom nengok recipenya. Just guna apa yang ada kat dapo jer..




BAHAN BAHAN :

1 Ekor Ayam 
5 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Lada Itam
1 susu besar Oregano
1 sudu besar Rosemary 
3 sudu besar Minyak Zaitun
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Honey
1 biji Lemon ~~ ambil jusnya
Garam Secukupnya




Bersihkan ayam yang dikerat kepada 4 bahagian dan toskan. Tumbuk kasar lada hitam dan bawang putih. Gaul rata semua bahan dan lumurkan pada ayam. Tutupkan dengan Cling wrap atau masukkan dalam bekas bertutup dan perapkan sebentar dalam setengah jam dalam fridge.




Panaskan oven selama 10 minit. Keluarkan Ayam yang diperap tadi dan bakar selama lebih kurang sejam pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven memasing. Guna api atas bawah dan Sejukkan sebentar setelah masak.




Bila nak makan, potong isi ayam kecil kecil. Kemudian gaulkan dengan Salad dan Mayonis. Kemudian gulung dalam Tortilla dan sedia untuk dimakan. Tortilla tu saya beli jer kat pasaraya. Panaskan dulu sebentar di atas pan sebelum digulung. Senang kann.. Kalau selalu makan camni pun bagus gak kann.. Bolehlah ibu dia ni tumpang slim sekali ker.. hehehh.. Boleh ker?? Apa apa pon, Selamat Mencuba yer.. (",)






Saturday 24 November 2012

HAPPY BIRTHDAY CHENTA HATIKU..



ASSALAMUALAIKUM & SALAM CERIA SEMUA.. :)

24th NOVEMBER datang lagi.. Happy Birthday My Sayang.. Chenta Hatiku. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati Allah sentiasa. Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga dan juga tak terucap dengan kata kata atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan pada kami selama ini. Hmm.. Ayat ayat jiwang karat ker ni? hehehh.. Tapi inilah yang seikhlas ikhlasnya from the bottom of my heart. Apa pon, sila abaikan tulisan yang hodoh atas black board itu. Maklumlah dah lama tak menulis.




Pada suatu pagi, kala ujan renyai renyai.. (;
Farrah :  Ibu, Esok Birthday Ayah
Me : Esok berapa haribulan?
Farrah : 24 laa ibu"..
Me : Hahh.. Yeker?? Apa kita nak buat ni??
Me & Farrah : Diam seribu bahasa..

Tak taulah saya ni isteri mithali ker yang disesali.. hehehh.. Nak wat camner darling, ginilah bila usia makin remaja ni kann.. Seb baek ada anak yang mengingatkan. Selalunya birthday dia saya akan buat juga pulut kuning walau sedikit tapi tahun ni tah macam mana boleh terlupa. Nak buat cake pun banyak bahan dah tak berapa ada. Malas pun yer jugak dengan keadaan rumah yang tunggang terbalik dengan hal nak pindah ni, takut ilham nak mendeco cake pun jadi tunggang terbalik jugak.




Penyudahnya pikir punya pikir dengan bahan yang ada dalam umah ni jer saya plan nak buat STRAWBERRY CUSTARD PIE. Sedap gak tu, dia pun suka makan dan saya pun memang teragak jugak nak makan. Lama betul dah tak mengePIE ni. Strawberry tu aritu saya beli ingat nak buat Strawberry Crepe tapi udah udahlah kot mengerepe ni kann.. Kasi tukar yang lainlah pulak.. hehee.. Kalau kengkawan perasan dulu saya dah pernah masukkan N3 STRAWBERRY GLAZE PIE ini tapi dalam bahasa omputihlah sebab saya kopipes dari Pakcik Google jer. Kalini saya share recipe dalam bahasa malaysia pula yang mana telah diadjust sikit sikit mengikut citarasa saya. Original recipe tu manis melekat, tak larat nak makan. Orait.. Jom checkidauddd my latest STRAWBERRY GLAZE PIE recipe ni..




