Friday, 28 December 2012

LEMPENG NYIOQ MUDA @ PEKNGA



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua yang saya kasihi. Nak tau tak? Sewaktu saya menulis N3 ni, saya kena attack dengan Demam Campak. Abih miang miang satu badan nih. Aduhaiiii.. Apa dayaku akan ujian mu ini Ya Allah.. Di kala sedang sibuk dengan urusan pindah umah ni 'Campak' itu datangggg.. Dah ghupa berok tak benti benti menggaru, miyang satu badan. Dalam mulut pun dah rasa semacam. Orang kata kalau dah kena sekali, tak akan kena lagi. Tidak betul rupanya.. huhuuu.. Sabar Shiela, Sabarrr.. 




Walau apa pun saya nak jugak masukkan N3 LEMPENG NYIOQ MUDA ni sebab seawal pagi nanti lori dah nak datang angkat barang. Kira pindah dahlah kot. Kat tempat baru tu nanti line tenet belum ada lagi. Tak taulah bila saya boleh bersiaran lagi. Tu yang terpaksa pulun gak ni walau mata ni kejap besar, lamaaaa kecik.. hehehh.. Actually, lama betul dah saya tak makan Lempeng Nyioq atau Kelapa Muda ni. Dulu mak selalu buat especially kalau ada kari semalam tak habih. Memang layan betul kalau sarapan ni dengan kari pekat kena perangat tu. Mak saya panggil ni PEKNGA, maklumlah orang utara. Tapi kalini saya buat cecah ngan Sambal chumiq atas permintaan my habibi.




Buah Kelapa Muda ni adalah dari pokok kelapa pandan saya sendiri. Saya kukoq lagi tu, punyalaa bersemangat waja nak makan Peknga ni. Kejap lagi terpaksa baibai kat pokok kelapa ni dan yang lain sekeliling umah ni.. Sedih jugak doe.. Tapi mungkin segalanya ada hikmah yang lebih baik, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Kita hanya mampu merancang. Okeylah, saya takleh lelama sangat ni, nak save energy sikit tuk siang nanti. Jomlah kalau nak tau cane recipe koboi Lempeng Nyioq saya ni.




BAHAN BAHAN :

2 cawan Kelapa Muda Parut
2 cawan Tepung Gandum
2 1/2 cawan Air
1 sudu kecil Garam Halus

Satukan semua bahan di atas dan gaul hingga sebati. Perapkan sebentar dalam setengah jam supaya kelapa tu kembang dan mesra. Selepas itu panaskan pan atau kuali yang bersesuaian. Letakkan daun pisang di atas pan dan tuangkan bancuhan tadi dalam tiga senduk kecil. Ratakan dengan membentuk bulat. Masak dengan api sederhana dan balik balikkan supaya masak sekata. Angkat jika sudah masak sempurna dan ulangi hingga habis. Setelah siap boleh dihidang bersama kuah kari atau sambal tumis.




Selamat mencuba Makanan Warisan kita ni yer.. Biarpun tak seberapa dan taklah semegah sandwiches atau pancake tuk sarapan tapi nilai tradisinya harus kita kekalkan dan merasa bangga. Sekadar pendapat yang ikhlas dari saya insan yang hina.. Last but not Least, Salam 2013 buat semua yang saya kasihi. Moga 2013 membawa lebih sinar buat kita semua.. Insyaallah.. Doakan agar perjalanan saya kejap lagi juga dipermudahkan yer.. 








10 comments:

asmahyusof said...

Salam n selamat pagi kak...
selamat berpindah n selamat mengharungi 2013, semoga beroleh keberkatan dan kemudahan...
BTW....lempeng nie mmg mnjadi feberet asz sefamily...sedap!!!

Gee® said...

Kena campak yer Shiela... kesiannya... tp rajin tetap rajin... sedap jer nampak lempeng nyiok muda tu... tumpang sarapan bolehhhh?

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam kak
menu nostalgia kecik2 sy dulu bila arwah tok buatkan waktu sarapan pagi he he sedap kan

Qasey Honey said...

ala siannya akak demam..dh la tgh pindah umh..g klinik yae psni..moga cepat smbuh..

sedapnya lempeng tu kak...fav sgt2 ni..mesti wangi bau lempeng ni bile beralaskan ngn daun pisang tu..

zila norazila said...

makan panas2 mabless..dah lama x buat kak..rindu pulak nk makan:)

Amie said...

Aduiiii... kena campak ye Sheila...siannya. Amie dulu dekat 3 minggu baru kering, hospital bagi cuti panjang, habislah berlulur tiap-tiap hari dengan ubat tahan gatal! Suami pulak sediakan setandan kelapa muda, katanya elok minum air kelapa... last2 dah bosan minum air kelapa (tak boleh makan goreng2) Amie rebus ikan & sayur dengan air kelapa pulak!
Tengok lempeng nyok Shile tu... toiba2w teringin pulak makan lempeng ubi campur kelapa parut... lempeng ubi Sheila oiii... mana aku nak cari!
Moga cepat sembuh ye dear....

Anonymous said...

have been following yr blog for a year n gonna miss u cooking stories lepas u pindah.hope u boleh bersiaran lebih awal ya..

Unknown said...

Kena campak ye, semoga shiela cepat sembuh.....
sedap lempeng kelapa, kalo makan ramai2 dgn family cicah sambal ikan bilis @ kari mesti licin punya....
tapi saya pelik lah sbb shiela grg dgn alas daun pisang, nk bg dia lembut ke....

rahel said...

Sabar je la tengok lempeng nyioq ni...nak tumpang mkn tp jauh...ermm..

Unknown said...

Peknga sedap lagi dari roti canai mamak. Makan panaih2 cicah dgn gulai perangat. Kena pula ngan kopi o pekat apa nak Kara...