Wednesday, 19 December 2012

PULUT TANAK NGAN SERAWA DOYAN




BAAA.. CHAQQQQ!!!!.. 
Hehee.. Ada taim sikit ni kita enteprem kejaplah buat hilang rindu kat sini. Assalamualaikum dan Salam Ceria juga buat semua yang saya kasihi.




Al-Qesah Serawa Doyan ngan Pulut tanak ni taklaa baru sangat, dah seminggu lebih kurang ada rasanya tapi baru ni berkesempatan nak di LIVE kan kat sini. Tak sempat sempat nak duduk focus depan lappy, ni pun saya cuba cuba try jerlah.. Harap harap dapatlah menyudahkannya yer. Bukanlah apa sangat pun, resepi biasa biasa jer. Pasti semua orang tau buatnya tapi nak jugaklah abadikan kat sini, paling tidak untuk rujukan nakdara saya sorang tu. Punyalaa lama teringin kat tekak nak makan, baru aitu terbuat. Puas dapat makannya walaupun sedikit. Jomlah nengok cara sempoi saya membuatnya. Mula mula saya tanak pulut tu sikit.




PULUT TANAK :

2 pot rice cooker Beras Pulut 
1 cawan Air
1/4 cawan Santan
2 helai Daun Pandan
1/2 sudu kecil Garam Halus

Rendam pulut selama setengah jam. Saya guna beras pulut susu, tak perlu rendam lama sangat. Kalau guna beras pulut biasa rendamlah lama sikit yer. Kemudian bilas dan toskan. Daun pandan tu disiat dan disimpulkan. Kemudian masukkan semua bahan dalam periuk, tutup dan masakkan dengan api kecil. Sesekali dikacau perlahan dan biarkan hingga betul betul masak. Selepas itu kita gi buat Kuah Serawa Doyan pulak.




SERAWA DOYAN :

1 cawan Isi Durian (Anggaran)
2 cawan Santan Pekat
1/2 cawan Susu Sejat @ Ideal
2 ketul Gula Melaka ~~ dipotong kecil 
3 helai Daun Pandan ~~ disiat & disimpul 
5 cawan Air atau Secukupnya
1 sudu kecil Garam Halus




Masak dulu gula melaka dengan air hingga larut dan tapis. Jika tak suka manis, boleh kurangkan lagi gula melaka tu. Kemudian satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan biarkan dia pekat sikit. Akhir sekali rasalah mengikut citarasa memasing dan bolehlah dihidangkan bersama pulut tanak tadi. Makan dengan roti pun sedap jugak. Kalau nak cuba buat roti sendiri pulak boleh checkidaudd KAT SINI yer.. 




~~ SELAMAT MENCUBA ~~

7 comments:

asyifamustaffa said...

Salam kak....
Adoi la...sy bab2 pulut nie.....mmg x tahan....peberet tu kak....:-)

Shiela said...

Wsalam Asyifa.. sama lah kita.. sedap betul dapat makan ngan serawa doyan tu.. :)

Gee® said...

Sedapnyaaa....

norhanim md zain said...

salam....sedapnyaaa..teringin sangat nak makan nie..)

Qasey Honey said...

aduhaiii kak sedap pulak tgk serawa doyan tu..klau buat gini QH mkn la buah doyan tu..suka..hihi

rahel said...

Sedapnya...tak tau nak kata pe lagi....

zila norazila said...

salam kak
alahai sedapnya..durian tue molek btl isinye..kuning..klu dapat share yummy:)