Friday, 9 November 2012

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK NGAN TAHU



Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat Semua. Mudah mudahan dengan izin Allah kita semua terus mendapat keberkatan dariNYA. Ameenn..


~~ Gambar sekadar hiasan.. Tiada kena mengena dengan yang hidup maupun yang mati ~~


Sebelum ke cerita bab masak, saya nak nyimpanglah sikit. Bukan sesaja nak lari dari topik tapi sekadar nak meluah perasaan. Hmm.. memacam perangai manusia di facebook aka mukabuku tu saya nampak. Tapi saya taklah amik pot sangat. Lantak koranglah, korang punya muka dan korang gak punya buku.. Ko ada, aku pon ada.. kehkehkeh.. Cuma yang agak mengejutkan saya bila tetiba ada terima karangan pendek dalam kotak masuk tu mengata saya ni dok tak senang perot dengan apa yang dema buat tu, cam jeles lah kot.. Adoyaiiii.. mana datang cerita ni Kiah?? Nak cerita yang sebenornya, hakaq ni malas nak amik port sangat hal hal ragam manusia ni. Akak ni ngan dunia akak jer pun tak cukup taim round the clock tu deqnon. Kengkadang wall kat luar pon tak sempat nak nengok. Apa yang terlintas dan nak tegur tu, akak tegur cara ikhlas. Cerita cerita remeh temeh cam perangai bebudak beringuih ni, I'm SORRY kayy.. Tak kose Mak nak layan.. Ada banyak lagi perkara yang lebih membina semangat nak pikior yer. FULL STOP.




Kita kona balik ker simpang Jantung Pisang ni yang lebih excited gitu bak kata omputih. hehee.. Kata orang, berbudi pada tanah tak rugi kann.. Sebelum dapat makan pisang dapat makan jantungnya jugak. Daun pisangnya pun jenuh macam macam saya buat dah. Tapi yang sedehnya, tak lama lagi saya akan meninggalkan rumah ini demi sebuah kehidupan yang baru. Bila semua sudah selesai, saya kongsikan dengan teman teman semua. Nampak gayanya kenalah tanam pokok pisang lain. Moral of the Story, JANTUNG PISANG yang saya MASAK LEMAK NGAN TAHU ni dari pokok belakang rumah sayalah. hehee.. Pimai Pimai Tangtuulah jugak. Cane saya masak?? Jommm.. kena pi dapoq laa.. ;)




BAHAN BAHAN :

1 biji Jantung Pisang Abu/Kapas
2-3 keping Tahu
400 ml Santan kotak cap 'Ayam'
3 biji Cili Besar *
5-6 tangkai Cilipadi *
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 sudu besar Ikan Bilis *
2 batang Serai ~~ dititik
Secubit Gula
Garam Secukup Rasa




Belah Jantung Pisang kepada dua bahagian dan rebus dengan sedikit garam hingga agak lembut. Ini juga bertujuan untuk membuang rasa getahnya. Selepas itu, angkat dan toskan. 

Tumbuk semua bahan bertanda (*). Kemudian satukan semua bahan dalam periuk dan jerang atas dapur. Dikacau selalu supaya tidak pecah minyak dan juga masak dengan api sedehana. Pastikan garam dibubuh secukupnya pada santan supaya cantik masaknya dan tidak mudah pecah minyak. Pecah minyak tu macam santan ngan air tu tak bersatulah dalam kuah tu. Setelah menggegak atau mendidih, rasa garam jika sudah secukup rasa matikan api. Tak perlu masak terlalu lama sebab jantung pun kita telah rebus dulu tadi. Kalau masak lama sangat pun nanti kuahnya tak cantik, macam terbit minyak jer kat permukaannya. 




Senang jer kann.. Memasak ni sebenarnya bukanlah susah sangat. Janganlah jadikan seribu satu alasan untuk memasak. Kalau malas, cakap jer malas terus terang macam hakaq selalu buat..  haaa.. Hakaq memang gitu, Straight to the point.. Takyah pepenat kan otak.. hehehh..  Sambai Belacan ngan Ikan Goreng jangan tinggai pulak.. tu yang buat pecah peluh makan nanti. Selamat Mencuba yer.. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya hamba yang hina.. ^__ ^






Wednesday, 7 November 2012

NASI IMPIT GORENG



Assalamualaikum.. Salam Ceria juga buat Semua yang berkunjung kat Dapoq saya ni. Kesinambungan dari Lontong aritu, ni dah jadi NASI IMPIT GORENG pulak. Ada jugak saya dengar yang panggil LONTONG GORENG, tak kesahlah.. Panggil jerlah apa pun. 




