Sunday 23 December 2012

KUIH KERIA OREN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar? Mungkin ramai juga yang bercuti panjang hujung minggu ni. Cuti panjang betul kann.. membawak ke tahun depan. Apa pun pada yang travel, drive safely especially tatkala hujan lebat. Moga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Saya tak dapat kemanalah nampaknya cuti ni, sibuk dengan urusan pindah rumah. Udah macam mau patah rasanya pinggang ni dok packing. Harap Allah bagi saya sekeluarga kekuatan dan kesihatan yang baik demi menyudahkan urusan ini.




Dalam pada dok sibuk packing sempat gak saya buat Kuih Keria ni. Apa jer daya kita sebagai ibu bila anak dok nyebut nak makan. Nak nak pulak tak berapa hari lagi Farrah akan masuk asrama. Kesian pulak kalau dia tak dapat makan. Dia memang suka sangat kuih keria oren ni. Sedulang pun dia boleh hadap sorang tapi yang ibu dia buatlah.. hehehh.. Memandangkan masa saya tak berapa banyak ada, takleh lah nak bebel sesangat. Saya go straight to the recipe jer lah yer.. Let's Checkidaudd!!!..




BAHAN BAHAN :

1 kg Keledek Oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam 
Air secukupnya utk merebus

3/4 cawan Gula ~~ untuk Sira
3/4 cawan Air ~~ untuk Sira



Rebus Keledek hingga empuk. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Masukkan sedikit garam. Setelah empuk, angkat dan toskan. Bila ubi keledek tu dah sejuk betul barulah dilenyek. Jangan lenyek masa pepanas nanti dia macam lembik dan menyebabkan penggunaan tepung yang lebih. Tak sedap kuih ni kalau lebih sangat tepung. Saya suka lebih rasa keledek tu, baru sedap dan lembut. Okay, selepas itu masukkan tepung dan uli hingga sebati. Bentukkan menjadi seperti gelang. Goreng dengan api sederhana dan selalu dibalik balikkan supaya masak sekata.

Setelah semuanya siap digoreng, keluarkan minyak tu dan buat bahan untuk sira. Kuali tu tak perlu dibasuh, memang nak kan ada minyak sedikit baki di kuali tu. Masak gula dan air tadi sehingga pekat dan bertali. Kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata dengan gula atau sira. Tutupkan api supaya sira gula tu akan mengeras. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. (",)




Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 buat semua yang saya kasihi. Moga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Ameenn.. Ada umur, ada rezeki, insyaallah kita jumpa lagi yer.. Daaa.. :)



6 comments:

Gee® said...

woweee...sedapnyaaa

Unknown said...

salam Sheila//
warna oren yg menarik sngt kuih keria ni, kat rumah hanya sebijik je tinggal keledek alahai kena beli lah gamak nya kalau nk buat sbb hari mingu ni malas nak kuar rasa tenang kalau dok umah rehat2

Untk Sheila selamat berpindah lah, benda yg paling akak tak suka berpindah randah ni, bukan satu dua kerja seribu ooooo semoga ALLAH bagi kekuatan pada Sheila aminnn

Shiela said...

Gee : sedappp.. :)

Nooriah : Terima kasih banyak banyak atas doa buat saya yer.. ameenn..

zila norazila said...

salam kak,
penatnya nk kemas2 kan..pindah kemana kak..seremban jgk kew..
dh lama x makank eria kak..dr akk show aritu meronta jiwa nk buat..he hhee

Shiela said...

wsalam zila.. pindah luar seremban dear.. jom laa buat jap..

Anonymous said...

Hah.. saya dh tau nape hari tu buat buh byk tepong sbb adunan lembik.. rupanya sbb kledek masih panas. thanx k shiela...
-cha aesah-