~~ PIE CRUST ~~

Bahan Bahan :
1 1/4 cawan Tepong Gandum
125 gm Unsalted Butter (sejuk dr fridge)
1/4 cawan Gula Icing
1/4 sudu kecil Garam halus

Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan mesra. Masukkan ke dalam acuan pie yang removable berukuran 20cm dan ratakan mengikut bentuk acuan tu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 min. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk, cucuk cucukkan sedikit permukaan pie tu dengan garpu dan bakar selama 25-30 min pada suhu 170 deg Celcius. Tapi ni bergantung jugak pada oven memasing yer.. Kena checkidauudd selalu. Agak agak dah bertukar ke warna kuning keemasan tu kira masaklaa dah tu. Lagi satu, kalau masa masak tu nampak pie tu cam naik kat tengah dia tu tekan tekan sikit dengan senduk kayu. Kalau ada bahan pemberat yang bersesuaian juga kita boleh letak di tengahnya ketika memasak. Apa yang saya buat, bila nampak naik saya bukak oven kejap dan tekan tekan jer permukaan pie tu perlahan ngan senduk kayu.




~~ CUSTARD ~~

Bahan Bahan :
2 biji Kuning telor
2 sudu besar Gula
3 sudu besar Tepung Jagung
1 cawan Susu Sejat
1 susu kecil Vanilla Essence
1 sudu besar Butter

Mula mula pukul dulu 2 biji merah telor bersama 1 sudu besar gula hingga agak kembang. Kemudian masukkan 3 sudu besar tepung jagung sedikit sedikit dan pukul hingga sebati. Masak dengan kaedah double boiler 1 cawan susu (saya guna susu ideal) dgn 1 sudu besar gula. Kalau suka manis, bolehlaa tambah lagi 1 sudu besar gula, saya tak suka memanis sangat. Suka yang sedang sedang ajer. Bila susu dah hampir mendidih, masukkan bahan telur kuning tadi dan kacau cepat cepat dgn api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan 1 sudu besar butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi, ratakan dan sejukkan sebentar custard.




~~ STRAWBERRY GLAZE ~~

3 cawan Buah Strawberry
1/2 cawan Gula Pasir
3 sudu besar Tepung Jagung
1/2 cawan Air

Cincang halus atau lenyek buah Strawberry hingga cukup satu cawan. Dalam mangkuk kecil, bancuh sesiap tepung jagung bersama air dan ketepikan. Masak dulu buah yang dicincang itu bersama gula dengan api perlahan dan dikacau sentiasa sehingga gula larut dan buah tu hancur. Kalau suka manis, boleh ditambah sukatan gula mengikut citarasa sendiri. Rasalah masa memasak tu. Saya ni tak suka manis sangat. Selepas itu masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kecilkan api, biarkan masak perlahan hingga pekat dan tuangkan sebahagian dulu ke atas pie yang bercustard tadi dan ratakan. Susunkan lebihan buah Strawberry tadi yang dibelah 2. Akhir sekali tuang dan ratakan atas permukaan buah strawberry baki glaze tadi. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan ketika sejuk atau Omputih cakap 'Serve Chilled' :P




Selamat Mencuba yer.. Memang berbaloi baloi. Mudah jer dan sangat sedappp.. Tekak saya laa.. Suka sangat bila makan tu ada rasa lemak lemak masin, manis dan masam tu bersatu.. Yummeyy.. Akhir sekali, doakan saya buat Suami terchinta, semoga diberi kesihatan yang baik dan terus menyayangi kami seadanya. Dia sangat suka nengok pic kalini, nak tau kenapa? Sebab.. Saya selitkan botol Coke yang menjadi salah satu koleksi peberetnya. Ada banyak dalam simpanannya tapi yang yang ni jer tercapai dek tangan ni masa nak snap tadi, mana yang berkejor hari dah nak gelap walau masih awal kerana hujan sepanjang hari. Alhamdulillah.. Setakat ini sajalah yang dapat ku abadikan di hari lahirmu Sayangg..





Tuesday 20 November 2012

CREPE PANDAN DURIAN & CREPE MANGGAKU RECIPE 7 JENIS TEPUNG.. MALATOPSS!!!



