Sunday, 2 March 2014

REMUK REDAM HATI INI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terkezutss?? Jangan terkezutss.. Inilah Suara Hati saya seorang Blogger yang tak seberapa adanya ini. Walau apa pun, saya tetap bersyukur kerana sering mendapat feedback dari follower saya yang mereka sangat berpuas hati dengan resepi yang telah saya kongsi di laman 'Spices Journey' kesayangan saya ini. Tak kurang juga yang telah menjadi pelanggan saya yang sanggup datang dari jauh dan membuat tempahan dari saya. Bila saya tanya mengapa? Jauh tu nak order dari saya.. Berbaloi ker? Kebanyakan jawapan yang saya terima.. "Kami dah cuba banyak resepi akak dalam blog. Semuanya menjadi dengan jayanya dan sedap melampau".. haa.. bukan saya cakap tau.. hehee.. maseh sayang sayang semua. Terharu dan gembira bila rasa diri dihargai.

Sebenarnya ada satu perkara yang membuat saya terpanggil untuk luahkan di sini. Maaf jika ada hati hati yang tersentuh tapi hati saya sudah lama terluka dan menanah tak siapa yang tahu. Lama dah saya pendamkam perkara ini. Sakit derr.. Tak taulaa kalau orang lain 'Kebal' tak rasa apa yang saya rasa. Semalam bila saya melewati wall fb KJEE FAUZIAH ABD SAMAD yang juga seorang Blogger terkenal terpandang statusnya yang berbunyi begini..




Terus saya terkenang kembali nasib yang saya alami. Keciwa sangat bila kita bersusah payah menghasilkan sesuatu resepi dengan mendapatkan sukatan yang betul, orang lain hanya tau cedok. Nak sebut dari mana resepi asal tu pun susah. In fact ada teman blogger sendiri sanggup berbuat demikian. Kalau pandai sangat lenkali cari dan usaha sendiri. Ini tak, bila nak buat tu tak jadi jadi tak berenti berenti bertanya macam macam soalan dan masalah. Bila dah diajar, ibarat KACANG LUPAKAN KULIT.. Ada beberapa saya jumpa.. Bukan kita tak kenal recipe kita even cam cakap Kjee tu dah ditukar dari sukatan cawan ke gram tu. Tergamak yer korang buat perangai camtu.. Halussss.. Kami tidak mengharap balasan tapi setidak tidaknya hargailah susah payah orang. Kalau nak pergi class belajar pun bukan murah sekarang, makan Ratusan Ringgit Malaysia jugak. Hormatlah sikit.. Bagi backlink, cakap terus terang.. Sedangkan Blogger Blogger terkenal seperti AZLITA AZIZ, Kjee FAUZIAH ABD SAMAD, Kak UMMI ZAIHADI dan beberapa orang lagi pun tulis BACKLINK jika mereka mencuba dari blog saya yang suam suam kuku ni. Mereka tau macam mana penat lelah orang. Kita hormat sesama sendiri. 




Contohnya Resepi  BUTTERED PRAWN ni, ramai juga yang telah mencuba dan menjadi. Tau tak, bukan SENANG tau.. Saya sendiri pun berapa kali kecundang kerana tidak dapat resepi yang betul tapi saya tak putus asa dan terus mencuba hingga dapat yang terbaek dan kongsikan. Pergilah makan di Restoren mana pun. Tanyalah macam mana nak buat Buttered Prawn tu, Ada Chef tu nak bagi? Haa.. cakap lebih kang orang cakap jahat.. Tak cakap orang tkleh fikir.. Takkan nak kejor glemer atas susah payah orang. Salah ker apa saya cakap ni? Kalau salah takkan ada undang undang yang melindungi Blogger seperti di bawah yang saya petik dari Blog AKU ZACK ; 


CYBER ETHICS

Please give credit where credit is due as a show of courtesy to the original owners so that they might at least feel appreciated for their hard work. Or at least put a backlink to the original recipe, it's the least we can do as a polite and civilised citizen. BE FOREWARNED, PLAGIARISM OR INFRINGEMENT OF (INFORMATION, PHOTOS OR CONTENT) ARE SUBJECTED UNDER THE MALAYSIAN CYBER LAWS: "COMMUNICATION AND MULTIMEDIA ACT 1998", "COMPUTER CRIMES ACT 1997", AND "COPYRIGHT ACT 1987" (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Hakcipta 1987). And yes, we bloggers are bound to the laws. P/S: Kalau blog saya ni nak amik resepi amik leee, takyah minta izin awal2 pun takpe. Aiman tak kisaaah :P Cuma jangan buang watermark gambar dahla ek, kesian saya terbongkok-bongkok snap gambar tapi orang kata dia punya T_T



Thank you Zack for sharing. So, saya harap anda renung renungkanlah balik. Cuba letak diri anda di tempat saya dan rasa.. Tapi kalau masih tkder perubahan, maaf saya tak teragak agak untuk memblock anda samada di blog atau di facebook. Maaf, saya rasa ini bukan perkara yang sangat membebankan. Jangan dipertikaikan keikhlasan saya, sebaliknya tanya balik pada diri anda di mana letaknya keikhlasan dalam diri anda? Akhirnya.. Jari ini tak mampu kaku lagi dan mata tak mampu hanya memandang tanpa bisa.. Terluah jugak. Segala yang buruk itu dari saya dan baik itu hanya dari Allah SWT.