Monday, 11 June 2012

My Laling Cooking ;)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. My Laling on leave arini.. Mood dia agak AA lah, he cook for us todayyy.. Walaupong yang sempoi jer tapi sesekali dapat rehat dan monteng ke dapo seronok jugak kan.. Barulah berselera nak makan. Actually, he can cook well.. memang dah diasuh dari ibunya dulu. Maklumlah adek beradeknya ramai yang lelaki, kalau tak jenuhlah ibu mertuaku tu nak buat semua sengsorang. Alhamdulillah saya rasa agak beruntunglah juga. Malah semasa dalam pantang, dia juga masakkan lauk dalam pantang untuk saya. Saya tidak tinggal di rumah Mak hingga abis pantang.. Sian nengok dia dok keja berulang dari Shah Alam ke Seremban sebab takleh miss nengok muka anaknya walaupon sehari. Jadi selepas sebulan camtu, bila saya agak stabil, kami pulang ke rumah. Pagi pagi sebelum ke office, dia akan bangun dan masakkan nasi dan lauk untuk orang dalam pantang kat saya. Terharu sungguh saya akan pengorbanannya itu. Itulah yang sangat sangat saya kenang. Love u so much Sweetheart.. Till Death do Us Apart.. Insyaallah..




Actually, tadi my hubby masak DAGING GORENG Berempah Soto Serbaguna Tok Mak.. Hmm.. terkejut saya tadi bila terpandang dia pon pandai buh rempah Tok Mak tu.. hehee.. tapi memang sedappp sangat. Rasa dan Aromanya memang power sungguh. Anak saya sampai bertambah tambah makan masa buka puasa tadi. Kalau nak tau camner my laling masak, jom jom saya nak share hasil saya skodeng tadi.. hehehh..


BAHAN BAHAN :

500 gm Daging Batang Pinang ~~ dihiris nipis
5-6 ulas Bawang Merah *
1 ulas Bawang Putih *
1 inci Halia *
1 inci Kunyit idup *
1-2 biji Bawang Besar ~~ dihiris bulat
1-2 biji Kentang ~~ dihiris bulat n goreng
1 biji Buah Tomato ~~ dipotong dadu
1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna Tok Mak
1 batang Cili Merah dan Cili Hijau ~~ dipotong serong
Sedikit Cilipadi jika nak pedas ~~ dihiris
Minyak Jagung untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Sula
Garam secukup rasa


Mula mula bersihkan daging yang dihiris nipis tadi dan toskan hingga kering airnya. Tumbuk semua bahan bertanda (*). Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga keperangan dan naik bau. Masukkan rempah soto serbaguna Tok Mak dan goreng sebentar. Kemudian masukkan daging dan goreng bersama sehingga empuk dan lembut. TAK PERLU masukkan air dulu sehingga ia lembut dan boleh digigit. Kalau kita masukkan air sebelum ianya lembut, daging akan terus menjadi keras dan liat. Biarkan ianya masak secara menggoreng dengan minyak tu. Minyak tu bolehlah dilebihkan sedikit. Saya tak suka pulak rebus dulu daging tu, bagi saya manis daging tu lain. Suka ianya masak cenggitu dengan rempah tu yang akan serap perlahan ke dalam daging tu. Lagi sedap rasanya. Boleh masukkan sedikit garam dan serbuk lada sula dulu.

Setelah daging tu lembut, masukkan buah tomato dan goreng hingga mesra. Jika daging tu agak dah boleh digigit, bolehla dibubuh sedikit air jika nakkan ia lembab lembab sedikit. Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat, cili merah, cili hijau atau ciliapi dan garam secukup rasa. Akhir sekali, bila dah matikan api baru masukkan kentang yang telah digoreng. Siap.. Sempoi jer kann..




Ni selingan.. saja jer wat rehatkan mata.. hehee.. Saya baru beli sarang burung ni kat Melaka ritu. Lama dah teringin, tapi hubby tak bagi beli. Dia kata sian kat burung tu, jenuh dia nak buat sarang tu taww.. Akhir sekali ayat power dari saya.. "Daripada sarang sarang ni dok tergantung kat kedai ni yang, baik kita gantung kat pokok umah kita.. Boleh burung lain tumpang buat sarang".. ekekekee.. Termakan jugak dia dengan kata kata saya itu.. Dapatlah saya gantung tuu.. :)




Cokkodok Pisang ni saya buat.. terliur nengok member dok post kat fesbuk tu. Kebetulan ada pulak pisang yang dah masak sangat kat rumah, apa lagi? ku ramas jer lah kejap.. Sedap tu kena ngan teh ker kopi pepanas.. Layannn.. ;P





10 comments:

Azie said...

Cantik nyer gambar gambar. Suka sangat. Bagi lah kita tips cara nak ambil gambar macam tu.

Regard

Azie Kitchen

ummiakid-lily said...

sedap daging tu...makan time bulan puasa ni mmg best dengan nasi panas²...bahang Ramadhan seakan terasa...

Shiela said...

Terima kasih Azie.. alaahaii.. saya pon bukan pandai sangat.. cuma yg penting klu boleh dapatkan cahaya secukupnya.. terbaekk adalah dgn natural lighting.. pada waktu pagi atau petang.. dan yang paling penting gunakan tripod stand supaya sharp dan tak goyang..

Shiela said...

betul Ummi.. memang sedap makan lauk simple cenggini bila berbuka dan bersahur kann..

Unknown said...

Assalamualaikum Sheila..
daging goreng simple macam tu mmg sedap,apa lagi kalau laling yg masak lagi lah bertambah sedap kan,untung Sheila laling mau jugak turun ke dapur ye hehee tkpe sabo je lah trimalah laling akak seadanya..heeee

Gee® said...

Waaaa....sedap tu daging goreng makan dgn nasi panazzz....

asyifamustaffa said...

Aduh kak....sedapnya daging tu....
cekodok pisang tu...lagi la.....
mabeles !

Shiela said...

wsalam kak Noor.. betul tu.. :)

Sedap sgt Gee.. :)

Alhamdulillah Asyifa.. :)

Ummi said...

Waaaaaahh bertuahnya Sheila suami pun pandai masak lauk2 camni...suami akak pandai goreng nasi dan buat air nescafe jek...hahahaa, lain2 dia x reti la, tp lately dah pandai wat smoothie segala...kemaiiin..hehe

*psst...cantik sarang burung tuh..sonok la nnt dgr kicau burung bangun pagi ya Sheila...hehe

Shiela said...

hehee.. pandai gak hubby akak memacam tu..

Pagi pagi mmg bunyi burung burung sentiasa menemani saya sengsorang kt umah kak Ummi.. Subhanallah..