ASSALAMUALAIKUMMM.. Salam Sejahtera juga buat semua.. :)

DC DC DC.. Adoyaiii memang demam betoi dibuatnya. Dah naik pening saya ngan bau doyan ni. Seperti yang saya pernah cakap, saya dan keluarga memang kureng sikit ngan Durian Crepe tapi cam biasalah saya ni. Suka sangat mencuba sesuatu yang baru. Sebelum saya sudah mencuba yang mana CREPENYA tu menggunakan 4 jenis tepung. Sedap jugak resepi tu tapi bila saya dengar ada lagi resepi yang menggunakan 7 jenis Tepung saya pun mula mencari cari resepinya dan ingin sangat untuk mencubanya. Nak jugak tau dan rasa apa kelebihannya menggunakan tepung sebanyak itu yang pada mata kita hanyalah seperti lempeng jer rupanya kann..




Beberapa recipe Crepe ni saya dapat, dari 2 jenis tepung hinggalah yang 7 jenis tepung. Alhamdulillah ramai teman yang sudi berkongsi recipe mereka dan tak kurang juga yang saya terpaksa membayar untuk mendapatkan recipe itu. Demi semangat yang bersungguh untuk mencuba, itu semua tidak menjadi masalah tapi dalam banyak banyak recipe saya sgt teruja nak mencuba recipe yang menggunakan 7 jenis Tepung ni dulu. Apapun Syuqran Jazilan pada seorang sahabat alam maya saya REEN KHAN SHARIFF kerana sudi berkongsi recipe ini yang beliau dapat dari seorang teman lamanya. Moga kalian berdua dirahmati Allah dan dimurahkan lagi rezeki. Ameenn..




Bila saya teliti balik resepi yang saya dapat, ada bahan yang saya tak ada kat umah ni dan kalau nak dibeli pun cam alang alang jer pulak. Nak dipakai sikit jer. Jadi ada bahan yang saya tukar dan adjust mengikut apa yang saya ada dalam rumah. Contohnya kalau nengok dalam resepi ni nanti ada menggunakan Tepung Naik Sendiri. Saya buat jer sendiri tepung tu dengan sukatan 1 cawan Tepung Gandum + 1 1/2 sudu kecil Baking Powder + 1/4 sudu kecil Garam. Campurkan kesemua bahan tadi dan Ayak. Jadilah dah Tepung Naik Sendiri kita. Ada juga sukatan yang agak samar samar saya sudah sukat balik betul betul untuk kemudahan kengkawan mencuba nanti. Okaylah, jomlah kita nengok resepinya.




~~ BAHAN BAHAN ~~

3 sudu besar Tepung Hongkong
3 sudu besar Tepung Naik Sendiri
2 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Tepung Kentang
2 sudu besar Tepung Superfine
2 sudu besar Gula Icing
2 biji Telur ~~ buang talipusat 
1/2 tin Susu Cair
1 sudu kecil Garam Halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan Air
3 helai Daun Pandan 
Sedikit Pewarna Hijau

* Utk MANGO CREPE saya guna sedikit Oren Emulco + Pewarna Kuning dan jika sukar untuk mendapatkan TEPUNG HONGKONG, boleh juga digantikan dengan TEPUNG PAU.




Blend kasar air bersama daun pandan dan tapiskan. Jangan blend sampai halus nanti terasa getah pandan. Kalau tak guna pandan, gantikan dengan 1 sudu teh Vanilla Essence yer. Bagi Crepe Mangga pula saya guna oren emulco dan sedikit pewarna kuning. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati menggunakan whisker, tapiskan adunan dan biarkan pada suhu bilik selama setengah jam. Kemudian, kacau rata dan bolehlah mula melenggang.




Panaskan sebentar non-stick pan yang bersesuaian menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Untuk memudahkan melenggang supaya cantik terbentuk bulat, pastikan pan tidak terlalu panas masa menuang adunan ke dalam pan. Tak perlu terbalikkan masa mengangkat. Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut. Bagi pan saya yang berukuran anggaran 20 cm saya cuma guna lebih kurang 1/4 cawan adunan jer. Ulangi hingga adunan tepung habis dan biarkan crepe sejuk sebentar. Bagi 1 adunan ni saya boleh dapat lebih kurang dalam 20 keping crepe. 