Kuah Lontong ngan Sambal Sotong Kacang aritu habih semua clean and clear, tinggal Nasi impit ni jer ada dua buku tergolek golek dalam peti sejuk tu. Takkan nak buang kot.. Sayanggg.. makanan tu, bukan senang nak cari rezeki kann.. Hubby saya penat kuar cari duit dari matahari belum timboi sampailaa bulan pulak timboi. Makanya, seboleh bolehnya saya akan cuba tidak membuang makanan. Dah terbiasa dari kecik pun ya gak kot.. dulu Mak selalu cakap, "Jangan buang nasi tu, nanti nasi tu nangis".. tak pun lagi satu ayat yang sering keluar dari mulut Mak kita kalau ada bela ayam pulak, "Kang mati ayam tu".. Halus cara penyampaiannya tapi dalam maksudnya.




NASI IMPIT GORENG ni saya buat ala kadar jer petang tadi, sekadar apa yang saya jumpa dalam peti sejuk tulah. Actually, yang saya buat ni lebih kurang macam nasi goreng. Anak saya suka sangat, dia cakap lagi sedap dari nasi goreng tapi hubby tak berapa suka. Dia memang payah sikit nak makan benda yang lain dari yang dia selalu makan. Kami dua beranak jerlah yang doq pulun. Kalau nak cuba, mohlaa nengok resepi koboi saya ni.




~~ BAHAN BAHANNYA ~~

1 packet Nasi Impit yang sudah direbus
200 gm Udang size sederhana
5 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
2 batang Cili Merah *
5-6 tangkai Ciliapi *
Sedikit hirisan Daun Bawang
Sedikit hirisan Kobis Pepel
Sedikit Minyak untuk Menumis
Garam Secukup Rasa.




Potong dadu kecil nasi impit yang telah direbus tadi. Tumbuk semua bahan yang bertanda (*). Saya tak tumbuk halus sangat, suka bila makan tu ada rasa rasa bawang ngan cili tergigit gigit. Sebaiknya janganlah diblend, nanti berair dan kick dia pun tak sama. Tumbuk jerlah kejap yer.. Jangan Malas!..

Panaskan minyak dan tumis semua bahan bertanda (*) yang telah ditumbuk hingga garing keperangan. Masukkan juga sedikit garam dulu. Selepas itu masukkan udang dan masak sebentar. Jangan lama sangat, nanti udang tu keras tak sedap. Kemudian masukkan nasi impit yang dipotong dadu dan kacau rata. Biarkan masak seketika. Dikacau selalu sebab nasi impit tu mudah lekat pada kuali. Akhir sekali masukkan hirisan kobis dan daun bawang. Check rasa garam, jika sudah secukup rasa kira jadilah dah.




Apapun ni cara saya yang sempoi jer, ala ala bidan terjun kata orang. Mungkin kengkawan boleh juga guna bahan dan sayuran lain. Terpulanglah pada citarasa dan creativity memasing. Selamat Mencuba.. (",)



Tuesday, 6 November 2012

LONTONG vs SAMBAL SOTONG KACANG




ASSALAMUALAIKUM.. JEMPUT MAKAN LONTONG.. ;P

Nampak benor ajak ajak ayamnya tu kann.. hehehh.. Watper tu? Musim musim ujan ni perot yang no school ni mulalaa tak benti benti lapau. Ada jer yang teringin, terasa kat anak tekak ni. Lontong ni pun camtulah, lama betoi dah dok teringin cuma baru nilah sempat nak membuatnya. Bukan tak boleh makan yang di kedai tapi tekak saya ni memang loghat sikit. Lebih puas rasanya makan yang buat sendiri dan semestinya menepati citarasa kita. Apa teragak nak bubuh pun boleh bubuh, baru puas makan kann..

Takmo cakap banyak lagilah, jom kita cerita camner nak buat LONTONG ni. Ramai gak yang dok tunggu resepinya ni tapi tulah bila cuaca lembab ngan mood saya pun ikut lembab sekali. Resepi ni bagi selera saya dan keluarga sendiri memang sedaplah, bagi orang lain tak taulah nak cakap. Cubalah dulu pastu kaborkan ker saya sedap ker idak rasanya kayy..




