Monday, 15 October 2012

SAMBAL CUMIQ & MOii COLLAGEN.. TERBAEK!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Haa.. pernah dengar tak Moii Collagen?? Jangan terkezut lakk.. Sesuka hatiku jer bagi nama kann.. Takperlah bukannya nak buh dalam MY CARD nama tu. Tapi ini memang satu petua Collagen yang paling murah dan mudah. Sumber Collagen dari KAKI AYAM. Mutui mutui cakap ni.. bukan Maharaja Lawak taww.. hehehh..




Dulu saya pun tak tau, kalau masak tu abih semua kaki saya suh orang jual ayam tu kerat buang. Sekarang dah terbalik, siap beli lagi tu. Actually, one of my close friend DR. JAMALUDIN BIN ZAINOL yang juga seorang Doktor Pakar dan Consultant yang memberitahu mengenai khasiat kaki ayam ni. Memula terkejut jugak saya sebab selama ni i was thinking kaki ayam tu mengandungi kolestrol yang tinggi. Dia kata tak, but it was one of the best Collagen for our body. Patutlah he looks young and heathy walaupun umurnya jauh lebih ke depan dari saya. In fact, rambut dia sehelai uban pun takder. Rupanya Kaki Ayam yang jadi amalannya. Thank you so much Doc for your great info and i'm sharing it over here. Hope you don't mind.. ;)


Bosan tahap Gaban tadi.. Labu ngan Mangga kat Dapoq pon jadi.. :)


Hmmm.. Apa lagi? Sekarang pantang gi pasar mesti cari kaki ayam. Kebetulan dak Farrah memang dari dulu cukup berantoo makan kaki ayam ni. Harap harap lepas N3 ni kuar janganlah sampai harga kaki ayam melambung naik pulak yer.. hehehh.. Menurut DR. JAMALUDIN BIN ZAINOL lagi, just slow cook kan kaki ayam yang dibersihkan sampai betul betul lembut samada nak jadikan sup atau tomyam pun boleh. Pastu minum jer pati sup dan kaki ayam yang telah lembut tu juga boleh dimakan. Baekkk punyerrr.. :)




Haaa.. Gitulah kekdahnya.. Minggu ni saya kongsi pulak PETUA AWET MUDA pulak.. Jangan tak buat Jahhh.. Rugi nooo.. Takyah modal besor besor. hehehh.. N3 yang lepas saya dah berkongsi PETUA MASAK KARI IKAN yang sedap. Alhamdulillah ada juga  yang dah mencuba dan memberi feedback yang sangat positif. 

Adeq Alam Mayaku NIK ZAMZURINA telah mencuba, katanya, "Fuhhh...mmg meletop kari ikan dr blog Kak "Sheila..spices..journey..." Sampai ketitisan t'akhir kari nie dihirup..cicah ngan papadom..1 periuk besaq habis.. Komen2 para juri mmg Sdp..depa mkn siap kuah banjir..sikit lg x nmpak nasi haa haaa..." Saya kopipes dari Wall Nik ni, satu hurup pon tak tukar.. :)




Last weekend air paip yang keluar kat dapoq saya tu punyaaala halus. Cuaca pulak ujan, tak tau nak masak apa. Tetiba bila teringat stock kaki ayam ada sikit lagi dalam peti tu teruslah saya rebus dengan garam dan halia yang diketuk sampai lembut. Pastu saya masukkan beras dan jadikanlah Moii atau Bubur Nasi. Daun pandan buhlah selai dua bagi wangi aromanya. Tapi memang serius sedap. Kalau bubur ayam biasa, memang saya tak makanlaa.. bau dia jer saya tak tahan tapi bila buh kaki ayam ni sedap rasanya dan takder bau yang saya tak sesuai tu. Saya buat tak banyak takat 2 pot beras jer. Selalu tu tak habis tapi aritu boleh pulak berebut tak cukup. Farrah yang paling anti ngan bubur pon boleh tak benti benti mengulang. Kalau tidak tu, bila saya masak bubur nasi dia sanggup tu masak nasi lain untuk dia. Ker sebab dia memang suka kaki ayam tu. Tahlah anakku..




