Tuesday 25 December 2012

MACADAMIA & BUTTERSCOTH CAKE



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sempat lagi membaking ni walaupun dicelah celah timbunan kotak yang bertimbun timbun. hehehh.. Actually stock bahan baking ada serba sikit dalam umah. Teringat pulak kalau bawak masa pindah nanti takut rosak dalam perjalanan. Bila dah tiba nanti, fridge pun tak boleh nak terus on. Kena tunggu dalam setengah jam dulu. Jadi, daripada benda benda tu rosak gitu saya godek godek jadilah MACADAMIA & BUTTERSCOTH CAKE ni. Hamboihh.. namanya laa pulak kann.. Apa apa pun nak jugak masukkan N3 ni walau banyak barang dah packed and sealed. Piring kuih, sudu dan gerepu yang elok pun dah tak nampak bayang. Ni jerlah props yang saya nampak belum sempat masuk kotak boleh diguna.




Untuk cake, saya guna Sponge Cake Mix Nona. Recipenya saya follow boolat boolat as given kat kotak. Sangat mudah dan cantek kejadiannya. 

BAHAN BAHAN :
400 gm NONA Sponge Cake Mix
5 biji Telur Gred A
80ml Butter yang dicairkan
80ml Air

Panaskan oven pada suhu 180 C selama 10 minit dan griskan loyang bulat berdiameter 7 inci dan tingginya 3 inci. Satukan telur, air dan Sponge cake mix di dalam bekas dan pukul dengan kelajuan sederhana selama 4 minit. Kemudian masukkan 80 ml butter yang dicairkan dan pukul lagi selama lebih kurang 1 minit dengan kelajuan rendah. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45-60 minit mengikut kapasiti oven memasing. Setelah masak sejukkan bebetul dan potong kepada tiga layer.




Bagi Frostingnya saya suggest guna Fresh Cream with Custard. Sedap dan tak manis. Kena bagi balance sebab Butterscoth sos tu pun agak manis. Resepi ni juga yang saya guna untuk PAVLOVA dan Filling Crepe. Boleh skodeng jer kat N3 tu yer kalau berminat nak mencuba. Kita nengok pula recipe dan cara membuat BUTTERSCOTH SAUCE yer..

175 gm Gula Kastor
175 gm UHT Whipping Cream
75 gm Butter
50g White Choc ~~ dicincang halus
100gm Kacang MACADAMIA




Masak gula castor hingga keperangan. Jangan sampai hangus pulak yer, nanti pahit jadinya. Angkat dari api masuk fresh cream sedikit demi sedikit sambil kacau dengan whisk. Pastu masukkan butter dan white choc, kacau hingga larut. Satu jer saya nak pesan, pastikan semua bahan dah ready sebab kita perlu pantas dalam proses ni. Kacang Macadamia tu juga dipanggang sedikit dalam oven hingga berwarna keperangan dan dicincang kecil. Sebahagian dari kacang tu digaulkan dengan sedikit sauce Butterscoth.




Seterusnya ambil 1 layer cake dan sapukan atau pipekan dengan cream. Taburkan sedikit kacang macadamia yang digaul dengan sos butterscotch dan ulangi hingga layer terakhir. Selepas itu sapukan cream rata pada keseluruhan cake dan sejukkan dulu di dalam fridge. Terpulanglah nak deco camner pun yer.. Akhir sekali siramkan dengan Butterscoth sauce dan taburkan kacang MACADAMIA. mmm.. MAMAMIAA.. ;P



12 comments:

ibundo said...

fuyoo.. cantiknya kejadian.
selamat menyambut tahun baru 2013 shiela..
ke rumah baru?

asyifamustaffa said...

cntik....tentu sedap nie..:-)

Gee® said...

Rajinnya menbaking....

Unknown said...

kalau dah minat menebal tu kan Sheila walaupun ditimbunan batu pasti akan kedapur jugak kan hahaha sama lah kita sibuk cemana memasak acara yg paling bestttt

Unknown said...

Nk try ar nnt nih beb..

Salami Simon said...

Fuyyo... mewah! Tinggi keknya tu, marilah bagi2 sama rata Sheila...nak rasa juga!

Rohah said...

ini kes rajin punya celita lah kan kak Shiela..walaupun dicelah2 timbunan kotak/bungkusan boleh juga kek ni menyelit..hehe..kira o.k lah tu..moist kelihatannya kek ni

zaza said...

Kak shielaaa mcm susah nak buattt...huhuhuuu
Tapi keenakkannya jelas kelihatannn, mailah pindah siniii hihii

Evelyn Gemina said...

Selamat malam dear kak shiela...

Sorry baru sampai sini, hehe...Baru dapat tengok betul2 kek akk ni, mmg layann...cantik & menyelerakan : )

Anonymous said...

Sedapnye..

Mamasya said...

Aslmkum Sheila
dlm sibuk packing sempat baking lagi.....kek pula nampak sedap dg layer cream. slmt pindah rumah baru!

rahel said...

Sedapnya..meleleh liuq nengok..