Monday 30 July 2012

Kuih KERIA BondaKu.. Iftar bersama Ayahbonda..




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah sudah sampai satu pertiga bulan kita menjalani ibadah puasa. Cepat sungguh masa berlalu. Semalam saya anak beranak berbuka puasa di rumah ibubapa saya. Menu tu nak kata special sangat tu taklah juga, tapi yang agak special bagi saya adalah Kuih KERIA airtangan Mak. Sebelum ni saya sendiri ada juga buat kuih ni tapi kadang jadi semenggah, kadang terpele'ot jugak. Bila ke pasar semalam, terpandangkan keledek terus teringat nak mintak Mak buatkan kuih Keria yang biasanya kami panggil Coq Keriya. Peluang yang ada kali ini, saya cuba sukat bahan bahan yang digunakan supaya next time kuih keria saya tak meragam lagi. Jika ada sesiapa yang berminat, bolehlah mencuba. Saya kongsikan resepinya kat sini. Jomm!!..




BAHAN BAHAN :
1 kilogram Keledek ~~ saya guna keledek oren
1 cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam 
Air secukupnya utk merebus
3/4 cawan Gula ~~ untuk Sira
3/4 cawan Air ~~ untuk Sira




Rebus Keledek hingga empuk. Tak perlu banyak sangat air sebab keledek cepat empuk. Masukkan sedikit garam. Setelah empuk, angkat dan sejukkan dulu. Selepas itu dilenyek lenyek keledek tu. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Bentukkan menjadi seperti gelang. Goreng dengan api sederhana dan selalu dibalik balikkan supaya masak sekata.




Setelah semuanya siap digoreng, keluarkan minyak tu dan buat bahan untuk sira. Kuali tu tak perlu dibasuh, memang nak kan ada minyak sedikit baki di kuali tu. Masak gula dan air tadi sehingga pekat dan bertali. Kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata dengan gula atau sira. Tutupkan api supaya sira gula tu akan mengeras. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan. 




Selain kuih Keria, menu sempoi kami juga Masak Lemak Putih Sayur Meranti, Sambal Tumis Udang, Ayam Goreng Berempah dan juga yang paling membukakan selera adalah Sambal Gesek dengan Ikan Gelama Jeruk Goreng. Memang terbaekkklah.. Airnya pulak, my hubby buat Homemade Jus Belimbing Besi yang sangat fresh. Apa yang penting Kerjaasamaa~~ Seronok pulak nengok Mak makan bertambah tambah. Kalau tak, nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Sambal gesek tu harini anak dara saya, Farrah yang buat. Boleh pun buat kerja kann.. Nak tau cane Farrah buat Sambal Gesek, Jomm!!..




'SAMBAL GESEK' Farrah :
Ikan Bilis Sejemput
Cili Padi Sejemput
Bawang Merah 5 ulas
1-2 biji Limau Kasturi
Sedikit Garam

Tumbuk semua bahan. Tak perlu lumat sangat. Baru sedap tergigit gigit bila makan. Masukkan garam dan perahkan limau. Limau tu ikutlah nak masam takat mana. Memang tak hengatlah makan kalau ada Sambal Gesek ni. Kena pulak dengan ikan Gelama Jeruk tu, Wallahh.. Cukup payah nak berenti makan laa jawabnya.. hehehh..




Ayam Goreng Berempah tu saya yang buat. Kami memang suka Goreng Ayam camni, tak muak memakannya. Kalau tak pun saya akan buat lagi satu cara. Boleh juga nengok KAT SINI resepinya. Sedap gak berempah yang camtu. Tapi rempah yang saya buat kalini lain sikit. Ni Ayam Goreng Berempah ala ala Mamak Style gitu.. Jap saya typekan..




BAHAN BAHAN :
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
2-3 sudu Cili Mesin *
1 inci Halia *
Sedikit Daun Kari 
Garam secukup rasa 
Sedikit Tepung Gandum




Bersihkan ayam, toskan airnya dan potong mengikut pilihan masing masing. Blend semua bahan bertanda (*). Gaulkan rata semua bahan kecuali tepung gandum dulu. Daun kari diramas ramas sedikit untuk mengeluarkan baunya. Perap seketika sekurang kurangnya 30 minit. Bila sudah nak digoreng taburkan sedikit tepung gandum ke dalam perapan ayam tu dan gaul rata. Ini supaya rempah tu lekat pada ayam tu bila digoreng. Jika tak keberatan boleh letakkan sedikit serbuk perasa supaya ayam goreng tu rangup.




Alhamdulillah.. ini jerlah yang dapat saya kongi pada N3 ini. Menu yang lain tu, Sayur Lemak Putih dan Sambal tumis udang mesti semua orang tau buat kann.. Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. 





15 comments:

Gee® said...

sedapnya kuih keria... tp k.gee tak pandai buat gula sira tu... biasa guna gula serbuk mcm donut tu aje...

Zubedah Belajar Masak said...

Bahagianye dpt lihat u berbuka bersama kedua ibubapa. I dah tak berpeluang berbuat begitu lagi sbb kedua2nye dah lama tiada. Musim2 puasa ni kadang2 sedih gak sbb ada masa tekak kita nak mkn sesuatu yg biasa ibu kita buat tapi tak dpt. Nak buat sendiri tak tahu nak beli pula tak ada yg menjualnye. Salah sendiri sbb dulu2 lagi tak terfikir nak belajar itu semua.

Shiela said...

cubalah Gee.. tu dah bagi resepi dan caranya.. insyaallah boleh.. :-)

Shiela said...

Zubedah.. Sayu bila saya baca coretanmu.. Al fatihah buat Arwah berdua. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Ameenn..

Unknown said...

Assalamualaikum Shiela,
Kak Lin suka tgk kuih keria tu comey2, banyaknya menu penambat selera...

Shiela said...

wsalam kak lin.. terma kasih.. :-)

Nurul syuhairah Anuar said...

akk, kite try recipe keria akk.... xjd la kak. xgebu pun mcm akk buat. lembik. np ye

Shiela said...

Syuhairah.. Keledek yg dh direbus tu disejukkan dulu tak sebelum di gaul ngan tepung? Klu masih panas mmg akan jd lembik.. Dan juga keledek tu ditoskan betul2, juga jgn rebus terlalu lama.. Agak lembut jer cukup.

Shiela said...

Syuhairah.. Sukatan tepung tu juga adalah sukatan cawan metrik betul yer.. Bukan cawan kopi.. Jgn putus asa.. :)

Nurul syuhairah Anuar said...

hari ni nk try lg skali la kak. kite tgh rebus keledek. nk buat minum ptg. hopefully menjadila keria kite. hee

Nurul syuhairah Anuar said...

akk, smlm keria tu da elok dah. tp silapnye kite nye gula tue... da jd gula hangus.... ekekek... sbb main hentam nisbah gula n air. then lmbt sgt nk bertali, kite besarkan api, tup2 da jd gula hangus. kite gaulkan je. tp jd keras. haha....

Shiela said...

Laa.. Nape main hentam hentam Syuhairah.. Sayang jer nanti terbuang rezeki.. Lenkali buat ikut betul betul yer..

Nurul syuhairah Anuar said...

kite memula nk buang, tp cik suami ckp kopek kulit keria yg da jd keras tue, kite makan isi dia. smbil tegelak laki bini. next time kna buat elok2.akk,mmg utk buat gula tu kuali bia je berminyak lps kite tuang myk lps goreng tu?

Shiela said...

A'ah.. Biar jer Syuhairah.. :)

NINA FARHANA said...

Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1