ASSALAMUALAIKUM!!!.. Apa khabar?? Saya okay laa ni, eloq yo dok nonggok depan lappy ni.. hehee.. Salam Ceria.. ;D
Tak berapa hari lagi kita dah nak raya haji. Apa menu spesel kengkawan? Saya ni tahlaa.. Angan angan Mat Jeninnya macam macam tapi tak taulah menjadi ker tidak. Tunggggguuu.. kalau jadilah.. Jangan kang YoyoOh jer lebeh. Nak kata spesel sangat tu taklah jugak, lauk raya biasa jerlah kot sikit sikit dengan tidak daripada takder. Mudah mudah dengan izin Allah dipermudahkah segala usaha saya nanti. Insyaallah.
Actually N3 kalini is about My 'LAKSA GORENG'.. echewahhh.. Speaking London Bridge is falling down laa pulak. kehkehkehh. Sebenarnya laksa goreng ni dah 2-3 hari gak saya buat atas permintaan anak bertuah sorang tulah. Lama gak dah dia dok menyebut nak makan tapi cam biasalah ibu dia ni malas nak ke pasar mencari bahan. Parking kat pasar tu punyalaa seksa ya amat nak dapat. Kalau nak pegi kena tunggu Ayah dia cuti baru senang sikit. At least kalau tak dapat parking pon somebody can wait in the car. Kedai kedai runcit kat umah ni ada, tapi bahan selalu tak complete dan tak berapa segar. Tak best arr kann.. Saya punya style kalau nak buat baik buat betul betul. Kalau tu takder, ni takder baek tak payah. KIV jerlah dulu.
Pastu bila dah buat saya cam boring nengok gambar yang saya snap kalini. tahlah nape.. Sampai hati ni macam berdolak dalik nak masuk ker tak, nak masuk ker tak N3 ni. Satu masalahnya, Laksa ni dimasak belah malam. Snap picture belah malam without natural lighting memang kurengglah hasilnya. Tetiba saya teringat asingkanlah sepinggan, masuk dalam fridge untuk snap besok siang. Tinggal perangat dan bolehlah snap kononnya. Tapi tetap di mata saya cam ada jer yang kena. Frust gak rasanya. Saya cuba jugaklah masukkan dan nengok apa komen kengkawan pulak. Apa pon saya kongsikanlah juga resepi LAKSA GORENG resepi saya tersendiri ni yer. Dia ni adek beradek ngan Kueteow Goreng jugak tapi kalau tak berkenan kat gambar gambarnya toksahlah pandang lelama. hehee.. Gurau senda bawak bahagia lerr.. tak gitu??..
BAHAN BAHAN :
1 kilogram Laksa Basah ~~ yg pendek pendek
500 gm Kerang ~~ disiram jer ngan air panas n kopek
500 gm Udang ~~ saya buang kulitnya
50 sen Taugeh ~~ klu naik harga, tak taulah yer
50 sen Kucai ~~ maklumat dr hubby yg gi Pasar
6 sudu besar Cili Mesin ~~ adjust ikut selera
5 ulas Bawang Merah ~~ ditumbuk
3 ulas Bawang Putih ~~ ditumbuk
4 keping Tahu ~~ digoreng
5 biji Telur ~~ nak buh lebih, suka hatilah
1 sudu makan Sos Tiram
1 sudu makan Tomato Sos
1 sudu makan Kicap Mee Tamin
Minyak Jagung utk menumis ~~ Minyak pun ok
Sedikit Minyak Bijan
Sedikit Serbuk Lada Sula
Garam Secukup Rasa
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing dan hilang bau cili dengan api yang kecil. Selepas itu masukkan udang dan masak sebentar. Jangan lama sangat nanti udang tu keras. Seterusnya masukkan sos tiram, tomato sos, kicap mee dan garam. Masak sebentar dan terus pecahkan telor dan kacau kacau hancurkan. Setelah telor hampir masak, masukkan laksa diikuti dengan tahu goreng yang dah dipotong dan kerang. Kacau rata sebentar dan masukkan pula taugeh yang telah dibuang ekornya dan juga daun kucai. Rasa garam jika dah secukup rasa kira Done lah LAKSA GORENG kita ni. Owhh.. lupa pulak, renjiskan dengan sedikit minyak bijan dan taburkan sedikit serbuk lada sula untuk aroma yang kababoomm.. Enak dimakan ketika panas bersama cili jeruk. Yummeyy.. :b
Sekianlah buat kali ini saya membebel. Akhir kata dari saya, Selamat Mencuba & Selamat Menyambut Idul Adha.. Takbir!!
12 comments:
pernah juga bundo buat laksa goreng ni. Tapi bukan saja-saja nak buat. Buat sebab buat laksa tak habih dimakan hehe. Anyway, sodappp...
Selamat menyambut idiladha. Bundo nak balik pilah raya ni. Nunggu rumah lama yang dah lama tak ditunggu. Ntah apolah ghoman e..
ok lah tu gambo nya...nampak mengeliurkan laksa tu...Mas tak pernah buat laksa goreng sbb bila buat laksa gerenti habih heh heh....
Sedap tau laksa gorengkan Sheila... pernah buat tapi tak selalu, sebab tunggu lebih2 laksa he he he eh
Salam Sis,
Tak pernah lagi buat laksa goreng..
mungkin boleh cuba nanti.. ^_^
Assallamualaikum kak Shielaaa...
Ni nak try komen ni..heheheeee..
Kak, sedapnya nampak laksa goreng akak.. Suka tgk banyak kerang dlm tu..gulppp...
kak,tak pernah buat, tapi terbayang sedap sudah...
assalam
selamat hari raya korban k.sheila
sedaplah nampak tu, ingatkan td mee goreng rupanya laksa ye...satu kelainan ni. boleh gak gak asyik laksa berkuah je sekali wat camni tukar rasa
pandailah k,sheila ni
xpenah lg sblm ni tgk laksa goreng...nmpk sgt sedap n myelerakan la...bleh try nti klau rajin.hehe
slm Aidiladha buat akak sekeluarga yea...masak sedap2 tau nti...:)
Sedapnya laksa goreng. Peberet ni... Slalu makan kat satu gerai tu, tak pernah masak sendiri. Next time leh la cuba... Harap dptlah jumpa laksa kat sini
salam syg kak shiela,
tgk yg dalam kuali tue zila dh kecur..pagi nie nk goreng beehoon la..laksa x der kak..x g pasar..h ehee kecurr kita kak:)
salam Kenal....
First time nengok Laksa Goreng.. Menarikkk!!! dan mengiurrr kan..
Nnt buleh lah try resepi sheila nie.... :)
Just amazing post you have published . I appreciate your blog . Well-done for shared .
Really useful resource!
Image Masking
Post a Comment