Hubyy punya request pulak nak makan Moii dengan SAMBAL CUMIQ yang kering kering. Pernah dengar tak Sotong Cumiq ni? Biasa kat Langkawi atau kawasan yang berhampiran dengan laut ada. Dia anak sotong yang dikeringkan. Sedapp.. layan jer kunyahnya sampai susah nak benti selalu tu. Sebelum masak kena rendam dulu dengan air biasa sampai kembang dan lembut. Tak lama sangatlah rendamnya. Buh air lebih sikit supaya jika ada pasir akan mendak ke bawah. Bila basuh tu, angkat sotong tu perlahan lahan dan alihkan ke bekas lain dan buang air rendaman tadi yang mungkin berpasir tu. Jangan digaul balik dengan air rendaman tu takut pasir tu akan ikut naik balik. Pastu baru bilas sotong tadi. Biasanya saya ulang rendam ni 2-3 kali dan bilas. Alhamdulillah tak pernah pulak ada masalah berpasir.




Bila dah bersih sotong tu bolehlah kita buat sambal tumis. Rasanya semua tau kan nak buat sambal tumis. Cuma satu pesan saya untuk mendapat sambal tumis yang sedap, pastikan bawang tumbuk atau kisar yang ditumis tu ditumis sampai keperangan baru masuk cili mesin pulak. Masa tumis cili tu masukkan sedikit garam supaya dia garing cantek. Api kena kecik jer dan biar dia garing perlahan lahan. Dikacau selalu, jangan sampai cili tu hangit. Kalau cili tu tak masak betul atau hangit itulah kegagalan besar dalam membuat Sambal. Pastu masukkan air asam jawa, sotong dan bawang hiris. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bawang tumbuk atau kisar tu tadi pun sangat penting. Kalau tak, tak sedap rasa sambal tu dan jangan bubuh banyak sangat bawang putih. Saya biasa buh seulas kecik jer. Sebagai pelengkap Moii ni saya gorengkan bilis halus dan rebus telur masin. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang, kira siaplah. 




Psstt psssstt.. ada lagi nak storimori ni, Saya buat PAVLOVA semalam. Festaim menerai. Sebelum ni selalu nengok kengkawan doq buat. Taklah berapa teragak nak buat dek komen yang mengatakan terlalu manis tapi dek kerana sayangkan putih telur yang tak berapa sen tu, saya spend lagi banyak untuk menghasilkan Pavlova pulak. Bijak betul Matematik ku ini. Patutlah tak berapa cemerlang paper Maths masa sekolah dulu.. kehkehkehh.. Dah buat tak termakan sangat, dah cuba tuk reduce manisnya tapi masih manis bagi saya. Masa buat tu saya tak manis sangat, ingat oklah.. Hati sudah mula seronok dan excited sangat nak makan. Tetiba.. ~~Berderai Bunga Cintaaa~~~ bak lagu kak Melah Ram tu. Takleh tahan jugak, sampai saya kena cari Black Coffee without sugar tuk potong rasa manis kat lidah ni. Pada kengkawan yang menanti resepinya tu nanti yer.. Saya cuba cari solutionnya dulu. Insyaallah saya akan berkongsi yang terbaek tuk kengkawan semua.


Paling suka pic ni.. pada mata itamku laa.. :)


Panjang gak dah membebel ni kannn.. Kaylah.. japgi dah nak gi amik nakdara tu balik sekolah. Insyaallah panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi yer. Jangan lupa citer KAKI AYAM tu tadi taww.. Terbaekkk!!.. Salam Ceria dan Senyum Senyumlah selalu dari saya.. Daaaa.. :)





18 comments:

Kniedaz said...