Kalini saya guna Ketupat segera Adabi untuk nasi impit tu. Cam biasa dan semua orang tahu, rebus 2 jam dengan beberapa helai daun pandan dan sedikit garam. Angkat dan toskan air rebusan dalam tapis. Biarkan betul betul sejuk dulu baru dipotong. Seterusnya kita siapkan KUAHNYA pulak.


BAHAN BAHAN :

1-2 biji Kelapa Parut
250 gm Udang Basah
3 batang Serai ~~ dititik
1/4 inci Lengkuas ~~ dihiris
3 batang Cili Besar *
6-7 tangkai Ciliapi *
5-6 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 kiub Pati Ayam Knorr
Sedikit Serbuk Kunyit
Secubit Gula
Garam Secukup Rasa
Sedikit Mimyak untuk  Menumis
Sayur Cauliflower, Carrot & Kacang Panjang
Pucuk, Soon & Tahu Lampung Secukupnya
Sengkuang pun boleh jika suka




Blend semua bahan bertanda (*). Perah santan dari 1-2 biji kelapa parut. Bergantunglah pada size kelapa tu. Kalau besar sebijik cukup tapi kalau kecik dalam 2 biji bergantung jugalah pada selera memasing nak pekat takat mana. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik bersama bahan yang dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, kiub pati ayam, hirisan lengkuas, garam, gula dan masak hingga mendidih kejap. Masukkan juga sayur yang keras dulu seperti carrot. Selepas itu baru masukkan udang, pucuk dan sayuran lain. Pucuk jenis simpul yang saya gunakan tu tak perlu rendam lagi. Dia cepat lembut. Kalau guna yang kering tu rendamlah dulu yer. Sayur sayuran tu juga mungkin boleh mengikut pilihan masing masing. Saya cuma suka cauliflower, carrot dan kacang panjang jer. Kacang Panjang tu dipatah patahkan supaya tidak hilang manisnya, kata Mak sayalah dulu. Akhir sekali baru saya masukkan tahu lampung dan soon yang telah direndam dulu. Soon pun tak perlu banyak sangat, nanti dia serap sangat kuah tu. Rasa garam, jika dah secukup rasa siaplah kiranya. Kuah tak perlu banyak sangat garam sebab nanti kita akan makan dengan sambal sotong pun ada garam. Nasi impit pun ada rasa garam juga kan. So, kuah tu biar ala ala manja rasa garamnya.




LONTONG ni memang sedap sangat kalau dimakan dengan sambal tumis. Sambal tumis apa jer pun boleh ajer tapi pilihan saya dan keluarga tetap Sambal Tumis Sotong berkacang. Pastu ada laa pulak Tempe Goreng ngan Telur Rebus kann.. Perghhh.. Wallahhh.. Jomlah nengok resepi SAMBAL TUMIS SOTONG KACANG saya tu kalo nak try..


BAHAN BAHAN :

3 ekor Sotong Rendam size Besar
100 gram Kacang Tanah
9 sudu makan Cili Mesin
1 kiub Pati Lembu Knorr
1 biji Bawang Besar ~~ dihiris
9 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
Sedikit Belacan *
Sedikit Gula Kabung ~~ jika ada
Perahan Air Asam Jawa
Garam dan Gula Secukup rasa
Minyak untuk Menumis
Air Secukupnya




Potong sotong kepada kepingan kecil. Jangan potong terlalu kecil kerana sotong akan mengecut setelah dimasak. Bilas dan toskan airnya betul betul. Goreng sangai kacang tanah, buang kulitnya dan blend dengan air. Selepas itu blend juga bahan bertanda (*). 

Panaskan minyak dan tumis bahan (*) yang diblend tadi hingga garing dan keperangan. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing dan hilang bau cili. Pastikan api kecil semasa menumis cili supaya ia masak sempurna dan juga masukkan sedikit garam juga supaya cantek garingnya. Cili mesin ini juga boleh dikurangkan atau ditambah ikutlah nak pedas macam mana. Selepas itu masukkan perahan air asam jawa dan kacang yang diblend tadi. Masak hingga kacang tu kembang. Tambahkan air jika perlu. Jika ada gula kabung boleh juga dibubuh sekali untuk menghasilkan rasa manis manis lemak dan juga mencantekkan lagi warna sambal tu. Setelah kacang tu betul betul kembang, keringkan sambal tu dulu sebelum masukkan sotong kerana sotong ini akan mengeluarkan air lagi. Setelah masukkan sotong, masak sebentar bagi dia kecut sedikit dan pekat sambalnya. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris tadi dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Selamat Mencuba!