~~ FILLING ~~

Isi Durian / Mangga Secukupnya

Bahan A :
1 cawan Fresh Milk

Bahan B :
2 biji Kuning Telur
2 sudu besar Tepung Jagung
1/4 cawan Fresh Milk
2 sudu besar Gula Pasir
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence

Bahan C :
300 gm Non Dairy Whipping Cream

ATAU : 
Guna 300 gm Non Dairy Whipping Cream dipukul hingga kental




Bahan A dan B adalah untuk membuat Custard. Satukan semua Bahan B dan kacau sebati hingga tiada yang berkutil. Ketepikan. Panaskan Bahan A dengan kaedah double boiler hingga berbuih buih kecil kelilingnya. Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga pekat. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam fridge selama 3 jam sebelum digunakan.




Pukul Bahan C dan Custard (A+B) tadi hingga kental. Saya pukul lebih kurang 10 minit. Boleh juga mix sekali dengan 2 sudu besar isi durian jika suka. Untuk membalutnya, pastikan bahagian yang licin di sebelah bawah. Letakkan fresh cream diikuti dengan isi durian atau mangga tadi dan letakkan lagi fresh cream di atasnya. Lipat kiri kanan dan atas bawah menyerupai sebuah bantal chomel gitu. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan atau omputih cakap selalu tu, 'Serve Chilled'.. ;P




Pada pendapat dan selera sayalah, memang sedap juga recipe CREPE menggunakan 7 jenis tepung ni. Yang paling penting sangat mudah untuk menyediakannya, tak perlu nak guna timbang dan senang juga memasaknya. Tetapi terpulanglah pada citarasa memasing. Kena cubalah dulu yer.. Saya buat juga CREPE MANGGA, untuk saya laa.. hehee.. Tapi nampak gayanya yang filling mangga tu pulak lebih mendapat sambutan kat umah ni. 




NOTE : Ada bahan dan sukatan yang saya baru ubah untuk hasil yang lebih baik dan lebih mudah base on my experience. Harap maklum.


Yang ni tapau untuk Officemate hubby merasa.

AKHIR KATA DARI SAYA.. SELAMAT MENCUBA & SALAM CERIA.. 



Friday 16 November 2012

BENGKANG PANDAN SPICES JOURNEY ;)

Percubaan terbaru bakar atas dapur gas.. Baru puas hati kelililingnya garingggg.. 


Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua walaupun saya tak berapa ceria. Hmm.. tahlaa.. Actually arini saya takder mood sangat. Pening dengan memacam hal, tapi nak buat macam mana lagi. Gitulah kekdahnya duniawi ni. Apapun saya redha dan yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. 

Takder mood, takder mood pun saya tetap ke dapo. Kalau saya dok diam memikirkan perangai ngan hati pewot manusia ni lagi tensen dibuatnya. Baik saya gi godek apa yang boleh, pastu amik kamera layan snap snap jap. Yang paling senang tuk digodek tadi dan yang terlintas dalam kepala saya ni cuma BENGKANG PANDAN peberet saya nilah. Lama betul gak tak buat ni walaupon kengkadang teringin. Cam biasalah ada jer yang potong queue. Dulu saya pernah masukkan jugak recipe Bengkang ni. Boleh click SINI kalau nak skodeng. Yang tu saya bakar dalam oven menggunakan periuk Correlle jer.


Rupa yang bakar atas dapur gas ni memang tak cungg.. tapi best sangat sebab dapat makan kerak kelililingnya yang garing tu.. krakk krukk.. :b


Recipe ni adalah hasil dari saya try an error sendiri. Semakin hari saya mencuba, saya akan sentiasa memperbaiki untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap menepati citarasa sayalah. Dulu memang Mak saya selalu buat, tetapi untuk mendapatkan sukatan yang tepat dari Mak bukannya senang. Maklumlah mak mak kita tu, dia campak campak jer pon elok jer menjadi. Kalau ditanya, dia pun susah nak jawab bab sukatan tu. Kena duduk mengadap dia buat betul betul baru boleh agaknya. Tapi setakat ni kengkawan yang dah mencuba semua cakap sedaplah. In fact dah berkali kali dorang buat kerana suka sangat. Nak cakap lelebih takut selera memasing tak sama, cubalah dulu resepi BENGKANG PANDAN saya ni yer..