Salam Sis,
Selalu kalau siang ayam, saya buang je kaki ayam tu huhu..lepas ni ble buat sup atau campur dalam moi macam sis buat ni..

Mamasya said...

Aslmkum sis.
sedap nengok moi dg telur masin dan bilis gini....dah lama tak mkn. baru tahu kaki ayam ada khasiat juga...khasiat kologen rupanya. ms kat Msia kdg2 beli juga kaki ayam...rebus buat stok utk soto/sup.tp kat Cairo ni kaki ayam mmg tak dijual.pavlava itu mengancam tekak...hi..hi..
sis sheila, tq kongsi resepi butter prawn itu...

Rohah said...

salam kak..
penangan buat mulut yg payau ni..dah byk ari batuk ni kak..kalau dapat semangkuk mmg tak cukup, lagi2 kalau ada telur asin, terangkat priuk2 sekali..hi2

Shiela said...

Wsalam Kniedaz.. pasni jangan buang lagi taww.. :)

Shiela said...

Wsalam Mamasya.. no problem yang.. sharing is caring.. :)

Shiela said...

Rohah.. tak sehat yer.. klu dekat boleh antolan semangkuk moi ni.. apapun take care dear.. Semoga cepat sembuh.

ucubakery said...

AS salam shile...
dolu2 ucu pun x pandang kaki ayam ni..tapi skrang dah terbalik..masak goreng brempah pon sodap...

baru masak sambal sotong yg cute2 tu ahad tadi...memang sedappppp....festaem jugak masak sotong cumiq ni...:)

pavlova sheila tu meruntun jiwa betul lah...skrang ucu kalau buat, gula tu sukatanya jadikan 1/2 cwn jer....tak lah melangit sangat manisnye...

Shiela said...

wsalam Ucu.. :-)
haaa.. Mmg goreng pon sodap.. Suka gak klu wat masak kicap.
Sotong cumiq tu saya kadang meratah jer camtu.
Pavlova tu klu 1/2 cawan gula tu dia boleh jadi elok ker Ucu? Saya suka gak klu boleh kurangkan lg manis tu.

Qasey Honey said...

slm Kak Shiela...

baru tau rupanya kaki ayam tu ade khasiatnya yg tersdri...mak mtua QH yg suka sgt mkn kaki ayam ni..marah dia kalau kita buang..hehe

sedap tgk bubur tu kak..kalau hb nmpk ni..mesti dia srh buat jam ni jugak..hihi..fav dia tu..

Ayu said...

Assalam sheila,
Terimakasih sudi singgah kedapur kita yg tak seberapa tu..Kita memang dah lama dah follow blog sheila ni sebab kita suka tengok gamabr2 yang sheila ambil semuanya cantik2..terpegun bila kita tengok tau..every details yang sheila sajikan semuanya ada class!!..kita minta izin link ya blog sheila ni keblog kita..

mama sara nur @ Cik Nor said...

terbaekkk, tqqq k.sheila kongsi info bagus camni, elok amalkan dari skrg kan
takyah susah2 nk suntik colagen ye kak he he moi tu memang sgt menyelerakan nengoknya ada telur asin fuhhh memang lazat

ani paman mamat said...

akak....akak beli mana sotong tu? meloncat2 plak keinginan nak makan sambal cumik tu!!!

Shiela said...

Wsalam Ayu.. thank you so much dearie.. akak pun terkasima nengok cake cake ayu tu.. kecik tapak tangan, stadium merdeka akak tadahkan, silalah Ayu.. tq again.. :)

Shiela said...

mama sara nur.. cepat cepat!!.. sebelum terlambat.. kehkehkehh.. :D

Shiela said...

Ani.. kat kedai borong Pekan Telok Gong tu.. dekat dekat dengan 99 tu.

Shiela said...

Wsalam Qaseh Honey.. untung sangat dear, hubby punya peberet senang jer.. :)

Nur haura afeeya said...

Salam

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

.................................................................

▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
..................................................................

▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

...............................................................


Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570