BAHAN BAHAN :

10 helai Daun Pandan *
200 ml Santan Kotak (Ayam Brand) *
2 cawan Air *
1-2 batang Kulit Kayu Manis (jika suka) *
1 tin Susu Cair
6 biji Telor size A
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Margerin
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Garam Halus
Sedikit Pewarna Hijau

Blend semua bahan bertanda (*), tapis dan perah.  Tak perlu blend sampai halus yer nanti terasa sangat getah pandan tu. Blend sekali lalu jer dah. Jika ada bubuh kulit kayu manis, hati hati masa memerah takut ada serpihan kulit kayu manis yang tajam. Jangan sampai terluka jari.

  
Yang ni bakar dalam oven. Cantek tapi tak berapa garing kelilingnya.


Panaskan oven pada suhu 160C selama lebih kurang 10 minit. Gaul rata semua bahan dalam sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yang diblend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak lebih pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven masing masing menggunakan api atas bawah. Selepas lebih kurang 15 min, tarik keluar sedikit dari oven dan taburkan bijan di atas permukaan bengkang. Hati hati takut kena oven yer. 




Sambung semula proses membakar selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Boleh ditambah juga waktu membakar jika ingin lebih garing kelilingnya. Intai intailah juga sebab kondisi oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pada 10 minit  terakhir saya menggunakan Api atas sahaja sebab saya nak bagi bahagian atas dia garing. Setelah masak cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yang panas. Renggangkan dulu pintu oven dalam 15 minit baru keluarkan dari oven.




Pada yang bertanya, ni pulak cara saya bakar Bengkang atas dapur gas dengan periuk dia.. Kena ada lapik kat bawah dia tu dan ditutup periuknya. Api pun kena kecik jer.. Harap dapat gambaran yang jelas yer.. Sila abaikan dapoku ituu.. Buat buat tak nampak sudah laa.. hehee..




Kalau nak keliling dan tengah Bengkang ini lebih garing, bolehlah bakar atas dapur gas menggunakan periuknya sendiri yang bertutup dan berlapik seperti gambar di atas. Apinya biarkan kecil jer dan masak hingga garing. Saya tak dapat lakukannya sebab masa buat ni, atas dapo gas tu tengah sibuk nak masak tuk lunch. Jadi terpaksalah masukkan ke dalam oven jer. Setelah masak, sejukkan dulu betul betul baru dipotong. Kalau tak sabaq nak potong masa pepanas pun boleh jugak cuma tak chomeylah sikit rupanya.




~~ SELAMAT MENCUBA ~~



Thursday 15 November 2012

LEEKS & OUR SIMPLE COOKING



Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1434 juga kepada semua yang beragama Islam. Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan amalan kepadaNYA. Mudah mudahan tahun baru ini memberi sinar yang baru buat kita semua. Ameennn.. Ya Rabbal A'lameenn..




Tak ada apa yang spesel sangatlah harini, tapi saya ada kelapangan malam ni dan terasa ingin menulis. Bosan sehh dok sengsorang, hubby dan anak sibuk ngadap bola. Saya ni bola tu lelama ngadap boring laa pulak. Seawal pagi saya dah keluarkan Sotong, plan nak masak sambal dan tumis sayur Leeks peberet saya tu. Tetiba bila dak Farrah bangun, dia kasi tukar pulak. Seboleh boleh dia nak Sotong tu dimasak Goreng Kunyit. Siap volunteer nak masakkan. Okeylah.. lagi laa ibu dia suka kann..




Saya cuma tinggal masak SAYUR LEEKS tu jerlah. Sempoi jer saya masak Leek takat 3 batang besar ni. Cuma chopped halus 3 ulas Bawang Putih dan kemudian tumis sebentar hingga keperangan. Selepas itu saya masukkan sedikit Udang dan hirisan Cili Merah. Bila udang sudah masak baru saya masukkan Leeks yang telah dipotong dan dibersihkan. Perisakan dengan secubit gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali taburkan sedikit lada sula dan renjiskan sedikit dengan Minyak Bijan untuk menaikkan aromanya.


~~ Gambar ehsan Google ~~


Selalunya di Pasaran ada beberapa sumber Leeks, ada yang datang dari China dan Cameron Highland. Kalau nak up lagi yang dari Australia.. mau fengsan nengok harganya. Saya biasa beli yang dari Cameron Highland, hubby tak bagi saya beli yang dari China. Sebabnya, mungkin semua boleh agak kann.. Tak perlulah nak cerita lagi rasanya. Bezanya senang jer, kalau Leeks yang dari China dia kecik kecik sikit tapi kalau yang ditanam di Cameron Highland ianya lebih gemuk dan panjang. Pada yang tak pernah lihat Leeks ni, saya kongsikan gambarnya di sini tapi ini bukan gambar koleksi saya yer.. Saya tak teringat pulak nak snap picturenya sebelum dimasak tadi. Terpaksalah saya selongkar dari Pakcik Google tadi dan editkan untuk kengkawan yang ingin tau rupanya.




Farrah punya SOTONG GORENG KUNYIT lagi laa sempoi. Kejap jer dia kletangg kletungg kat dapo tu dah siap. Memang arini kami ingat nak masak yang sempoi sempoi jer supaya dapat cepat makan. Malas nak prepare bekfes, terus brunch jer. Yang saya nampak dia buat tadi, dia tumbuk dalam 1 batang Cili Merah, Sedikit Ciliapi, 5-6 ulas Bawang Merah dan 2 ulas Bawang Putih. Kemudian ditumisnya hingga garing dan masukkan sedikit garam juga. Selepas itu dimasukkan juga sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu besar Sos Tiram. Bila tumisan dan betul betul kering baru dimasukkan Sotong yang telah dipotong dan ditoskan betul betul air basuhannya supaya tidak banyak berair sangat dalam masakan nanti. Sotong tak perlu masak lama sangat. Kalau terlebih masak nanti dia jadi liat. Akhir sekali masukkan hirisan Bawang Besar Holland yang bewarna kuning tu dan perisakan dengan secubit Gula dan Garam secukup rasa. Haa.. Siapp laa dah..




Satu lagi Air tangan Farrah yang saya merasa masa cuti sekolah ni LEMPENG ngan SAMBAL TELOR ANCO. Dia buat tuk minum petang kami dua banak kat umah aritu. Boleh tahan jugak rasanya. Saya pun tak sangka dia boleh buat sebab selama ni dia cuma perhati dari jauh jer ataupun selalu tu saya cuma suruh dia siapkan dulu bahan sebelum saya masak. Rupanya berkesan jugak strategi saya tu walaupun pada peringkat awalnya dia selalu merungut. Apa yang saya selalu cakap balik padanya, "Kalau nak belajar masak, kena kenal dulu dengan bahan bahan masakan dan siapkan bahan yang diperlukan untuk memasak." Lama kelamaan dengan sendirinya dia dah boleh tau apa bahan yang perlu dibubuh atau diperlukan untuk sesuatu masakan itu. Lagi satu yang selalu saya pesan pada dia, "Kena belajar apa apapun masakan kegemaran Girl.. Ibu bukan selamanya akan ada di dunia ini untuk masakkan makanan yang Girl suka tau".




Leganya rasa bila anak perempuan tunggal saya ni dah boleh diharapkan ke dapo sikit sikit at her age of 15 going to 16 next month. Puas jugak membebel dan melentur jari dia tu. Teringat sangat pesanan Arwah Ibu Mertuaku pada saya suatu ketika dulu.. "La, Anak perempuan jangan tak dilatih ke dapo, nanti malu muka kita. Biar setinggi mana pun pangkat dan pelajarannya, tetap perlu pandai memasak dan mau ke dapo".. Hmm.. gitulah lebih kurang bunyinya pesanan Arwah. Alhamdulillah Mak, saya dapat laksanakan pesanan Mak. Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Ya Allah.. Rindunyaa sangat.. Sudah hampir seratus hari Arwah pergi meninggalkan kami. AL FATIHAH..